ADIK ?

19 3 0
                                    


Picu pistol kemudiannya ditarik oleh Syafiq. Walaupon perasaan takut kian menguasai diri, aku memberanikan diri menatap mata Syafiq.

Matanya aku tenung sedalam-dalamnya, cuba untuk menagih simpati darinya agar dia tidak menamatkan riwayat hidup aku.

" Syafiq s-saya janji takkan beri-"

Bicara aku pantas dipotong oleh nya. Dia langsung tak mahu memberi peluang langsung untuk bercakap.

" Kau ingat tak aku pernah cakap yang bahaya kalau kau tau identiti aku ? Inilah bahaya yang aku maksudkan. kau dah ketuk pintu maut kau sendiri bila kau dah tahu tentang identiti sebenar aku. " Syafiq mengusap lembut pipi gebu Dina

|
|
|
|
|

" Tak aku takkan tembak kau. Aku perlu gunakan kau " ujar Syafiq lalu dia mengalihkan pistol daripada kepala aku.

" Awak perlu gunakan saya ? maksudnya ? saya tak faham. " soalku yang kurang mengerti kata-kata Syafiq.

" Aku bagi kau dua pilihan. Tolong aku cari pembunuh adik aku atau mati dalam tangan aku. Kau nak pilih yang mana ? " kata Syafiq lalu dia mengacukan pistol ke kepala aku.

" Saya pilih untuk tolong awak cari pembunuh adik awak. So, boleh kau turunkan pistol ni?kang tak pasal-pasal awak tertembak saya nanti."ujarku memberi kata persetujuan.

Pistol diturunkan daripada kepala aku. Syafiq kemudiannya menyimpan pistol itu ke poket belakang seluarnya.

" Esok lepas habis sekolah,
tepat pukul 7:00 malam. Aku tunggu kau di kawasan lokar pelajar .jangan lambat. Aku tak terima sebarang penolakkan. Yang aku tahu aku nak kau ada di kawasan lokar esok. faham ? arah Syafiq persis seorang ketua.

" Faham, Ok bye. "

Aku segera cabut lari setelah mengangguk faham kepada arahan Syafiq.

Tak ingin aku berdua-duaan di situ dengan Syafiq. Nanti dibuatnya dia tembak guna pistol kang mampus aku.

Sepasang mata bulat berwarna hijau memerhatikan tindak tinduk Syafiq dan Dina daripada jauh. Bibirnya menguntumkan senyuman jahat.

" Bagus diorang dah mula siasat pasal hantu adik Syafiq tu. Bila mereka dah tahu siapa pembunuh adik Syafiq, maka bermula lah peperangan dunia ketiga antara kumpulan Xiketic dan kumpulan Shadow akan berlaku." kata lelaki berseragam hitam sambil matanya terus memerhati Syafiq.

GADISKUWhere stories live. Discover now