Ayat terakhir yang meluncur keluar daripada mulut Hazeem membuatkan tangan aku gatal.
Secara sengaja, tangan kiri aku yang tidak sakit menuju kuat ke kepala Hazeem.
" Saya tanya lain awak jawap lain eh. kan dah kena luku "
Anehnya, kali ini Hazeem langsung tidak memarahi aku kerana memukulnya. Selalunya dia pantang aku pukul dia sikit mesti berbakul dia marah aku.
" Hazeem ?? "
Aku memangil Hazeem setelah menyedari dia hampir-hampir tertidur.
"Ya ? Kenapa ? Bahu awak sakit ke ? "soal Hazeem risau.
" Taklah, saya nak tanya awak. Kenapa awak tak bawak saya pergi hospital sedangkan bukan main beria-ria lagi tadi nak pergi hospital depan Syafiq ? "
Soalan aku yang tidak terjawap oleh Hazeem tadi aku bangkit kan kembali.
" Saya tipu Syafiq. saya tak ada niat langsung nak bawak awak pergi hospital. saya cuma nak bawak awak pergi jauh dari Syafiq. "
Jawapan yang Hazeem berikan mengejutkan aku.kenapa aku rasa jawapan Hazeem seperti ada makna tersirat ?
Macam Hazeem cuba memberitahu aku sesuatu melalui jawapannya itu.
" Kenapa awak nak bawak saya pergi jauh daripada Syafiq ? Awak jealous ke tengok saya dan Syafiq ? "soalku lagi cuba menyelami sisi Hazeem.
" Saya nak bawak awak pergi jauh daripada Syafiq. " jawap Hazeem lalu dia meluku kembali kepala aku
Okay, aku dah mula syak sesuatu yang pelik pada Hazeem. Macam mana dia boleh tau aku pergi lokar sedangkan aku tak bagitahu sesiapa pun pasal hal ni ? Dia stalk aku ke ?
YOU ARE READING
GADISKU
Nonfiksiseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...