" Aduh, sakit kepala aku. " aduhku sambil mengangkat kepala memandang hadapan.
Saat aku mengangkat kepala, sepucuk pistol diacukan tepat ke kepala ku. Fikirku Syafiq yang berbuat demikian.
Rupa-rupanya pemandu Syafiq yang sedang mengacukan pistol ke arah aku.
" Orang yang mencederakan ketua tak layan hidup. Matilah kau ! " ujar pemandu yang boleh tahan kacak itu menarik picu pistol.
Ah, aku lupa Syafiq kan ketua kumpulan mafia. Jadi, mestilah orang yang berkerja dengan dia ahli mafia juga.
Aduhai, asal lah kau pukul ketua mafia tanpa berfikir panjang Dina.
" Tak apa, Riz. Janganlah hancurkan muka cik adik Dina kita ni. Nampaknya aku dah buat keputusan yang tepat untuk melantik kau sebagai pembantu aku, Dina. " kata Syafiq sambil mengelap hujung bibirnya yang berdarah akibat kena tumbuk dengan aku tadi.
" Pembantu? " soalku yang hairan sambil pandangan dialihkan ke arah Syafiq.

YOU ARE READING
GADISKU
Non-Fictionseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...