SALOKAR

8 3 0
                                    

" Agak-agaknya bila dia akan sedar dari pengsan ? " soalku risau kepada petugas di bilik kesihatan.

" Disebabkan bola tu tidak menghentam kuat kepala dia, mungkin dalam masa beberapa minit lagi dia akan sedar. " balas petugas kesihatan yang sedang memeriksa keadaan Hazeem.

Hazeem yang sedang berbaring lesu di atas katil aku pandang. Dia tak sepatutnya melindungi aku daripada bola tadi.

Kesian Hazeem. Disebabkan aku, dia pengsan sekarang.

Kenapa dia sibuk lindung aku daripada bola tadi ? Jarang dia nak prihatin camni dengan aku.

Aku cuba melepaskan tangan Hazeem yang memegang kemas tangan aku kerana petugas bilik kesihatan sudah memandang aku semacam.

|
|
|
|

LOKAR SEKOLAH*

" Dinaa, tolong aku ! Tolong hembus mata aku. Mata aku sakit sebab termasuk habuk dalam lokar ni sampai naik merah mata aku. " pinta hantu Salokar sambil mengesot keluar daripada lokar.

Rambut panjang mengurai milik hantu Lokar aku selak ke belakang bagi memudahkan aku menghembus matanya.

Anehnya, sekarang aku sudah tiada rasa takut pada hantu Salokar.

" Lokar, sebelum kau jadi hantu, mesti kau ada nama keluarga kan ? Kau ingat tak apa nama keluarga kau ? soalku cuba mengatur
untuk mengorek rahsia hantu Salokar.

" Aku tak ingat nama aku. Aku tak ingat siapa keluarga aku. Yang aku ingat aku bangun daripada badan aku yang berlumuran darah dalam lokar ni 2 tahun lepas." balas Salokar sambil bermain-main dengan kukunya yang panjang.

Sebuah keluhan berat aku lepaskan. Hantu Salokar tak ingat apa-apa tentang diri dia.
Matilah aku.

" Kenapa kau tanya pasal diri aku dan keluarga aku ? Kau pun nak tahu siapa yang bunuh aku macam lelaki miang yang bersembunyi di sebalik dinding tu ? "

Salokar menunjukan jarinya ke arah Syafiq
yang sedang bersembunyi di sebalik dinding.

Syafiq terus menyembunyikan kepalanya di sebalik dinding semula setelah menyedari aku dan Salokar sedang memadangnya.

" Lelaki miang ? Lelaki yang kau panggil miang tu abang kandung kau tau . Kau ni adik dia. " beritahuku kepada Salokar yang sedang menjeling Syafiq.

" Waterproof ! Whatt !  Lelaki miang tu abang aku ? Mati hidup balik pun aku tak akan mengaku dia abang aku. "

Dahlah dia tiba-tiba datang jumpa aku lepas tu mengaku dia abang aku. Siap pegang and peluk bagai. Miang keladi betul.

Ada kebenaran jugak di dalam kata-kata hantu Salokar. Syafiq memang sedikit miang.

" Aku memang tak ingat siapa diri aku dan keluarga aku tapi aku ingat sikit-sikit kejadian yang berlaku sebelum aku dibunuh. Memandangkan kau kawan manusia pertama aku, aku akan bagi petunjuk tentang pembunuh aku. "

GADISKUWhere stories live. Discover now