17 TAHUN

14 2 0
                                    

IN SCHOOL

|
|
|
|

Sudu yang berisi penuh dengan nasi dan lauk aku suap kasar ke dalam mulut.

Mata aku mencerlung memandang perlakuan Minah gila tu bersama Syafiq

" Kalau bahu aku tak sakit, sudah lama minah tu makan pe- "

Bicara aku dicelah oleh sesesorang. Orang itu sedang mengambil tempat duduknya dihadapan aku.

" Penampar kau ? Kau ni sakit-sakit pun nak buat jahat eh. Bilalah kau nak berubah, Dina ? "celah Syaz yang duduk dihadapan aku.

" Sakit hati aku tengok Minah dengan Syafiq tu, sakit lagi hati aku tengok kau ni. Berambus!! " kataku kasar sambil menjeling Syaz.

Syaz berhenti menyuap nasi ke mulutnya. Sudu diletakkan ke bawah.

Tangannya mencuba untuk memegang tangan aku namun aku pantas menepisnya.

" Kenapa kau layan aku macam kau tak tau apa perasaan aku pada kau sedangkan kau dah tahu yang aku suka kat kau sejak  17 tahun lepas lagi ? Kenapa kau buat aku macam ni ? "

Soalan ini muncul lagi.aku dah naik muak jawap soalan yang sama...bSyaz ni tak boleh bagi soalan yang Kbat sikit ke ?

Penatlah asyik nak kena jawap soalan yang sama berulang kali.

" Aku layan kau macam aku tak tau apa perasaan kau pada aku, sedangkan aku tahu sebab aku tak nak bagi harapan palsu pada kau. Cuba kau fikir kalau aku layan kau baik-baik, aku takut kau salah faham yang aku berkongsi perasaan yang sama pada kau. "

" Tak guna punya minah. Kau sentuh pipi dia. Aku sendiri pun tak pernah. Dasar pompuan gedik ! kerja nak menggedik memanjang. huh! "

Aku merungut seorang diri sambil memerhatikan Minah yang sedang sibuk bersembunyi di belakang Syafiq.

Sekarang merupakan waktu kelas pendidikan jasmani.Waktu aku sakit inilah Cikgu Saodah suruh pelajar kelas aku bermain bola beracun pulak eh.

Waktu aku sihat walafiat Cikgu asyik suruh main badminton memanjang.

Sengaja lah tu nak bagi anak buah kesayangan dia AKA Minah peluang dekat dengan Syafiq.

" Apa yang awak merungut sorang-sorang ni ? Dari jauh saya dengar. Bosan sangat ke tak boleh main sampai cakap sesorang ? " sapa Hazeem yang duduk di tepi aku.

Masa bila si Hazeem ni datang duduk sebelah aku ? Agaknya aku terlalu ralit melihat Minah dengan Syafiq sampai aku tak perasan Hazeem datang duduk sebelah aku.

" Eh, Hazeem my best prend. masa bila awak datang sini? saya tak perasan pun ." ujarku cuba membuka topik untuk berbual dengan Hazeem

" Macan mana awak nak perasan kalau asyik tatap muka Syafiq yang handsome tu ? Fuh, panasnya. Bak sikit air awak. "

Tidak sempat otak aku mahu menghadam ayat terakhir daripada mulut Hazeem, botol air mineral aku dirampas oleh Hazeem.

Hazeem menegup rakus air mineral aku sehingga tinggal sedikit sahaja untuk aku minum.

Tanpa aku sedari, bibir menguntumkan senyuman nipis ketika Hazeem sedang meminum air mineral aku.

" Nah,amik balik air awak. Terima kasih bagi saya minum air awak. " ucap Hazeem sambil menyerahkan kembali botol air mineral kepada aku.

" Kasih diterima." balasku kembali sambil cuba mengawal agar tidak terus tersenyum.

" Lain macam je senyuman awak ni. Awak ingat saya tak perasan awak tersengih-sengih masa saya minum air tadi. Saya tahu otak awak mesti fikir yang bukan-bukan, nakal eh. " ujar Hazeem lalu mencuit manja hidung aku.

"Ehh Mana ada. Otak saya tak penah fikir benda-benda camtu tau. Otak saya masih lagi ,suci,bersih dan mur- "

Bicara aku terhenti serta merta tatkala jeritan Syaz kedengaran bingit.

" DINAAAAAAAA!!! HATI-HATI ! ADA BOLA !BOLA ! BOLA ! BOLA ! " pekik Syaz yang cemas.

Pandangan kalih ke hadapan setelah mendengar pekikan Syaz.

Pada ketika dan saat ini,sebuah bola sedang bergerak laju tepat ke arah muka aku.

Kira-kira 5 saat lagi, bola itu pasti akan bercium dengan muka aku.

Disebabkan aku tahu aku tidak sempat melarikan diri daripada dihentam oleh bola terbang itu, kedua-dua belah tangan aku letakkan di hadapan muka untuk melindungi muka cantik aku.

" Eh, apasal bola tak sampai-sampai pun ke muka aku ? Takkan tiba-tiba tak ada angin ? Pelik. "

Tangan aku turunkan ke bawah. Susuk tubuh tinggi lampai milik Hazeem sedang berdiri teguh di hadapan aku.

Bola yang sepatutnya menghentam muka aku yang melantun berdekataan dengan Hazeem.

Segaris senyuman tawar menghiasi wajah Hazeem sebelum dia melurut jatuh ke lantai.

" Hazeemmm!!!! "

GADISKUWhere stories live. Discover now