Telinga aku pasang seluas mungkin untuk mendengar petunjuk mengenai pembunuh Salokar.
" Orang yang bunuh aku tu pakai mask hitam. Mask hitam yang dia pakai tu ada tertulis perkataan. Perkataan itu ialah SZ. "
" SZ ? "
SZ. Aku rasa macam pernah dengar perkataan SZ ni. Tapi di mana ya ? Dan siapa SZ ni sebenarnya ?
" SZ tu lelaki atau perempuan ? " tanyaku lagi kepada Salokar.
"A ku rasa lelaki sebab dia ada halkum dan body dia besar "
Lelaki berbadan sado yang memakai mask hitam dengan perkataan SZ. Kenapa aku rasa macam kenal nama tu ?
Baru sahaja aku ingin bertanta lebih lanjut pasai SZ kepada Salokar, Salokar sudah ghaib daripada pandangan mata. Lesap begitu sahaja.
" Haih, hilang pulak Salokar ni. Agaknya dia merajuk dengan aku sebab aku lupa nak bawak makanan dia agaknya. "
Bau aneh seakan-akan bau bunga-bungan hutan memasuki rongga hidung.
Desahan nafas seseorang menyinggah lembut belakang leher aku.
" Kau tak perlu tahu siapa aku. Cukup Salokar sahaja yang tahu siapa SZ well, Dina. " bisik suara garau seseorang di tepi telinga aku.
Sejurus selepas suara itu berbisik halus di telinga aku, pandangan aku tiba-tiba menjadi kabur.
Rongga hidungku dipenuhi dengan aroma bunga hutan itu. Peliknya,mata aku terasa amat berat sekarang. Aku diserang rasa mengantuk tanpa sebab.
Badan aku tiba-tiba terasa ringan sehinggah kaki aku tidak lagi dapat kekal berdiri. Melayang badan aku ke belakang.
Belakang badan aku dipegang oleh seseorang. Aku cuba untuk melepaskan diri daripada orang asing yang memegang badan aku tetapi tidak berdaya.
Mata aku semakin tertutup rapat. Dan tika ini, pandanganku menjadi gelap.
SYAZ POV*
Tangan aku mendakap erat Dina yang pengsan. Dina pengsan setelah menghidu bau lilin khas yang dicipta oleh aku.
" Aku mintak maaf, Dina. Aku terpaksa pengsankan kau. Kalau kau tahu siapa SZ, mesti kau benci aku. "
Baru sahaja aku ingin mendukung Dina, Syafiq yang datang entah daripada mana sudah berdiri di hadapan aku.
Syafiq tidak datang keseorangan. Dia datang bersama 'sahabat baiknya.'
" Kau jangan berani sentuh hak aku ! " tengking Syafiq sambil mengacukan pistol ke arah aku.
" Kalau aku tak nak lepaskan dia, kau nak buat apa ? " soalku sengaja mau menaikkan amarah Syafiq.
Syafiq tertawa kecil mendengar soalan aku.
Dia melangkah setapak mendekati aku." Kau tahu apa aku mampu buat pada family kau kan ? Selain itu, aku boleh beritahu Dina siapa Syazwan sebenarnya. " ugut Syafiq lalu dia tersenyum sinis.
"Jangan kau berani."
Bicara aku pantas dipotong oleh Syafiq. Picu pistol ditarik kuat oleh Syafiq lalu diletakkan tepat di kepala aku.
" Serahkan dia pada aku dan rahsia kau akan selamat dalam tangan aku. Give her to me."
Tidak sempat aku mahu membuat keputusan, Syafiq pantas menarik Dina daripada aku.
Mahu tidak mahu aku terpaksa memberikan Syafiq membawa Dina pergi. Aku hanya mampu melihat Syafiq membawa Dina tanpa berbuat apa- apa.

YOU ARE READING
GADISKU
Non-Fictionseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...