" Nasib baik kau tak mati kalau tidak jenuh pulak aku nak bawak kau pergi hospital. " ujar Syafiq setelah dia selesai membalut bahu aku yang terkena tembak tadi.
"Jadi maknanya tadi aku kena tembaklah ? "
" Tapi kenapa mereka serang kita ? Awak ada musuh ke ? " soalku ingin tahu.
"Jangan nak menyibuk sangat. Kau tak perlu tahu dan tak layak tahu siapa dan kenapa mereka serang kita. Bahaya untuk kau kalau kau tahu siapa mereka "
" Syafiq " panggilku sengaja mahu meleretkan nama Syafiq agar kedengaran manja.
Namun, Syafiq tidak melayan aku yang cuba bermanja dengan dia. Dia hanya mengangkat kening kirinya menandakan 'apa' kepada panggilanku tadi
" Saya laparlah. Awak tak lapar ke ? Perut saya ni asyik berbunyi kriuk kriuk kriuk je dari tadi. "
Aku mengadu lapar sambik perut aku diusap-usap menandakan aku betul-betul lapar. Padahal sebelum aku pergi lokar Syafiq, aku dah bedal sepingan nasi goreng ikan masin buatan Ummi.
" Jom. " ajak Syafiq tiba-tiba.
"Jom pergi mana ? "soalku kembali sedikit binggung.
" Aku rasa peluru tu terkena di bahu kau bukan otak kau. Apasal kau tiba-tiba bengap ni ? Aku nak ajak kau pergi makanlah dah kau kata kau lapar. Takkan aku nak ajak kau pergi berenang pulak. " ujar Syafiq dengan nada kasar lalu dia menjeling.
Sebuah ketawa kecil meletus daripada mulut aku. Manakala, Syafiq pula memandang aku dengan pandangan tidak berpuas hati.
|
|
|
|
|" Makanlah. Tadi kau kata kau lapar. Nanti nasi tu sejuk tak sedap. Ke nak aku suapkan ? Memang taklah aku nak suapkan kau" soal Syafiq setelah dia menyedari aku langsung tak menyentuh nasi yang berada didepanku.
Tangan kanan aku cuba mengangkat sudu tetapi tidak berdaya. Bahu aku yang sakit
membataskan pergerakkanku." Kau tak boleh nak makan sebab tangan kau sakit ke ? Kenapa tak bagitahu aku awal-awal ? Aku boleh je suapkan kau. Buka mulut aaa. "
Syafiq mengangkat sudu yang terlekat dengan nasi yang agak banyak ke arah mulut aku.
Sedikit sahaja lagi nasi yang disuapkan oleh Syafiq mahu memasuki mulut, bahu aku ditampar kuat oleh seseorang daripada belakang.
" Arghh ! Sakit ! Tak guna ! Siapa yang tampar bahu aku ni ! Bahu aku kena tembak kau tahu tak ! " jerkahku tanpa segaja membuatkan pelanggan yang berada di dalam kedai makan memandangku semacam.
Kepala aku tolehkan ke belakang untuk melihat orang yang telah menampar bahu aku tadi.
Hazeem sedang berdiri di belakang aku dan Syafiq. Beg plastik yang dipegangnya jatuh ke lantai setelah dia mendapat tahu aku ditembak.
" Bahu awak kena tembak ? Mana ? Siapa yang tembak awak ? Awak pergi mana sampai kena tembak ni ? " soal Shikie bertalu-talu.
Hazeem kemudiannya menanggalkan jaket kulit yang dipakai dia atas jaket besbol. jaket besbol yang membaluti tubuh aku juga ditanggalkannya.
" Bahu awak masih berdarah lagilah walaupun dah dibalut. Luka awak teruk juga ni. Jum saya bawak awak pergi hospital. " ajak Hazeem lalu dia menarik tangan kanan aku untuk mengikutinya.
Pergerakkan aku tersekat. Syafiq rupa-rupanya sedang memegang tangan kiri aku. Dia cuba menghalang aku pergi.
" Kau tak perlu bawak dia pergi hospital. Aku dah rawat bahu dia. " kata Syafiq sambil matanya merenung tajam ke arah Hazeem
" Kenapa kau tak nak aku bawak Dina pergi hospital ? Kau takut rahsia kau akan terbongkar kalau aku bawak dia pergi hospital ? " balas Hazeem lalu tersenyum sinis memandang Syafiq.
" Aku dah agak. Kau tak bawa Dina pergi ke hospital sebab kau takut rahsia kau akan terbongkar. Huh, dasar pengecut!! " ujar Hazeem lalu dia menarik tangan aku menjauhi Syafiq.
Syafiq kelihatan tenang walaupun Hazeem sudah berkata buruk tentangnya. kali ini, dia tidak lagi menghalang aku. Dia membiarkan sahaja aku dibawa pergi oleh Hazeem
|
|
|
|
|" Beritahu saya kenapa kita ada di sungai sekarang ? Bukannya tadi awak kata awak nak bawa saya pergi hospital ke ? dan yang paling penting sekali, kenapa awak paksa saya tidur atas lengan awak ni ? "
Kepala aku angkat daripada lengan sasa Hazeem
Namun, Hazeem pantas menarik kepala aku untuk berehat di lengannya.
" Shhh. Orang sakit tak boleh banyak bercakap. Awak tu tengah sakit. Takkanlah saya nak biarkan awak letakkan kepala atas tanah. Dibuatnya ada batu macam mana? Tak payah banyak cakap. Awak rehatkan je kepala awak atas lengan saya yang sasa, empuk dan gebu ni. " ujar Hazeem lembut.
YOU ARE READING
GADISKU
Nonfiksiseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...