|
|
|
|
|" Kalau ya pun nak tuduh menuduh orang boleh tak tuduh orang perlahan-lahan sikit ? Ini menjerit-jerit cam tarzan. Malulah dengan tetamu kita kat bawah tu kang dia dengar. Rasanya dia dah dengar agaknya. " ujar umi
" Tetamu? Siapa pulak tetamu yang datang pagi-pagi ni? Mengacau je. Meh orang nak tengok siapa tetamu kita ni. "
Kepala aku jengukkan sedikit ke bawah untuk melihat wajah tetamu yang bertandang ke rumah aku.
" Oh, awak dah bangun? Good morning mia bella. " ucap lelaki itu daripada tingkat bawah sambil memandang aku.
" S-Syafiq ? " Ujarku yang terkejut besar melihat Syafiq yang sedang berada di bawah bersama Papa aku.
|
|
|
|Suasana di dalam kereta senyap sahaja sejak kami berangkat daripada rumah aku. Entah apalah yang Syafiq mimpi semalam sampai pagi ni dia tergerak hati nak hantar aku pergi sekolah.
" Eh, kita dah terlepas sekolah lah. Syafiq, cepat suruh driver awak patah balik. Driver awak dah tersalah jalan ni. " tegurku setelah menyedari kereta yang dinaiki kami tidak memasuki kawasan sekolah.
" Tak lah. Driver aku tak tersalah jalan pun. Siapa cakap kita nak pergi sekolah? Hari ini aku nak ajak kau ponteng sekolah dengan aku. " ujar Syafiq lalu bibirnya mengukir senyuman penuh makna.
Melihat kepada senyuman Syafiq, macam ada makna tersirat di sebalik senyuman dia. Macam ada benda tak kena.
" Bukan ke tadi awak cakap dengan Papa yang awak nak hantar saya pergi sekolah kan ? Awak tipu Papa eh ? " soalku lagi yang mulai mencurigai Syafiq.
" Depan Papa kau aku cakap lah aku hantar kau pergi sekolah. Belakang Papa aku cakap aku nak bawak kau pergi honeymoon dengan aku. "
"Ho-honeymoon? Awak ajak saya pergi honeymoon dengan awak ? Bukan ke awak tak suka saya and awak terpaksa kahwin dengan saya kan ? " ujarku tegas lalu tangan aku menolak badan Syafiq yang semakin merapati aku.
Bukk!
Sebuah tumbukan melayang ke tepat ke muka Syafiq. Hampir-hampir terjatuh Syafiq akibat tumbukan kuat aku.
Aku tidak dapat menahan diri untuk menumbuk Syafiq akibat mulut yang suka cakap tak betul tu.
Sretttttt!!!!
Bunyi seretan tayar kuat kedengaran. Kereta yang di naiki kami berhenti secara mengejut di tepi jalan membuatkan kepala aku terhantuk sedikit ke kerusi hadapan.
YOU ARE READING
GADISKU
Non-Fictionseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...