25 minit kemudian
|
|
|
|
PELABUHANTidak sempat Syaz mahu menongkat motorsikalnya dengan baik, aku terlebih dahulu melompat turun dari motorsikal.
Aku punya kalut nak jumpa dengan Syafiq sampai helmet pun lupa nak buka.
kelam kabut aku berlari ke sana sini mencari Syafiq. Tetapi Syafiq tidak kelihatan di mana-mana
Takkan lah kapal Syafiq sudah belayar pergi ? Aku cuma terlambat lima minit je.
Ah, aku lupa. Kalau dah namanya anggota, mereka sangat menepati masa. Nampak sangatlah kapal Syafiq memang betul-betul dah belayar.
" SYAFIIIQQQQQ !!!!!!!!!!! " teriakku kuat walaupun aku tahu Syafiq tidak akan menyahut panggilan aku.
Padan muka kau, Dina. Tadi merajuk sangat. Kan dah melepas nak jumpa Syafiq sebelum belayar.
Lagi 5 bulanlah baru aku dapat jumpa dia. Kalau aku rindu dia, macam mana? Menyesalnya buat perangai merajuk mengada-ngada macam ni.
Betul lah papa cakap orang yang merajuk ni rugi (;´༎ຶٹ༎ຶ')
" Itulah tadi Adam panggil akak buat-buat pekak. Padan dengan muka akak. Dah melepas nak jumpa abang Syafiq " sampuk Adam sengaja mahu menambahkan kekesalan di hati aku.
" Aku dah suruh kau jumpa Syafiq. Kau degil. Kau tak nak. Kau kata dia tipu kau. Aku dah kata kat kau akan menyesal kalau kau terus merajuk ngan Syafiq. Ha ambik kau." tambah Syazwan pula membuatkan aku menyesal tak sudah.
Disebabkan perasaan menyesal melampau, tangisan aku pecah di hadapan semua orang.
" Syafiq ,kenapa awak tak tunggu saya datang dulu ? Kenapa awak tak yakinkan saya yang awak tak tipu saya ? Kenapalah saya tak percaya awak ? Kalau saya percaya awak, mesti kita dah boleh jumpa sebelum awak berlayar. Bebalnya aku! "
Aku merungut sendirian sambil menangis teresak-esak. Kalau Izzah nak mengata aku kuat nangis sekalipun, aku dah tak kesah.
Biarlah aku menangisi penyesalan aku yang disebabkan oleh kebebalan aku yang merajuk tak ingat dunia.
" Hai, bebal. Suami paling hesmes awak ada dekat depan awak ni. " tegur suara lelaki yang sangat kukenali.
Aku kenal suara ni.ini macam suara Syafiq.
Kepala diangkat sedikit memandang ke hadapan. Syafiq yang berseragam maritim lengkap sedang duduk mencangkung di hadapan aku.
"Syafiq ? Awak buat apa kat sini ? Bukan ke awak sepatutnya dah belayar sekali dengan Papa ? " soalku yang hairan melihat Syafiq
" Siapa cakap papa dah pergi belayar ? Papa berlayar esok lusalah. " celah p
Papa yang datang entah dari mana.Tadi aku hairan melihat Syafiq .Sekarang aku terkejut memandang Papa yang juga berseragam lengkap maritim .
" Papa pun ada kat sini ? Tapi nota di peti ais tu ? " soalku yang semakin bingung.
" Kitorang semua prank akak la. Saja nak tengok betapa sayang nya akak pada abang Syafiq Hihihi. "
" Syazwan, kau pun prank aku jugak? " soalku lagi tidak berpuas hati.
" Ops, Should i say yes? " ujar Syazwan dengan wajah jahat.
" Ishh,bencilah macam ni. Semua orang nak prank aku. Nampak sangat aku ni mudah ditipu. Nak merajuk lagilah. "
Helmet ditanggalkan lalu dibaling ke arah Syazwan dan Adam. Tangan disilangkan di dada tanda merajuk.
" Alolo, hodohnya muka kau masa merajuk. Macam muka lipas kena penyek. " pujuk Syafiq sambil menarik aku ke dalam pelukannya.
Muka aku yang sememangnya masam bertambah masam mencuka mendengar pujukan Syafiq yang tidak kedengaran seperti pujukan.
" Itu nak memujuk ke nak mengutuk ? Saya tengah merajuk ni. Pujuklah betul-betul. Nanti saya suruh Syazwan pujuk baru tahu." ujarku sengaja mahu menggedik dengan Syafiq
Syafiq meleraikan pelukannya dengan aku. Matanya menikam tajam aku. Seperti mahu makan aku.
" Abang dah cakap jangan sebut nama lelaki lain kalau sayang dengan abang. "
" Disebabkan sayang sebut nama Syazwan, abang nak hukum sayang " getus Shikie lalu mengigit sedikit bahagian pipi Dina

YOU ARE READING
GADISKU
No Ficciónseorang remaja yang dijodohkan oleh seorang anggota maritim dan juga leader mafia iaitu SYAFIQ MUQRIZ namun hatinya masih terikat pada kekasih lamanya HAZEEM HAFIZZY dikelilingi oleh para jejaka yang tergila-gila kannya kerana rupa paras yang cantik...