BERPISAH

15 4 0
                                    

2 tahun kemudian (tahun 2024)

|
|
|
|

" Kau dah bersedia ? " soalku kepada Syaz yang kelihatan berdebar-debar.

" Aku dah bersedia. Kau pulak dah bersedia ? " soal Syaz kembali.

Kepala dianggukkan perlahan kepada pertanyaan Syaz. Tangan aku yang menggeletar teruk cuba dikawal sebaik mungkin agar telefon yang dipegang tidak terjatuh.

" Dalam kiraan 1,2,3,kita tekan sama-sama Okay? "cadangku sambil melihat tepat ke mata Syaz.

" Okay. Satu."

Syaz memulakan kiraan.

" Dua. " sambungku pula.

" Tiga. " sambung Syaz lagi.

Sebaik sahaja angka tiga disebut, kami sama-sama menekan pautan di skrin telefon.

Mata aku membulat melihat teks yang terpapar di skrin.Syaz pula melopong memandang skrin telefon.

" Tahniah. Permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Amanjaya diterima oleh pihak kami. Anda ditawarkan untuk belajar di Universiti Amanjaya dengan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian. Sila tekan butang terima untuk menerima tawaran ini atau butang tidak terima untuk menolak tawaran ini.

Aku membaca tawaran kemasukan ke Universiti Amanjaya dengan perasaan penuh teruja. Akhirnya, impian aku untuk memasuki universiti berprofil tinggi di Malaysia tercapai.

" Tahniah. Permohonan anda untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Amanjaya diterima oleh pihak kami. Anda ditawarkan untuk belajar di Universiti Amanjaya dengan Berchelor Komunikasi. Sila tekan butang terima untuk menerima tawaran ini atau butang tidak untuk menolak tawaran ini."

Giliran Syaz pula membacakan tawaran kemasukan universitinya.

" Kau tahu tak apa maksudnya ? " soalku kepada Syaz yang tak henti-henti tersengih.

" Apa ? "

" Maksudnya kita akan pergi ke universiti yang sama. Kuat betul jodoh bff kita kan. Daripada tadika sampailah sekarang. " ujarku hampir-hampir menangis kerana terlalu terharu.

Syaz pula sedang mengelap air matanya kerana menangis . Aku yang terharu dia yang nangis adehh.

" Lepas ni, kita boleh konvo pergi universiti sesama. Kita boleh buat assignment sesama.yeayyy ! " ujar Syaz lalu dia melompat gembira.

"Yeayy BFF togerther forever ! "

kami berdua melompat-lompat girang sehingga membawa padah kepada aku. Disebabkan terlalu aktif melompat, badan aku hilang keseimbangan lalu terjatuh.

Terjatuh tu tidak apa lagi. Ni masalahnya, aku terjatuh sampai tergolek-golek ke hujung bumbung rumah dah ni !!

Ah, lupa nak beritahu awal-awal tadi. Aku dan Syaz sedang berada di bumbung rumah aku sebenarnya hehe.

" Syaz, tarik aku cepat !!! Aku dah nak jatuh ni !! " jeritku panik sambil tanganku memaut kemas hujung bumbung rumah.

" Kan aku dah pesan jangan melompat atas bumbung rumah. Kau tak nak dengar cakap aku. Kau lompat jugak. Ha kan dah nak jatuh bumbung. Padan muka. " bebel Syaz sambil menarik aku ke atas.

Riak muka menyampah dipamerkan kepada Syaz.Kepala kelapa betul Syaz ni.

Tadi dia yang ajak aku lompat at last dia yang ejek aku.

Sikit sahaja lagi aku mahu naik semula ke atas bumbung, genggaman tangan Syaz mula longgar.

" Weh, tariklah aku betul-betul. Dahlah tinggi ni. Sekejap, kenapa kau buat muka minta kaki ni eh ? " soalku hairam melihat muka aneh Syaz.

GADISKUWhere stories live. Discover now