LOKAR SEKOLAH

13 3 0
                                    

Setibanya di tempat yang dijanjikan iaitu dia lokar sekolah*

" Fiq kita.. " bicara aku terhenti kerana Syafiq tiba-tiba menekup mulut aku dengan tangannya. nasib halal kalau haram lama dah kaki ni naik kat muka dia, kataku didalam hati.

" Diam..jangan bercakap. Ada orang lain selain kita berdua kat sini. Aku dengar bunyi  tapak kaki tadi. "beritahu Syafiq dalam nada berbisik.

Mulut aku kunci rapat tanda patuh kepada arahan yang diberi oleh Syafiq.

Aku tidak berani untuk mengeluarkan suara setelah Syafiq memberitahu dia mendegar bunyi tapak kaki tadi.

Bang!

Bunyi tembakan tiba-tiba kedengaran menggegarkan segenap pelusok ruang lokar. tingkap lokar Syafiq turut pecah akibat dibolosi oleh peluru itu.

" Dinaa, ! Tunduk ! "Jerit Syafiq sambil menolak badan aku agar aku menundukkan badan.

Tidak sempat aku mahu menundukkan badan, sesuatu benda kecil bergerak laju menembusi bahu aku.

Bahu kanan aku terasa sakit tanpa punca. Cecair pekat hangat mengalir daripada bahu aku.

" Arrghhh!! Sa-sakit ! "

Tangan kiri aku menyentuh bahu kanan aku yang sakit .Sesuatu cecair melekat di tapak tangan aku.

" Da-darah ? "ujarku gugup setelah melihat darah yang terlekat di tapak tangan.

" Dinaa !! "

Suara Syafiq kedengaran suyup memanggil nama aku namun aku tidak mampu untuk menyahut panggilannya.

Setelah itu,suara Syafiq tidak dapat didengari lagi.

GADISKUWhere stories live. Discover now