BIDADARA (BAB 6)

7 0 0
                                    

Aku sangat beruntung pada malam itu aku dapat mengelakkan diri daripada hubungan toksik daripada perempuan-perempuan tak guna itu terutamanya si Aqilah dengan rakannya. Dan, lelaki yang aku terserempak di parti tadi membawaku keluar bersiar di kawasan taman berdekatan dengan dorm. Taman di kawasan universiti ini sungguh aman dan nyaman berbanding kawasan  ada ramai orang. Ini sebab banyak tumbuh-tumbuhan di tanam termasuklah tasik buatan dan kawasan hutan berdekatan. 

Dekat taman ini juga ada laluan pejalan kaki serta lampu jalan jadi tidaklah terlampau gelap sangat masa berjalan. Walau bagaimanapun, kami tak sepatutnya boleh berada di kawasan taman pada waktu malam, ini untuk mengelakkan diri daripada binatang liar. Namun, aku rasa bersyukur sekurang-kurangnya ada yang membantuku keluar walaupun kami berdua ini berlainan jantina.

"Saya minta maaf. Saya lupa nak tanya,"belum sempatku menyoal dia bersuara.

"Panggil ku Bidar. Nama penuhku Bidadara. Namun ramai yang panggilku Bidar sahaja."

Bidadara? Macam pernah dengar nama itu tapi dimana. "Kamu tak sepatutnya datang ke sini?"kata Bidar lagi.

"Ouh.. Saya.."

"Hera kan? Ambil jurusan industri perfileman bukan?"dia bersuara lagi. Aku terpegun seketika. Aku belum berkenalan dengan dia namun dia tahu namaku dan bidang apa yang aku ambil. "Wow.. macam mana kau tahu?"tanyaku.

"Aku selalu dengar khabar angin dari kawan."Khabar angin? Biar betul mamat ni. Macam mana berita tentang aku ni boleh jadi topik bualan ramai ni? Sedangkan aku cuma pelajar universiti biasa sahaja.

"Sebab kamu budak junior baru dan antara pelajar yang berani menentang Aqilah,"Bidar bersuara lagi. "Kau macam boleh baca fikiranku pula."Aku memandang wajahnya lepas dia bersuara. Mukanya sangatlah tampan mengalahkan artis – artis lelaki Melayu tapi aku tak terpegun dengan sejauh mana kekacakkan dia. Namun apa yang membuatku tak terkata apabila aku melihat raut wajahnya yang sungguh tenang dengan senyuman manis diberikan kepadaku. Tambahan pula, dia daripada tadi melihat aku masa berjalan dari awal hingga dekat pertengahan jalan masih melihatku tanpa melihat hadapan macam aku ini wanita istimewanya.

"Kenapa dari tadi pandang aku semacam?"tanyaku sambil menjeling kearahnya untuk melihat reaksi yang bakal diberikan. "Hahaha... takde... Ini kali pertama kita berjalan bersama. Sebelum ini susah sebab kamu ni selalu banyak assignment, tak peduli pasal orang yang ada dekat sebelah,"katanya. Ouh.. baru aku tahu. Selama ini dia memang nak berjumpa dengan aku tapi aku selalu sibukkan diri. 

"Maaflah... aku sebenarnya... tak sangat nak keluar berkenalan dengan lelaki kecuali masa buat kerja je aku buat,"kataku dengan rasa selambanya, tidak kira apa yang aku cakap.

"Yeke? Maknanya kamu ni dah ada teman lelaki la ya.. Tak nak curang dengan dia."

"Takdelah. Aku boleh jadi bosan kalau ada teman lelaki. Penat nak melayan rasa cinta."Aku menjawab secara terus terang dengan dia. Sejujurnya, aku susah nak dapat teman lelaki. Semua lelaki tak berminat denganku. Kemudian kami ternampak bangku yang disediakan bersebelahan dengan lampu jalan. "Boleh tak kalau kita duduk. Aku penat nak berjalan,"kataku.

"Takde masalah." Kami pun dua berdua – duaan di atas bangku simen disinari dengan cahaya lampu jalan pada waktu malam. Di hadapan kami pula ada tasik buatan betul – betul mengadap kami dan di belakang tasik pula ada hutan simpan. "Aku tak sepatutnya kat luar dorm sekarang ni,"kataku secara spontan. Bidar tidak bersuara, hanya tersenyum dan tak habis-habis merenung kearahku. Apa yang dia tengah lihat dekat aku sebenarnya?

"Aku pun patutnya kat bilik tengah buat assignment juga,"akhirnya dia bersuara juga. "Aku nak tanya sesuatu boleh tapi jangan terkejut tau,"kata Bidar lagi.

"Apa? Kau nak jadi teman lelakiku sehidup semati? Ha! Ayat biasa aku dengar kat movie pasal cinta,"kataku dengan nada suara kasar sedikit. Aku mula menyilangkan kaki serta kedua belah tanganku dikepit memeluk tubuh badanku. Bidar tidak bersuara namun seperti biasa hanya melihatku dengan senyuman sama diberikan. "Boleh je. Aku jadi teman lelakimu sehidup semati."

Aku tidak membalas, hanya mendiamkan diri. Tak tahulah apa niat sebenar dia untuk jadikan aku sebagai teman wanitanya. Lagipun kebiasaannya sebelum bercinta mestilah jadi sahabat dulu. Aku mengeluh. Ini kerana, aku juga tidak suka menyinggungkan perasaan orang. Jadi aku membalas,

"Aku rasa ada baiknya kita jadi kawan dulu, Bidar. Sebab aku ada impian dan aku tak rasa bila kita bercinta impian aku tercapai."

Bidar daripada tersenyum kemudian memandang ke hadapan. Senyuman yang terukir pada bibirnya mula pudar. "Maaflah... mungkin aku tak sabar sangat nak ada teman wanita.."katanya.

"Hei,"aku bersuara, meraih rasa simpati terhadapnya. Mungkin dia dah banyak kali putus cinta. "Tak mengapa... Aku hanya ada kawan lelaki bukan kekasih. Mungkin lepas aku ambil ijazah baru kita boleh bersama. Buat masa ini kita jadi kawan dan.... kita boleh berbual-bual kosong macam ini."

"Haha,"Bidar mula ketawa kecil bila mendengar cara aku menjawab, kepalanya dianggukkan bermaksud dia faham akan kata – kataku. "Baiklah, kalau itu apa yang kau nak,"katanya. "Lagipun, aku nak berterima kasih kat kau sebab banyak kali selamatkanku,"kataku lagi.

"Berterima kasih? Untuk apa?"

"Kerana...."aku mengeluh. Sebab dalam banyak – banyak lelaki, hanya dia yang selalu ada bila aku diganggu ataupun dibuli oleh Aqilah. Hannah tak berani untuk membelaku atau membawa pergi hirup udara segar, dia tak pernah membelaku ketika aku di dibuli namun hanya terpaku ibarat tunggul tidak bernyawa. Lagi satu, dia mungkin tidak memahami situasi aku sekarang. Dan lelaki ini pula yang aku baru jumpa, Bidar, orang pertama tegurku pabila aku teringat suara makhluk itu dan membawa aku lari daripada orang tak guna.

"Kerana selamatkan aku daripada mereka.."itu sahaja yang aku boleh cakap. Aku tak boleh beritahu apa yang aku alami padanya.

"Takde masalah." Bidar memandangku semula dan membuat senyuman yang membuatkan aku rasa sangat tenang. Ia bukanlah senyuman manis atau pahit diberikan. Ia senyuman seakan kamu memerlukan seseorang untuk dipeluk atau meluahkan perasaan. "Boleh tak kalau kita jumpa esok semula. Aku kerja nak buat tapi aku perlukan bantuan."

*****

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now