BIDADARA (BAB9)

4 0 0
                                    

Sementara ketiadaan Hera dan Bidar.....

Azizi berjalan menuju ke tempat letak kereta yang terletak di belakang kampus serta ia berdekatan dengan hutan. Beliau berhasrat ingin memasang menghisap sebatang rokok seketika setelah perbincangan assignment tadi. Dia amat geram dengan perilaku Hera yang selalu tertidur serta melarikan diri. Geram serta diselubungi dengan perasaan kecewa di dalam hati. Dia sebenarnya ingin menyiapkan assignment tersebut secepat mungkin. Namun, jika Hera selalu berperangai seakan 'watak utama' dalam ahli kumpulannya, dia mungkin sukar untuk menyiapkan walaupun video perfileman tersebut pendek.

Bukan sahaja itu, Azizi juga merasakan yang Hera dan Bidar sekarang dalam lamunan cinta. Lagipun sebab sudah ramai orang bergosip tentang hubungan mereka. Namun perkara itu tidak menganggu kehidupan Azizi langsung tapi juga menganggu rakan – rakan kumpulannya terutamanya kehadiran Bidar yang sentiasa menunggu Hera. 'Lelaki tu takde kerja lain ke selain berhimpit dengan perempuan tu!!' degus Azizi dalam hati. Kalaulah dia abang Hera, dah lama dia kerjakan lelaki itu.

Tiba di tempat letak kereta, dia mula melabuh di atas bonet kereta hadapan lalu membuka sebatang rokok untuk dihisap. Asap dihembuskan ke udara setelah dihisap sepuas hatinya. Kadang kala dia terfikir, mengapa Hera selalu tertidur dan selalu melarikan diri. Sebab dia ada juga lihat wajah Hera sebenar – benarnya. Samada Hera sedar atau tidak, selepas dia bangun dari tidur, wajahnya pasti kelihatan pucat seakan orang yang dalam keadaan cemas mahupun ketakutan. Tambahan pula, cara Hera boleh tertidur pun dalam keadaan badan menegak namun kepalanya tertunduk ke bawah. Kalau dia, pasti tubuhnya boleh rasa sakit dan ada rasa lenguh yang teramat. Tapi Hera tak. Bila dia bangun, tubuhnya kelihatan kuat. Dia takde nak merenggakan badan macam buat senaman ringan lepas bangun tidur. Bukan sahaja itu juga, bila Hera bangun dan melarikan diri, Hera boleh berjalan pantas sambil melihat kedepan.

Mungkin agaknya, Hera dah terbiasa tidur sambil duduk dengan badan tegak serta kepala tunduk agaknya. Mungkin? Tapi macam mana dia boleh jadi macam tu sekali?

"Hei, kau rasa mana Aqilah pergi sebenarnya?"

Azizi daripada mengelamun sambil menghisap rokok mula berhenti apabila terdengar perbualan daripada dua orang pelajar perempuan yang baru sahaja keluar dari teksi dan dalam perjalanan menuju ke kawasan kampus.

"Haah! Aqilah lama tak nampak. Sejak parti yang dia buat haritu."

"Tulah! Aku tak pergi parti haritu tapi roommate aku cakap, dia nampak Aqilah kat tengah orang ramai lepastu dia mula rasa macam takut."

"Ha? Takut? Pasal apa?"

"Tak tahu. Lepastu dia mula larikan diri daripada orang ramai masa tu. Cuma roommate aku tak tahu mana dia pergi tapi kawan rapat Aqilah pun tak dapat kejar masa tu. Cuma kan..." Dua perempuan itu mula berhenti. Azizi daripada ingin hisap rokok mula meneliti apa yang dua pelajar perempuan itu cuba bualkan dari jauh sebab dia boleh dengar perbualan gosip mereka. Memang kuat suara dua orang perempuan itu.

"Lepas Aqilah takde... keesokkannya kawan – kawannya pun takde juga..."

"Weh, biar betul!!"

"Haah. Aku pun tak tahu tapi ini apa yang roommate aku cakap."

"Weh, cepat dah nak habis waktu Asar ni. Aku nak solat."

Dua pelajar perempuan tersebut mula bergegas ke kawasan kampus setelah salah seorang dari mereka berdua cakap bab solat. Azizi tertunduk seketika sebab seingat dia, dia juga menghadiri Aqilah punya parti itu dan dia juga perasaan yang Hera pun ada hadiri juga. Hera mula – mula datang lambat kemudian duduk di salah satu sofa. Kemudian tertidur sebelum Hannah datang untuk kejutkan. Dia sorang sahaja yang tak sangat nak 'enjoy' menari, berbual mahupun makan makanan yang disediakan. Kemudian, seperti biasa Aqilah datang membuli Hera sebab Hera antara orang yang tak sangat menurut perintah 'Ratu Kampus' itu.

Seingat dia juga, Bidar pun ada datang kepada Hera dan membawanya keluar dari tempat parti tu. Setelah Bidar dan Hera pergi, barulah babak Aqilah menjadi orang yang tiba – tiba panik dan ketakutan semacam. Kemudian, dia cuba meninggalkan parti tersebut tanpa menghiraukan rakan – rakannya. Selepas malam kejadian itu, Aqilah tidak kelihatan di kampus bahkan dia juga tidak menghadiri sesi kuliah. Walaupun bidang Azizi dan Aqilah berbeza namun, Aqilah seorang yang suka menunjuk – nunjuk depan orang ramai. Tapi entah mengapa dia menghilangkan diri. Kemudian diikuti oleh rakan – rakanya yang lain juga turut menghilangkan diri.

"Kenapa aku sibuk pikirkan hal ini? Takde kaitan pun..."Azizi berdegus lagi lalu membuka batang rokok yang baru. Sewaktu dia ingin menyalakan rokoknya, Azizi disapa oleh angin yang kuat dari belakang menyebabkan pemetik apinya terpadam. Azizi pun menoleh untuk mencari arah angin tersebut.

"Aaaaaa....Zi.....Ziizizizizizizizizizizizi!!!"

Azizi daripada duduk atas bonet mula bangun lalu mengucap "Astagfirullah!!!!!" apabila dia terlihat makhluk hitam bertengkorak dan bertanduk dua itu membentangkan seluas – luas sayap hitamnya sambil memgangkangkan kakinya yang berbentuk seakan burung. Kedua belah tangan makhluk itu pula diletakkan atas lututnya yang dikangkang. Makhluk hitam tersebut itu juga mengeluarkan bunyi yang seakan mengejek namanya serta memaparkan barisan gigi tajam hadapan dalam paruhnya.

Dalam ketika saat bertembung dengan makhluk itu, Azizi tidak boleh mengerakkan tubuhnya. Dia sudah cuba tapi tubuhnya kaku seperti tunggul, berat diangkat seperti batu. Lidahnya terketar – ketar mahu membaca surah.

"Hehehehehehe.... Zizizizizizi..... Zizizizizizizi...."

Makhluk hitam itu pun membuka langkahnya dan menepuk tangannya. Dengan sekelip mata, bonet kereta hadapan Azizi, tempat Azizi duduk, serta merta meletup secara kuat dan Azizi yang tadi kaku tidak dapat melarikan diri terkena letupan tersebut secara keseluruhannya. Makhluk hitam itu pun mula ketawa tatkala melihat Azizi menraung keperitan dalam keadaan terbakar sambil melompat – lompat meraikan kesakitan yang dialami oleh lelaki tersebut.

Kemudian tubuh Azizi mula rebah ke atas tanah namun api pada tubuhnya masih tidak dapat di padam. Makhluk hitam itu mendekati Azizi yang tidak lagi mampu bergerak mahupun mengeluarkan suaranya.

"Hahahahahahaha..... Kenapa hisap rokok?! TAKDE KERJA LAIN KE!!??"

Dengan hanya sekali pijak, makhluk hitam itu memijak kepala Azizi hingga berkecai. Lantas, kaki makhluk itu memijak bahagian tubuh selebihnya. Setelah tubuh Azizi terbakar dan berkecai, makhluk itu pun mengutip kesemua serpihan tubuhnya dan membawanya masuk ke dalam hutan.

Pada petang mahgrib itu, kesemua pelajar kampus mula mengerumuni kawasan tempat letak kereta untuk melihat apa yang berlaku sebelum kedatangan pihak bomba untuk memadam api kebakaran tersebut.

*****

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now