Nota Dari Penulis 2

4 0 0
                                    

Maaf semua pembaca yang membaca bahagian Bidadara. Ambil masa untuk menulis kisah ini dan saya juga sibuk dengan pembelajaran di Universiti. Ceritanya dah bagus tapi entah mengapa saya rosakkan bab 5 Bidadara. T.T 

Insya Allah saya cuba baiki sebab saya tak berapa minat dengan cerita cinta pada bahagian bab 5. Tambahan pula, saya masih single, takde teman lelaki. Hanya dengar perasaan kawan saya yang selalu putus cinta. Dan juga, ramai kawan saya beri pendapat supaya masukkan unsur cinta. Kemudian, baru saya faham bahawa saya tak perlu ikutkan kehendak orang yang takde pengalaman menulis. 

Niat saya menulis Kisah Alam Ghaib kerana ingin menyampai kisah tiga watak yang terperangkap dalam dunia permainan yang dibuat oleh makhluk ghaib dan bagaimana tiga watak ini cuba menyelamatkan diri dengan jalan penyelesaian. Juga ini antara novel terakhir yang masih wujud di Wattpad selepas saya hapuskan dua buah novel sebelum ini. Paling sedih adalah saya harus menghadapi kritikan daripada pembaca yang tiada ilmu penulisan iaitu pembaca yang berdekatan dengan saya, keluarga dan rakan. Bagi saya ia bagus untuk dapat pendapat namun, sekarang ini kebanyakkan idea bernas saya dihapuskan oleh mereka. 

Pendek kata mereka gunakan saya untuk menulis idea mereka berbanding penulis tu sendiri memberi idea pada isi novelnya. Apa harus saya boleh katakan? Dilemma, kemurungan, anxiety dan stress. Semua ada dalam kepala pada masa itu. Ini punca mengapa saya lambat menulis. 

Apapun, saya minta maaf kerana membuat pembaca sering menunggu untuk bab Bidadara seterusnya. Ini kerana, saya baru sahaja baik dari kemurungan dan kesedihan ketika pandemik Covid 19. Harap anda pembaca semua bersabar. Sekian terima kasih. 

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now