BIDADARA (BAB 1)

31 2 0
                                    

Ughh... rasa janggal pula aku bila balik ke sini. Tempat ini walaupun ada sedikit perubahan, tetap nampa kelihatan janggal bagiku. Dulu, aku lahir di kota ini. Kota ini dipanggil Kota Bidadara sempena dengan nama hutan simpan yang besar berdekatan dari arah timur kota tersebut. 

Kemudian, ayah aku bawa aku untuk berpindah atas sebab tertentu. Sebabnya, aku tak tahu. Ayah aku tidak pernah beritahu kenapa. Pernah aku cuba untuk mengorek rahsia dia tetapi tidak berjaya. Akhirnya, aku biarkan rahsia  ayah itu tersimpan sahaja. Aku sudah malas untuk mengorek kebenarannya. 

Akan tetapi pada tahun ini, aku datang ke sini semula sebab aku dapat tawaran untuk belajar di kota ini. Kebetulan, universiti di kota lama aku menawarkan khusus perfileman di sini. Pada mulanya, ayah aku tidak setuju. Entah kenapa. Dia kelihatan takut jika aku dihantar ke tempat kelahiran aku semula. Tetapi, apabila ayah tahu bahawa pihak universiti ada menyediakan bilik asrama serta mendapat alamat universiti itu dan mengetahui jarak diantara universiti tersebut lebih jauh, ayah mula bersetuju asalkan aku bahagia sahaja. 

Akan tetapi, walaupun dia melepaskan aku untuk belajar di sana juga ,ayah aku pesan kepadaku supaya, "Jangan Sesekali Menjejakkan Kaki Ke Hutan Bidadara." Aku melihat wajahnya yang begitu serius. Maksud aku ayah aku tidak pernah membuat muka serius sebab dia lebih suka buat lawak berbanding jadi ayah yang garang. 

Tetapi ia tidak terhenti di situ. "Ayah kenapa?"aku tanya. Cuba sahaja. Aku lihat ayah aku, dia mengeluh keresahan. Cara dia mengeluh membuatku rasa serba salah pula. Yelah, kenapalah aku nak tahu sangat rahsia ayah. Selama ini, ayah aku yang menjaga aku dari sejak kecil. Aku pernah bertanya tentang ibuku tetapi ayah kata aku belum cukup kuat untuk mengetahui perkara itu. 

"Hera." Aku memandang kearah ayahku. Hera. Itulah namaku. "Ya."Aku menyahut pendek sahaja. 

Ayah aku menunduk kemudian melihat ke wajahku. "Belum pada masa ini. Suatu hari nanti kamu akan tahu. Tapi buat masa ini, ayah nak kamu tumpukan perhatian pada cita-cita kamu. Ayah nak kamu gembira dan lupakan perkara lalu. Tak perlu mengungkit lagi masa silam. Teruskan hidup sekarang."

Aku mendengar nasihat ayahku dengan tekun. Setiap per satu perkataan masuk ke dalam telingaku. "Baiklah ayah. Hera janji Hera takkan masuk ke dalam hutan,"kataku. Ayahku dari sedih bertukar menjadi gembira. "Baguslah tu. Macam itulah anak ayah,"katanya. 

Beeb.Beeb.Beeb. 

Telefon pintarku berbunyi. "Tu angkat telefon boyfriend awak tu,"kata ayah. "Ayaaahhhh!" Aku merungut. "Izam bukan teman lelaki Hera." Ayahku pun ketawa terbahak-bahak. Buat lawak bodoh pula. 

Aku membuka telefonku. "Oh, kawan saya mesej saya ayah,"kataku. "Apa dia cakap?"

"Dia nak saya keluar makan malam dengan mereka. Kiranya jamuan perpisahan,"jelasku. 

"Baiklah, tapi jangan balik lambat ya,"kata ayahku. "Baik ayah. Saya pergi dulu ayah." Aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku pun melangkah keluar dari bilik apartment turun ke tempat kereta. Aku mencari motosikal. Setelah aku jumpa motosikal, aku pun menunggangnya ke tempat kawan aku maksudkan. 

Dalam perjalanan, aku melalui kawasan jalan raya yang kosong pada waktu malam bertemankan cahaya lampu jalan. Pada waktu itu, tiada kereta lalu dan keadaan seakan sunyi sepi. Kemudian, aku terberhenti seketika di separuh jalan. Aku macam ada dengar suara orang panggil aku pula. 

Hera...Hera...

Aku memandang di sekelilingku. Tiada sesiapa. Argh, ia mungkin imaginasiku. Jadi, aku pun teruskan perjalananku. 

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now