BIDADARA (BAB7)

3 0 0
                                    

Alhamdulillah.

Sejak pertemuanku dengan Bidar, keadaan menjadi tenang bagiku. Aku tidak lagi dihantui dengan suara halus itu lagi. Malahan, aku dan juga tidak lagi dibuli oleh Aqilah serta rakan subahatnya. Bahkan aku menjadi lebih kuat dari hari sebelum. Entah mengapa aku ada mula menjadi berani hanya selepas berkenalan dengan lelaki baharu iaitu Bidar. Sekarang aku lihat Bidar sentiasa ada untuk membantuku. Setiap kali lepas kuliah, Bidar selalu ada di sebelah pintu dewan kuliah untuk menungguku. Kadang aku tanya padanya sekiranya dia ada kelas ataupun tidak. Bidar hanya memberitahuku bahawa kuliahnya sudahpun habis.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur. Selain Hannah, aku dapat sokongan dan semangat daripada Bidar. Bila – bila masa jika aku lupa nak bawa duit atau barang, dia sentiasa ada untuk membantuku. Namun begitu, aku kadang juga tidak berasa selesa dengan pandangan yang diberikan oleh orang disekelilingku terutamanya geng Aqilah. Ramai juga budak – budak lain bersangkakan aku dan Bidar ini sedang bercinta. Hakikatnya, kami hanya berkawan. Bahkan, aku juga menganggap Bidar sebagai abang aku sendiri. Yelah, aku sendiri anak tunggal dan sudahpun hilang kedua orang tua. Aku tidak ada saudara mara terdekat mahupun nenek dan datuk. Hanya kami bertiga. Aku, ibu dan ayah. Kemudian, ibuku meninggal dunia di kota lamaku ketika aku masih kecil tapi aku tidak tahu punca kematian ibuku. Ayahku pula membawa aku jauh dari kota lamaku.... dan seperti anda tahu, ayah aku mati dibunuh oleh makhluk misteri.

Pada waktu petang selepas kuliahku bersama Madam Sheila tamat, seperti biasa aku bersama dengan Bidar untuk makan petang. Hannah pula berkunjung ke tempat lain bersama rakannya yang lain. Pada waktu itu, aku ada assignment berkumpulan cuma aku perlukan bantuan seseorang.

"Bidar. Boleh tak aku minta pertolongan daripada kau?" Bidar menoleh apabila aku bertanyakan soalan. "Ya apa dia?" Susah betul kalau aku nak minta tolong dari orang sebab takut menyusahkan orang. "Sebenarnya.... aku ada assignment. Dalam assignment aku ni... aku kena merakam satu rakaman. Cuma aku perlukan bantuan daripada kau kalau boleh,"akhirnya aku memberitahu kepadanya.

"Assignment? Tadi ke?"

"Yup. Aku kena buat rakaman filem pendek. Cuma.... aku perlukan pelakon tambahan mahupun pengawal atau 'tourist guide'. Aku dah pick beberapa pelakonnya. Cuma aku nak cari tempat sesuai untuk buat pengambaran,"jelasku sambil aku meneguk air mineral. Terasa dahaga dan gugup bila nak menjelaskan projek aku ini. Sebab aku jenis orang yang tak suka 'spoil' atau beritahu perancangan aku. Sebab aku takut projek aku takkan menjadi nanti.

"Okay, boleh je,"kata Bidar.

"Betul boleh? Sebab kau bukannya sama kelas aku,"kataku pada Bidar hanya untuk pastikan yang dia takde hal lain untuk diuruskan. Sebelum ada juga budak yang katanya nak bantu tapi akhirnya tak dapat bantu sebab ada urusan lain. Tak naklah orang yang berperangai begini dalam kumpulan aku. Membuang masa juga aku telah berkongsi idea dengan orang yang salah.

Bidar memandang ku lalu ketawa. Tapi apa lawaknya? "Boleh je. Sebenarnya aku bosan belajar dalam jurusan yang aku ambil ni. Kalau aku ada assignment, nanti habiskan pada awal hari. Oh ya... awak kata awak nak saya samada jadi pengawal, tou......"

"Selama ini, aku buat perbualan dengan kau, kau banyak beri info tentang kawasan ini. Maksud saya.... pekan kecil ini." Aku memotong ayat Bidar. "Projek aku ni tak boleh dibuat main. Sebab ramai yang setuju dengan apa yang aku nak buat. Hanya Hannah dan beberapa kawannya terima. Tapi aku perlukan bantuan kau untuk beritahu kawasan – kawasan hutan yang sesuai untuk buat pergambaran dan menjadi pengawal kami kalau ada apa-apa yang terjadi,"jelasku dengan lebih lanjut.

Bidar memandang ke hadapan tanpa memberi respons. Kami berjalan ke arah pondok untuk kami duduk bersama. "Saya tak kisah. Boleh je. Tak tahu pula awak selama ni dengar apa yang saya cakap,"Bidar mula mengusikku. Yelah, selama kami berkenalan, Bidar antara yang kuat bercakap namun aku sahaja jenis pendiam. "Of course lah aku dengar. Kau selalu cerita tentang hutan yang ada kat pekan ni, restoran yang ada makanan enak untuk makan dan macam – macam...."Aku berhenti perbualan aku disitu. Tetiba pemikiran mula memikirkan tentang masa silamku.

"It's okay... Saya boleh bantu kamu. Hera,"kata Bidar lagi.

Selepas kuliah petang itu, aku banyak menhabiskan masa bersama Bidar di pondok sehinggalah waktu maghrib, Bidar menghantarku pulang ke dorm. Aku berdoa agar projek aku ini dapat diselesaikan. Tapi entah mengapa pada malam hari, hatiku mula berdegup kencang seakan ribut akan melanda tak lama lagi.

*****

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now