BIDADARA (BAB 2)

13 2 0
                                    

WOOOHHOOOOOO!!! YEAH BABY!!

Semua orang di dalam kelab malam berputar-putar tanpa berhenti. Ada yang berdua-duaan lelaki dengan perempuan. Ada yang sesama jantina. Paling teruk ialah melihat dua orang berpelukkan. Ergghhh, sia-sia aku datang ke parti ini. Mereka buat di kelab malam. Biar betul. Mereka tak takut dengan polis kah? Kalau bapa aku tahu macam mana? Habislah, dia mesti akan kecewa nanti. 

"Hai Hera!" Seorang perempuan remaja seusiaku menyapaku dari belakang. 

"Hai,"aku hanya membalas dengan ayat pendek. "Hei, kenapa ni, Hera? Kita kenalah seronok-seronok,"katanya. "Err....tak juga Fasha kalau ini tempatnya untuk berseronok,"kataku. "Kau tahu bapa aku tidak suka aku datang sini,"kataku lagi. Fasha pun mengeluh. 

"Alah, sekali je."

"No way! I guess I should go home!"Aku bertegas mahu pulang ke rumah. Fasha yang dalam keadaan mabuk mengekoriku dari belakang. 

"Apa yang tak kena dengan kau ni? Sebelum ini kita keluar bersama-sama kau tak pernah membantah."

"Fasha kalau kamu tidak minum air keras tu, mungkin kau boleh guna akal cerdik kau sekejab."

Fasha memandang kearahku dengan renungan yang tajam. "Apa kau ingat aku tak cerdik? Hugh.."Fasha tersendu sekejab. Banyak sangat minum air wiski agaknya. "Sorry. I can't stay here for long. Well, I need to see my father,"kataku. 

"Already?"

"Yes. Beritahu semua kawan yang aku tak jadi nak luangkan masa dengan mereka,"kataku.

Aku berjalan meninggalkan kelab malam 24 jam itu. Ya Allah. Kenapalah aku ikut kehendak mereka. Patutlah rasa tak sedap badan tadi. 

Bzzt.Bzzt.Bzzt.Bzzt.

Telefon pintarku berdering. "Oh, ayah rupanya." Aku berjalan ke arah motorsikal sambil membaca mesej yang ditulis oleh ayah. 

Hello, Hera. Jangan balik rumah dulu. Singgah mana2 tempat. 

Kenapa ayah? 

Ada apa-apa terjadi ke?

Tolong jangan dekat dengan rumah. 

Ayah, tak kelakar! Okay.

Ayah, Hera nak naik motor ni.

Call Hera sekejab.

Errr....Ayah.

Hello.

Ayah?

Kenapa tak call ni? 

Argh! Bateri telefonku tinggal sedikit. Kenapa aku tak cas ya? Lagi satu kenapa kau asyik lupa bawa powerbank. Oh, terpaksa aku balik rumah. Aku menghidupkan enjin motorsikalku. Aku pun membawa motosikal aku selaju mungkin ke rumah. Sewaktu dalam perjalanan, hatiku mula rasa berdebar seakan dihiris dengan sebilah pisau. Semakin laju motorsikal aku tunggang, semakin kencang jantungku dibuatnya. Seolah-olah memberi isyarat kepadaku. 

"Kenapa ni?" Aku mula berasa resah gelisah. Aku pun memberhentikan motorsikalku di tepi jalan. Jari jemariku menekan butang telefon biarpun baterinya tinggal 10% sahaja. Aku cuba menelefon ayahku.

Bzzt..Bzzt..Bzzt.. ("Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan pesanan selepas bunyi'Ton'.")

"ARGH!!Oh, please!" Aku pun menyambung semula perjalanan ke rumah. 

*****

Setibanya aku di tempat letak motorsikal, tanpa mengari motorsikal, aku meluru lari laju ke lif berdekatan. Pada hari itu, nasib aku baik kerana pintu lif terbuka. Aku menekan butang tingkat 7. Pintu lif tertutup dan naik ke atas. Sementara menunggu lif sampai ke tingkat 7, aku tidak putus asa cuba menghubungi ayahku. 

"AYAH!! What the ****!!" carutku. Kenapalah aku pula rasa gelisah. Akhirnya, lif pun sampai, aku pun meluru keluar dari lifa menuju ke bilik apartment. "Akhirnya!!"kataku. Tercunggap-cunggap nafasku dibuatnya. Aku lihat, pintu rumahku tidak ada tanda-tanda dipecah masuk. "Mesti ayah aku nak kenakan aku. Takpelah. Alang-alang dah sampai rumah bolehlah aku meluangkan masa dengan bapaku,"kataku.

Aku mengeluarkan kunci rumah. Aku membuka pintu rumah. "Assalamualaikum..."aku terhenti sejenak. Tiba-tiba, bulu romaku meremang. Ruang tamu gelap, setahu aku ayah suka duduk di ruang tamu sehingga lewat malam, menonton filem dia gemar. Tetapi pada malam itu, ruang tamu kelihatan gelap dan sunyi. Dalam masa sama, hidung menangkap bau yang tidak menyenangkan. 

"Ayah,...." Perlahan-lahan, aku membuka pintu rumah. Kemudian aku disergah oleh angin sejuk dari ruang tamu, menyuruh aku supaya keluar. Tangan kananku meraba-raba suis lampu ruang tamu dengan pantas jariku menekan ke semua suis. Aku masuk ke dalam dan.... 

"AARRRRGGGGGHHHHHHH!!!!!!"

Susuk tubuh kelihatan seperti manusia bersayap hitam sedang mencangkung di atas sofa sambil menghisap darah. Sebahagian wajah makhluk itu ditutupi dengan rambut hitam yang panjang hanya separuh sahaja menampakkan paruh serta kedua matanya merah menyala, merenung tajam ke arahku yang baru sahaja tiba. 

"Heeeeerrrrrrrrrrraaaaaaaa.............Lllaaaaaaaa....mmmmaaaaaaa.......ta...kkkkkkkk......jjjuuuu...mmm....pppaaaa........"

Jantungku bagai hendak terputus. Tubuhku dalam keadaan tidak bermaya..dan aku tidak dapat ..lihat apa yang berlaku seterusnya...."No...."


KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now