BIDADARA (BAB 5)

7 1 0
                                    

"Mama...mama... boleh tak saya main dengan kawan Hera?"tanya Hera sambil menarik-narik baju ibunya. Ibunya yang sedang memasak terus melihat ke arah wajahnya sambil tersenyum. "Boleh Hera. Pergilah. Tapi Hera mesti balik sebelum maghrib,"kata Ibu. "Baik." Hera terus memakai selipar lalu membuka pintu untuk keluar rumah. Si gadis kecil itu melangkahkan kaki ke luar kawasan perumahan. Dia berjalan di kawasan pejalan kaki dengan bergaun merah serta rambutnya diikat rapi dengan reben merah. Dia juga membawa sebuah bakul kecil bersamanya.

Hera pun berjalan ke suatu tempat yang selalu dia kunjungi bersama kawannya. Jiran – jiran berdekatan yang sering berbual-bual kosong mula bercerita tentang Hera apabila mereka terserempak Hera di tepi kawasan perumahan teres, berdekatan dengan hutan. Hera tidak mengendahkan apa yang jiran-jirannya cakap. Dia hanya mahu bertemu dengan rakannya.

Hera mula berhenti apabila dia tiba di selekoh antara dua jalan kiri dan kanan. Jalan kiri menuju ke arah kawasan perumahan manakala jalan kanan pula adalah laluan untuk masuk ke dalam hutan. Dia memandang ke arah kanan jalan yang menuju ke hutan kerana di situlah rakannya sering muncul. Namun pada hari itu, dia tidak ada disitu.

Langit yang cerah bertukar menjadi mendung dan berangin. Orang biasa cakap nanti hujan turun. Hera pun meneruskan perjalanan dan dia mengambil jalan masuk ke hutan tanpa pedulikan keadaan cuaca yang kini mendung. Hera pun berjalan masuk ke hutan dengan rasa teruja untuk berjumpa semata-mata untuk berjumpa dengan rakan karibnya. Setibanya di hadapan hutan, Hera mula mengangkat tangan.

'Awak kat mana?'bisik Hera. Tiada suara ataupun bunyi mahupun bunyi binatang-binatang seperti burung atau serangga berdekatan. 'Saya ada kat sini. Mari kita bermain,'bisik Hera lagi. Kemudian, keadaan dari sunyi sepi menjadi riuh dari bunyi angin kemudian pohon-pohon dalam hutan tersebut mula bergerak seakan ditiup angin kencang. Dan angin tersebut meniup kencang dari arah belakang Hera, menolak gadis itu kehadapan hutan tersebut.

'Heeerrraaaaa.....Seelamaat keembaliii..' Hera memandang ke belakangnya. Kelihatan seekor makhluk tinggi setinggi orang dewasa menundukkan kepada ke arah dirinya yang masih kecil. Makhluk tersebut sungguh menawan. Ia berupa seekor burung helang bertubuh sasa serta berjambul kuning panjang hingga kebelakang. Tangan dan kakinya sama seperti kaki helang. Bulu pelepahnya agak pendek namun ia kelihatan indah jika dikembangkan dan tidak lupa pada dua belah sayapnya yang megah lagi perkasa jika dibuka sepenuhnya. Matanya bulat berwarna kuning juga menawan apabila dipandang.

"DAARRAAA!!" Teriak Hera lalu memeluk makhluk yang dipanggil Dara sambil mengusap paruh burung tersebut dengan tangan kanan. 'Heerraaa..'bisiknya. 'Maaaff taak tungguu Heeeraa di piintuu maasuuk tadiii...' bisiknya lagi.

"Takpe. Hera tak kisah. Sebenarnya Hera nak bosan. Boleh tak kalau kita bermain bersama?"kata Hera lalu menunjukkan wajahnya dengan senyuman manis. Dara tidak boleh senyum untuk menunjukkan dia suka sebab dia mempunyai paruh namun dia menunjukkan rasa minat pada Hera dengan mengesel paruhnya diatas rambut Hera secara lembut. 'Booleehh... Maaarrii.... Hera"

"Hera?"

*****

Aku mula terbangun dari tidur... "Umm apa yang berlaku?"tanyaku. "Hera kau okay tak?"tanya Hannah. "Maaf aku terlena. Sebab banyak sangat assignment kena buat..."

"Macam mana kau boleh terlena kat tempat yang ramai orang? Bising lagi tu,"kata suatu suara dibelakang. Tidak lain atau bukan suara itu datang dari Aqilah sendiri. "Babe, sporting lah sikit! Kita sini nak berseronok apa!" kata Aqilah. Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak berbual dengan manusia yang macam ni.

"Apa jeling-jeling! Babi! Pergilah berseronok kat sana!"kata Aqilah tak ubah macam warden yang ambil tidakan terhadap pelajar keluar dari dorm pada waktu malam. "Yelah.."

BUK!!

Aku terjatuh di atas lantai. Kakiku tersenbam pada kaki Aqilah. Kemudian rakan Aqilah cuba mengambil gambarku. Hannah pula berdiri kaku, tidak berbuat apa selain melihat kearahku dengan rasa kesian. Dia tak membantu untuk membangunkan kerana dia tak nak kena marah dengan Aqilah.

Tak guna Qilah!

"Hannah, daripada kau layan budak lembap, aku nak kau jaga bahagian minuman!" Aqilah mula memberi arahan kepada Hannah dan Hannah menuruti perintahnya sementara itu aku cuba bangun dari lantai. Setelah rakan Aqilah puas mengambil gambarku, mereka pun berlalu pergi dan terus masuk melonjak apabila DJ menukar rentak musik kepada yang rancak. Hannah pula menjaga tempat mengambil air seperti disuruh. Aku.... masuh di lantai. Tak ingin nak bangun untuk bergembira dikhalayak orang ramai yang aku tidak kenali.

"Heerraa..." Aku mula terdengar suara yang sama. 'Not again...'bisikku. Aku berharap makhluk itu tidak muncul di tengah parti ni. Badanku mula mengigil kesejukkan walaupun persekitaran terasa panas dan riuh dengan bunyi orang ramai.

"Hey.."Bahuku ditepuk lembut dari belakang. Aku pun menoleh. Lelaki ini lagi? "Kena buli dengan Aqilah lagi ke?" tanyanya. "Ermm..."aku tiba-tiba tidak boleh bersuara apabila melihat wajahnya. "Takpe. Mari. Saya ajak awak keluar dari sini,"katanya.

*****

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now