BIDADARA (BAB 3)

21 0 0
                                    

Hera...hey..Hera..HEERAAA!!

Mataku dipejam terus ku buka apabila terdengar suara kawanku Hannah berteriak namaku. "Err.. aku dekat mana ini?"tanyaku kehairanan. Hannah memandang kearahku kebingungan. "Hera, kau tak dengarkah apa yang kami bincang tadi?"tanya Hannah. Wajahnya mula kelihatan marah untuk menunjukkan perasaan kecewa terhadap ku. 

"Err...maaf..aku kat tempat lain tadi..boleh beri masa padaku sekejab. Maaf, aku nak pergi ke tandas sekejab. Kamu semua tunggu tau,"kataku kepada kawan-kawanku, Hannah, Azizi, Jamie, Qilah, Faiz dan Ying. "Baiklah. Cepat sikit tau. Kita kena siapkan kerja kita. Esok nak kena hantar assignment dekat lecturer,"kata Azizi. Aku bingkas bangun dari tempat duduk, meninggalkan kawasan taman persiaran di universiti itu. 

Aku berlari ke arah tandas berdekatan. Di dalam tandas, aku masuk ke salah satu kubikel yang pertama. Di dalamnya, aku menangis mengenang masa laluku. Aku tidak mampu melupakan kejadian ngeri. Ayahku mati disebabkan makhluk hitam yang entah dari mana. Aku masih ingat ketika itu, selepas aku melihat makhluk hitam itu, aku pengsan kemudian aku tersedar semula. Aku pada waktu itu di wad hospital. Makcik Ann yang merupakan jiran sebelah rumahku datang menziarah. 

Dia menunjukkan wajah simpati terhadapku. Dia juga sempat memberikan beberapa makanan yang dibawa olehnya. Dia tahu yang aku sudah lama kehilangan ibuku malah bapaku sendiri. Pada waktu malam, di rumah aku sendiri, aku menangis tidak henti. Makcik Ann pula tidak pernah lelah mengetuk pintuku dengan perlahan walaupun aku tidak pernah membuka pintunya. Sehinggalah, perasaan lukaku mula reda. 

Akhirnya aku membuka pintu dan sempat bertemu dengan Makcik Ann. Makcik Ann pada waktu itu dalam keadaan kerisauan. Risau akan diriku. Makcik Ann ini janda yang kematian suami semasa dia berusia 40 tahun. Dia tidak mempunyai anak dari sejak perkahwinannya sehinggalah dia sudah berusia. Kiranya dia sudah macam ibu kandungku sendiri. 

Aku masih ingat Makcik Ann berkata kepadaku, "Hera. Lupakan masa yang lalu. Sekarang, kamu perlu menjalani kehidupan seperti biasa. Ikutilah cita-cita kamu. Jangan sesekali kamu lihat kenangan pahit itu. Kelak ia mengundang api kedendaman. Bila kamu tidak ada tempat untuk singgah, bolehlah kamu singgah rumah makcik. Makcik tak kisah." Itu kata-kata terakhir darinya sebelum aku berangkat ke kota Bidadara. 

Sekarang aku tinggal di bilik apartment seorang diri. Di dalam bilik apartment dormku ada dua katil. Memandangkan aku orang yang terakhir jadi bilik aku ini belum lagi ada 'roommates'. Walaupun tinggal seorang diri, namun aku bersyukur kerana aku teman baik bernama Hannah. Kawan dari bilik sebelah, biarpun teman rapat Hannah tidak menyukai kedatanganku yang membawa angin bisu. 

Heeee.....rrrraaaaaaaa........

Aku terhenti daripada mengimbau masa lalu. Telingaku menangkap suatu suara halus memanggil namaku. Ia sama seperti suara makhluk hitam hari itu. 

Heeeee.....rrrrrraaaaaaaaaaaa.......Maaaa.....rrrrriiiiiiiii.........

Mataku mula melihat bayang-bayang di bawah pintu kubikel tandas memanjang ke arah tempat yang aku duduk. Bayang hitam dan panjang. Tak... Tak... bukan dia lagi. Aku tidak mampu bersuara. Kedua belah tanganku menutup mulutku dan kepalaku menoleh ke arah kanan sambil memejamkan mataku. Kedua-dua kakiku perlahan-lahan aku angkat. 

Bagaimana...bagaimana makhluk itu tahu aku di sini?

"Hello? Sesiapa?Maaf ya, ini tandas lelaki." 

Huh? Aku salah masuk tandas .... ke? Aku terdengar suara lelaki di luar kubikel serta ketukan pintu. Perlahan-lahan, aku mendekati pintu dan membukanya. 

"Maafkan saya.... saya minta maaf......" Aku mengelap bekas air mata pada pintu. Aku berjalan meninggalkan lelaki di hadapan. Aku langsung tidak melihat wajah lelaki tersebut. 

"Hei, kau okay ke? Kenapa menangis sampai tersalah masuk tandas?" Lelaki di belakangku sempat bertanya. Aku pura-pura tidak endah lalu aku keluar dari tandas lelaki. Memang benar, ia tandas lelaki. What a shame! Aku menangis sampai tersalah masuk tandas. Harap-harap tak ada orang yang buat-buat cerita aku berzina dengan lelaki dalam tandas. Harap-haraplah. 


KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now