BIDADARA (BAB8)

1 0 0
                                    

"Dara...."

Makhluk hitam berparuh dan bersayap itu memandang ke arah anak kecil Hera. "Yee......" Hera mengeluh. Dia ingin meluahkan sesuatu tapi dia tak tahu bagaimana untuk menceritakannya.

"Dara....sebenarnya.. ibu dan ayah mahu pindah rumah..."kata Hera kepada Dara. Makhluk berupa helang hitam tersebut boleh lihat kesedihan anak kecil. Akan tetapi makhluk itu tidak membalas apa – apa pun terhadap si kecil. Dia menunggu si kecil memberitahu selanjutnya. "Sebenarnya.... Hera...tak suka... Hera tak nak pindah rumah sebab Hera tak berapa suka.... sebab Hera takde kawan macam Dara..." Anak kecil Hera itu pun mula menangis dan Dara kemudian mengelap air mata Hera yang mengalir pada pipinya.

"Hera......maaarrriiii....." Dara mula memegang lalu menarik tangan Hera. "Dara, kita nak pergi ke mana?"tanya Hera. Namun Dara tidak memjawab pertanyaan anak kecil itu. Dara hanya menarik tangan Hera dan membawanya ke suatu tempat.

"Heerraa..." Dara mula mengangkat tinggi anak kecil itu dan menunjukkan 'sesuatu' di atas pokok. Hera daripada berwajah biru mula keceriaan apabila melihat kejutan besar daripada Dara. "Dara!!!" Terdapat sebuah rumah disertakan dengan balkoni, tingkap dan pintu dibina atas pohon yang tinggi. Selain daripada itu, pohon tersebut dihiasi pula dengan lilitan pokok bunga seri pagi pada batang serta pagar balkoni rumah pokok tersebut. Atap rumah pula ditutupi dengan daun nipah tetapi dihiasi juga dengan bunga lain. Walau bagaimanapun, rumah pokok tersebut itu hanya boleh dinaiki dengan memanjat tali sahaja.

"Suukaaa?"tanya Dara. Hera memandang semula ke arah Dara lalu memeluknya dengan erat. "Suka Dara. Macam mana Dara buat?" tanya anak kecil itu lagi. Dara hanya membalas dengan ketawa kecil. "Tapi... Hera tak dapat panjat sebab Hera tak pandai...."katanya lagi. Dara hanya ketawa kecil mendengar kata-kata Hera. Dara daripada mendukung Hera mula menerbangkan Hera ke rumah pokok tersebut. Kemudian meletakkan Hera pada kerusi bangku disediakan pada atas pokok. "Tiiidaakk...meengaapaa... Daaraa dissiiniii.. Booleeehh ajaaarr Heeraaa...."bisiknya pada telinga Hera.

"Jaddiii... Herraaa puunn suukaa... Heerraa booleeh tiingaal siiinii..."kata Dara lagi. Makhluk menawan itu mula mengusap rambut Hera dengan paruhnya. Mendukungnya dengan erat seakan Hera seperti anak kandungnya. "Daaraaa... sayaaangg Heeraaa... Taapiii.... Daaraa... taaakk... maahhuu Heerraaa....................."

Hera

*****

"Hera!"

"Woi, HERA!!"

Aku mula terbangun daripada mimpi tidurku. Aku baru sedar bahawa dia masih dalam bilik mesyuarat. Semua orang termasuklah Hannah, Bidar, Azizi, Jamie, Faiz dan Ying memandangku seakan kerisauan dengan perilaku sejak kebelakangan ini. "Hera. Kau tak habis – habis tidur masa aku cakap!" marah Azizi . "Agaknya kau punya speech tu agak bosan baginya,"celah Faiz. "Diamlah!"Azizi tak berputus asa untuk membelanya. "Maaf..."Aku cuba menenangkan keadaan mereka. Aku tahu semua tengah stress dengan assignment baru diberikan. "Banyak kali aku dengar perkataan maaf kau!"Azizi mula membentak lagi.

"Zizi stop... Hera mungkin penat buat assignment! Kau boleh tak ada rasa sabar sekejab!" Ying mula membelaku. Azizi daripada duduk mula bangun dari kerusi lalu menhentakkan meja. "Hera, listen up!! I want to finish this f**king assignment, okay!!!"katanya padaku. Aku ini lagi satu. Macam manalah aku boleh tertidur waktu – waktu masa perbincangan assignment? Kenapa aku selalu letih sampai tertidur? Bukan sahaja waktu ini. Malahan, waktu kelas mahupun kawasan ramai orang aku boleh tertidur.

"Zizi, STOP! Calm down. Kita boleh bincang apa! Aku tahu yang Hera selalu tidur masa kau tengah cakap. Tapi janganlah sampai memaksa dia!"Jamie yang duduk di sebelah Faiz mula bangun dan menenangkan Azizi. "I'm sorry bro. Aku ada kerja lain nak kena buat..."

"Kerja apa?"

Semua tetiba menjadi senyap termasukku dan semua orang di dalam bilik termasukku juga memandang ke arah Bidar. Lelaki di sebelahku mula berperangai seakan harimau sudah untuk bertarung.

"Bidar. Kau cuma jadi pengawal kitorang. Jangan masuk campur boleh tak?!" kata Azizi. Bidar tidak berkata apa – apa selain merenung tajam kearah Azizi yang sedang berdiri di hadapannya. "Bidar...."Aku cuba menenangkan lelaki itu tapi dia langsun tak menghiraukanku.

Azizi daripada berdiri mula ketawa. "Hahahaha!! Kau nak cari gaduh ke?"

"Wei, tolonglah.. Takkanlah kawan tertidur nak jadi punca gaduh!" Ying mula mencelah. Azizi kebelakangkan dirinya daripada mendekati meja. "Cakaplah!!" Azizi daripada lelaki yang nampak professional mula menunjukkan berangnya. Aku sendiri tak faham dengan perangai Azizi. Kenapalah dia nak sangat tunjukkan perasaannya?

"Kau belum jawab soalan aku tadi Zi. Aku tanya kau ada kerja apa sedangkan ini baru pertengahan sem. Belum lagi akhir sem lagi yang kemungkinan akan ada banyak kerja. Lagi satu, tarikh hantar assignment ini pula waktu – waktu akhir sem bulan depan,"Bidar daripada diherdik oleh Azizi sedikit pun tak gerun dengan keberangan Azizi malah dia bercakap pun tenang depan Bidar.

"Heh, kau nak tunjuk hero...."

"DAH!!!" Aku menghentakkan meja. Semua kembali memandangku. Kali ini mula sukar untuk bercakap lagi – lagi waktu tegang macam ini. Aku cuma takut yang keputusan ini mahupun cara aku cakap nanti mungkin agak mengecewakan orang disekeliling. Terutamanya orang seperti Hannah, kawan baikku. Tapi aku selalu buat masalah dekat mereka. Dengan hanya tidur semasa Azizi bagi idea sahaja. Walau bagaimanapun, perasaan di benak hatiku memberontak dan memberitahu kepadaku agar ..... meninggalkan sesiapa yang tidak menyukaiku.

"Aku tarik diri."Itulah yang aku boleh katakan.

"Hera kau tak boleh..."Hannah cuba menenangkanku namun aku tidak peduli. Aku pun meninggalkan bilik mesyuarat tersebut dengan segera tanpa memberitahu mereka yang aku nak keluar cari angin. Dan waktu aku keluar, Bidar mengekoriku dari belakang.

"Bidar jangan ikut aku!" kataku. Namun, Bidar tidak mempedulikan kata – kataku. "Bidar!!" Aku menoleh kebelakang dan cuba memukulnya tetapi dia sempat menahan tanganku daripada menumbuknya. "F**k you!!"

"Hera! Mari." Bidar menarik tanganku tanpa menhiraukan celaan yang diberikan olehku. "Ke mana?! Kau tak rasa ke orang..."

"Peduli apa yang orang nak cakap! Aku cuma nak bawa kau kat tempat yang aman!"katanya. Bidar membawaku keluar daripada perpustakaan dan membawaku keluar dari perkarangan kampusku.

*****

KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now