BIDADARA (BAB 4)

9 1 0
                                    

Fuh... selesai semua tugasan hari ini. Kuliah pun cepat berakhir. Masa untuk balik ke bilik dorm asrama pula. Rindu aku dengan bantal dan tilam setelah lama bekerja keras. Biarpun, aura negatif lama dahulu masih ada lagi disini, ia tidak bermaksud aku harus tinggalkan tempat ini dengan segera. Sekurang-kurangnya, aku harus menamatkan pembelajaran aku di sini. 

"Hera..." Aku menoleh kebelakang. Hannah rupanya, sahabat paling rapat aku di sini. "Ya? Ada apa?"tanyaku. 

"Sebenarnya....ada dua perkara aku nak cakap..."katanya sambil memeluk dua buah buku rujukannya dari perpustakaan. 

"Okay, apa dia?" Aku hanya mengiyakan sahaja sementara itu aku memasukkan duit kertas RM2 ke dalam mesin layan diri berdekatan dan menekan butang untuk pilih minuman kegemaran. 

"Sebenarnya, malam ni ada budak buat parti.... kau nak ikut tak?"kata Hannah. 

"Parti... pertengahan semester ni? Sebenarnya ada banyak perkara kita perlu buat selain berparti.."kataku. Aku sememangnya tidak suka ke jamuan, parti, disco mahupun pusat karaoke. Sejak kejadian hitam dahulu, di mana aku terlihat tubuh ayahku berdarah di atas lantai... aku sukar untuk memaafkan diriku.  

"Tapi Hera... kau tak rasa bosan ke duduk dalam bilik?"tanya Hannah. 

"Hannah, kau nak sangat ke pergi ke parti tu? Bukankah kau tak nak jumpa dengan si pembuli tu,"kataku. Aku sebenarnya tahu yang Hannah ajak aku temankan aku pergi ke parti sebab takut dengan si pembuli bernama Aqilah. Hari pertama aku masuk ke universiti, orang pertama yang aku jumpa ialah Aqilah. Ketika itu, aku masih ingat yang Aqilah menyuruh aku mengangkat beg bagasinya ke dorm sebab dia senior dekat dorm itu. Tapi aku tak buat sebab aku  ada banyak barang nak kena bawa. Sejak hari itu, Aqilah menunjukkan perasaan benci terhadapku. 

Jadi, dia bersama dengan gengnya sering membuli kami berdua. Kadang-kadang, kami berdua kena dandan rambut dia dan rakannya ikut gaya yang mereka nak. Ada kalanya, mereka menyuruh bersihkan bilik tidur mereka yang bersepah. Paling yang aku benci ialah Aqilah cuba menjatuhkan maruah aku dengan mengambil gambar aku secara senyap dan menghantar gambar aku ke social media. 

"Aku tahu yang kau benci Aqilah. Tapi dia paksa juga aku dengan kau pergi ke sana..."Hannah mula bersuara, memadamkan segala ingatan tentang masa lalu. "....kalau tak....dia nanti suruh kita...cuci tandas mereka pula..."sambungnya lagi sambil bermain memegang kedua-dua tangannya. 

Aku mengeluh panjang. Kenapa dia sampai macam itu sekali. Aku melihat kearah timbunan fail, kertas dan nota kuliah tadi. Ada banyak kertas kerja ni. Sempatkah aku buat semua sekali? Aku memejamkan mata dan berfikir panjang. Secara perlahan aku menghirup udara lalu menghembuskan secara perlahan. 

Kalau aku pergi parti, apa yang harus aku buat nanti? 

"Hannah, aku on pergi ke parti malam ni,"kataku. Hannah mengangkat muka dengan wajah gembira. 

"Yay, akhirnya! At least kita tak kena cuci  tandas kan?"katanya. Aku hanya tersenyum bila dengar dia bercakap. "Oh, ya. Saya lupa pula....tadi saya nak cakap dua perkara kan Hera. Perkara pertama pasal parti... perkara dua ni best sikit, ada pelajar baru kat universiti ni. Dia pun akan pergi ke parti ini,"katanya. 

"Okay. Hannah, aku nak siapkan beberapa assignment boleh tak? At least, aku tak rasa risau tentang assignment kat parti tu nanti,"kataku. "As you wish, Hera. Aku pergi dulu ya." Hannah pun bangun meninggalkan kamar dormku. Aku membuka beberapa fail assignment. Nampaknya bulan ni, aku kena rancang buat satu filem pendek. Ramai pelajar pilih filem seram dan filem romantis. Tapi aku jenis yang lain sedikit. Aku merancang nak buat filem pendek tentang kehidupan seseorang yang berbeza. Entahlah ia cuma ideaku sahaja. 

Tok.Tok.Tok.Tok.Tok.Tok.

Ada seseorang mengetuk pintu kamarku. "Ya, siapa tu. Aku sibuk. Kejab nanti."

Heeerrraaa....

Aku terhenti. Takkanlah....suara itu lagi? "Please leave me alone....Aku tak kacau kau ! Kau jangan kacau aku!"

Heerrraaaa.....akkuuu....gemmbiirrra....kaauuu...keemmbaaali...

Aku dari duduk di kerusi terus terduduk di atas lantai. Suara itu....aku kenal suara itu....suara yang menghantui aku...Suara yang mengingatkan aku tentang kematian bapaku... Kenapa? Kenapa makhluk ni selalu cari aku? Apa yang makhluk ini nak?!

Heeerrraaaa....jaaannngaaannn....taakkutt....Jaaannnjiii....haaarrruuusss.....diiiteeppaaatiii....

Janji harus ditepati?.....Apa maksudnya? Aku tak kenal sesiapa di kota lama aku? Siapa yang pandai buat sampai macam ini sekali? 

Maaarrriiii.....kiiitttaaa.....peerrrgiiiiii....keeeee.......huuuutaaannnnnn.........biiidaaadaaaaraaa....... Rah!" 

"Astagfirrullahalazim!!!" Aku istigfar apabila kaki kananku di tarik oleh sesuatu. Tanganku pula sempat memegang hujung meja. "SUDAHLAH JANGAN GANGGU AKU!!! JUST GET OUT FROM MY HEAD!!!" Aku menjerit sekuat hati. Kenapa suara ini muncul sekali lagi ? Lagi-lagi aku dekat kota lama aku sendiri. Kemudian, mataku dapat menangkap sesuatu di tingkap. Sesuatu yang berbentuk bayang-bayang hitam. 

Kaki kananku ditarik ke arah tingkap. Bermakna makhluk itu ingin bertemu dengan aku secara depan. Kemudian, tingkap kamarku terbuka dengan sendiri dan kini dia menunjukkan wajahnya sendiri. "Heerrraaaa..... aaakkuuuu...riiinnnndduuuu... deekaaattt....kaauuu..."bisik makhluk itu. Kali pertama aku lihat makhluk ini, dia menutup wajahnya dengan rambut. Sekarang, makhluk ini menunjukkan wajahnya yang mengerunkan tidak ubah seperti seekor burung hering yang terluka pada kepala. Rambutnya hitam dan panjang itu pula digerbangkan di udara manakala kedua belah sayapnya dibuka luas.

"Apa yang kau nak setan?!!"tanyaku dalam keadaan marah. "Kau dah bunuh bapak aku! Sekarang kau nak apa dari aku pula?!!" tambahku. Makhluk itu tidak tersenyum mahupun menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya merenung ke arah aku yang terduduk di lantai dengan matanya yang merah. 

"Aakkkuuu....peerrluukkann....tteeemmmaaannn...aakkuuu...sunnyiiiii....kauu...jannjjiii..paadaa..kuu..unntuukk.....teeemmaaanniiii....aaakkkuuu....."Makhluk itu bersuara lalu menunjukkan jarinya berkuku tajam ke arahku. Aku terkaku seketika menyebabkan tanganku terlepas dari memegang hujung meja. 

"Aaaarrggghhhhh!!" Aku menjerit sekuat hati. Berharapan Hannah masuk ke bilikku semula untuk membantu tapi hampa...dia tidak pun datang. Makhluk itu menarik kakiku dan badanku ke arahnya tanpa memegang mana-mana dari anggota badanku. Dia pun mendekatkan dirinya pada wajahku dan bertentang mata dengan aku sambil mengeluarkan suara garau. 

"Heerrraa..usaarr..taakkuutt...deengaann...aakkuu...sseejaakk..keeccill...laagiii..kiiitaa...beerrkawaan....kaammuu...luupaa...seebbbaaa....meerreekaaa...aammbiill...kaammuuu..."Makhluk itu pun meletakkan dahinya pada dahiku. Seakan menunjukkan perasaan sayang padaku. Ketika itu, aku tidak berasa seperti disayangi. Tanpa buang masa, aku menumbuk wajah makhluk tersebut sekuat hati sehingga tanganku berdarah. 

Makhluk itu tidak menunjukkan perasaan sakit tetapi dia melepaskan aku daripada kuasa ghaibnya. Aku terjatuh ke atas lantai semula. "Heerrraaa.... aakkuuuu.... mmiinnttaaa... maaafff.... aaakuuu...tiidaakk...beerrniiattt...beeeggiiituuu......."kata makhluk itu lalu menghilangkan diri dalam kabus pada malam itu meninggalkan aku bersendirian di atas lantai. 

Aku memandang ke arah tingkap semula. Tidak ada lagi tanda makhluk itu datang. Aku nyaris dilukakan oleh makhluk itu. Tapi...aku mula musykil dengan kata-katanya. 

"Mereka ambil aku?"

*****




KISAH ALAM GHAIBWhere stories live. Discover now