Empat Belas.

523 39 10
                                    

SOFEA's POV

Aku lapar. Dan bila tengah lapar konfem kita pergi cafe. Dan aku sememangnya ada dekat cafe ni, tapi masalahnya purse aku tinggal dekat dorm. Konklusinya, aku lapar tapi takleh makan sebab duit takda. Ok setopp merepek!

Tiba-tiba aku nampak kelibat seseorang ni. Dan buat pertama kalinya aku bersyukur sebab dia ada.

"Izzad!"

Warewolf tu tersenyum melihat aku. Aku berlari-lari anak kearahnya.

"Jum makan?" Aku berkata sebaik sahaja berhenti dihadapannya.

"Kau? Ajak aku makan? Tak demam ke?" Dia meletakkan belakang tangannya di dahiku.

"Ish betul lah, kan aku dah janji. Jum?" Aku mengetepikan tanggannya yang berada di dahiku.

"Makcik Siti, saya nak mee kari fishcake lebih eh, air horlicks ais, kuih karipap, donut and kuih lapis!" Haaa tudiaaa, nampak tak tahap kelaparan aku di tahap maksima pagi tu.

"Ehem" Izzad disebelah berdehem.

"Ouh lupa! Kau nak makan apa?" Aku bertanya.

"Skyjuice satu Makcik Siti" aik air kosong je? Lantak kau lah. Janji aku kenyang.

"Banyak-banyak order ni sapa nak bayar." Terus terhenti langkah aku.

Ok. "Kau lah belanja. Kan kau yang offer nak ajak aku makan. Tak gentle lah perempuan bayar, right?"

Setelah Izzad bayar makanan aku dan air kosong dia. Sian pula aku kat dia, minum air kosong je. Aku pon carilah meja paling strategik. Tapi malangnya, tinggal tiga buah meja je kat cafe tu, lain semua dah penuh. Banyak pula anak kacukan yang lapar pagi ni.

"Sedap?" Izzad bersuara setelah lama mendiamkan diri. "Boleh lah, ehh nak donut?" Aku menghulurkan pinggan kuih aku kearahnya.

"Tak pa, im on a diet." Tersedak aku. Izzad segera berdiri dan menepuk lembut belakangku. "Kau yang kering ni pun nak diet? Seriously dude? Kau buat aku rasa bersalah sebab makan tau!" Aku terjerit kecil, mengundang pandangan anak kacukan disekeliling meja kami.

Aku hanya tersenyum kambing. "Aku dah naik 1 kg kot" eleh 1 kg je pon. "Ish kau ni makan comot gila" belum sempat aku nak capai tisu, Izzad dah tolong lap kan. Wah, hampir, kuulangi hampir cair dowh. Tapi bila ingatkan, yang tengah lapkan mulut aku ni, Warewolf, meremang gak buli roma aku.

"Pewwit, new love birds bhaii" adalah dua tiga mamat kat sebelah keluar ayat tu. Awkward gila dowh!

Aku menepis tangan Izzad, lalu mengucapkan terima kasih. Hilang terus selera aku nak menghadap mee kari tu. Aku menghirup air horlicksku, tak sanggup rasanya nak bertentang mata dengan Izzad sekarang ni.

"Raycal perkenalkan ni kawan saya, Sofi" entah dari mana datang suara Qiela secara tiba-tiba. Tapi aku bersyukur dengan kemunculan secara tiba-tiba dia.

"Kau?" Aku kenal suara ni tapi tak pasti. Aku mengangkat muka, menghiraukan pandangan penuh tanda tanya Izzad dihadapan aku.

"Kau?" Berdiri terus aku. Izzad yang masih tak faham apa-apa turut berdiri. Dan bergerak kearah sebelah aku.

RAYCAL's POV

"Qiela, kenapa bawa saya jumpa dia ni?" Aku menyiku Qiela yang berada di sebelah.

"Oh kauorang berdua dah kenal? Tak susah lah kalau macam ni. Raycal ni Sofea, dia..."

"...mundane" aku menyambung kata-kata Qiela sambil menundukkan muka. Malu nak bertentangan mata dengan gadis bernama Sofea itu. Gadis yang pernah aku anggap 'gila'. Aku tak tahu apa nasib aku sekarang, yang pasti aku kena start reka karangan mohon maaf dalam kepala hotak aku ni.

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now