Sofea POV
"Ada kena mengena dengan wilayah satu lagi, wilayah apa?" Qiela bertanya, cehh nak uji kefahaman aku lah tu. Please, aku dah khatam 3 buku kay.
"Amoe'ba" jawab aku sepatah.
"Good. Dulu, sebelum ada Mundane yang pertama tu, dua wilayah ni baik-baik je. Tapi lepas Mundane tu wujud, hubungan baik dua wilayah ni terus goyah. Raja Amoe'ba tak benarkan anak tu lahir, bahaya katanya. Tapi, sebab rasa kesian, Raja Kend'lia aka datuk kepada moyang kamu, benarkan juga. Berlaku pergaduhan apabila Mundane tu capai umur matang. Masa tu lah 'dia' bertindak ganas. Hampir setengah anak kacukan yang dia tewaskan. Raja Amoe'ba kata, Wilayah Kend'lia perlu bertanggungjawab dan berjanji, tak akan ada lagi perkahwinan antara dua anak kacukan, supaya Mundane seterusnya tak akan wujud!"
"But, apa yang bahaya nya? Mundane tu hanya tewaskan anak kacukan je. Bukan bunuh pun" aku bersuara. Pandangan Qiela segera berubah kearah aku. Dalam renungannya, dah sudah, minah ni dah kenapa?
"Sofi, 'tewas' yang aku maksudkan disini bukannya perampasan kuasa or main lawan-lawan je, but ianya berkaitan dengan nyawa. Nyawa! That is why, kewujudan kau tak boleh diketahui wilayah lawan, silap haribulan mereka boleh..."
"Bunuh aku..." aku menyambung ayat Qiela dengan nada perlahan.
"Mereka ada dekat mana sekarang? Maksud aku rakyat Amoe'ba. "
"Kalau ikut pengajian aku yang telah aku dengan papa buat, sebilangan dari mereka memang dah ada dekat Malaysia. But dont worry, cause none of them are near us." Qiela mengusap bahu aku lembut. Dia tahu kot yang aku tengah risau gila sekarang ni.
Bahayanya kedudukan aku sekarang! Sesiapa je boleh jadi musuh.
"But, mereka tak akan bunuh aku kan kalau mereka tahu aku... baik? That's it! We have to find a way untuk buktikan aku tak macam Mundane pertama. Yang aku normal, sama macam anak kacukan yang lain! Aku kena jumpa ibu!" aku segera berdiri, bersia sedia nak 'lari' balik rumah.
"No, no, no, no, no! Kau gila ke apa? Aku boleh kena WWE dengan ibu tau, kalau dia tahu yang aky cerita dekat kay fasal bunuh membunuh ni! Kau nak aku mati apa?" membulat mata Qiela merenung aku.
Dia yang tadi ada tergolek atas katil, terus pecut kearah pintu bilik. Belakangnya disandarkan dipintu. Tangannya dilapangkan seluas-luasnya. Bersungguh-sungguh dia nak menghalang pintu tu dari pandangan aku. Seriously, Qiela?
Tiba-tiba, knock... knock...
"Qiela, airnya udah siap, ayuh buka pintunya, bibik mau beri-in airnya..." kedengaran suara Bibik Siti dari luar pintu. Ok, ok masa dia buka pintu nak ambik air, aku pecut balik rumah. Rancangan bagus! Ok Sofi get ready, and...
"Ahh, bik datang wrong-timing betol lah! Letak je kat luar nanti Qiela ambik." What the? Budak ni boleh baca fikiran aku ke? Gagal rancangan aku nak bolos dari budak ni! Bangang tul lah!
"Macam aku tak tahu je apa yang kau fikir" kata-kata Qiela berjaya menghentikan sesi mengutuk kawan baik sendiri dalam otak aku.
"Macam mana kau tahu ha? Kau pun Mind Reader macam aku ehh?" aku kembali merebahkan diri diatas katil. Nampaknya, makin lama lah aku 'bertapa' dirumah Qiela ni.
"Kepala hotak kau!" Qiela berkata. Aku hanya tergelak kecil. Mata aku dibiarkan terpejam. Tak lama selepas itu, kedengaran pintu di buka dan kemudian ditutup kembali.
(Huh, nasib baik si badak tu tengah baring, Kalai tak maunya dia buat cubaan lari rumah lagi ni)
"Ermm, you know Qiela, yang kau ada kawan baik yang boleh baca fikiran tau sekarang ni, jadi aku nasihatkan kau jangan kutuk badak ni (aku mengarahkan jari telujuk aku kearah aku sendiri) dalam hati, sebab dia tahu. Kalau nak kutuk, ermmm cakap kuat-kuat pun dia tahu juga, macam mana ehh?" aku berhentu seketika. Wajah aku berkerut menunjukkan lagak seseorang yang sedang berfikir dalam-dalam.
Mulut aku segera didekatkan ke arah telinga Qiela. Tangan aku memegang lembut bahunya.
"Senang cite, tak yah kutuk lah. Bye" aku mengambil peluang keemasan ini untuk segera bergerak kearah pintu bilik Qiela dan membukanya sebelum berjaya meloloskan diri keluar. Qiela yang sedang blur tu, tak mampu melakukan apa-apa memandangkan tangannya sedang menatang dulang berisi air oren yang dibuat Bibik Siti.
"SOFI! KAU NI FOREST PIG BETOL LAH!" kedengaran teriakan Qiela dari tingkat atas semasa aku sedang melangkah keluar pintu rumah.
Aku pun apa lagi, masa ni lah nak guna skill larian aku yang tak berapa nak ok tu. Terus pecut ke arah rumah aku yang hanya beberapa blok dari aitu. Haha, sian kau Qiela!
***
"Qiela! Sofi boleh try masuk dalam pemikiran Qiela." mata aku bersinar apabila otak aku berjaya memikirkan jalan keluar bagi 'masalah' yang sedang aku hadapi.
Dah lima belas minit aku dengan ibu pikir siapakah yang akan dijadikan 'mangsa' bagi membantu aku untuk sesi pembelajaran hari ni. Yup, setelah sebaldi kain aku basuh, kemudian dilipat, lantai semua aku mop, segala jenis sawang aku buang, akhirnya, ibu nak juga ajar aku macam mana nak baca fikiran orang. Penat tau, mau patang tulang belakang aku ni ha!
"Why me? Why? Apa dosa aku kat engkau wahai si Sofea oiii? Kenapa aku yang dijadikan bahan ujikaji eksperimen ni? Aku bukan tikus ehh!" Qiela menayangkan muka begangnya.
"Habis siapa lagi aku nak pilih? Uncle Muthu, jiran sebelah tu? Idokk aiyhhh" kali ni aku pula yang menayangkan muka bengang aku. Dah lah kemain susahnya aku nak pujuk ibu suruh ajar, dia ni mintak tolong jadi 'bahan' sekejap pun tak boleh?
"Erghh, ok... ok. Boleh tapi denda belanja Pizza pula seminggu." Qiela tersengih. Ishh, budak ni. Perut dia ni kilang ke? Lepas McD, Pizza lak? Gemok cam doremon kang baru tau! Kutuk aku dalam hati.
"Arghh, mampus kau lah, janji aku nak kau tolong aku hari ni" aku melepaskan geram aku.
"Aiyhhh, mulut tu jaga sikit. Main sedap je nak memapuskan anak orang pula!" ehh, baru sedar ibu ada dekat situ dari tadi. Qiela mengekek gelakkan aku yang kena marah dengan ibu. Tunggu kau Qiela, ada ubi ada batas, ada hari konfem aku balas!
***
Please Vote & Comment! Pendapat anda amat dialu-alukan. If nak tegur apa-apa, tegur je. Jangan takut, saya manusia. Takda kuasa nak tukar jadi Serigala jadian nak makam kauorang. Thanks
-Sharina
YOU ARE READING
Mundane : The Beginning (Malay)
FantastikSemuanya berubah bila sampai harijadi aku ke-16. Aku? Ada Kuasa? Ada wilayah yang perlu aku kawal? Ibu, Qielah, Sof tak tahu apa nak buat. Sumpah! Blank! *** "Saya mind reader dan wind controller" - Wan Sofea "Jangan main-main. Setiap seorang dari...