Tiga.

372 28 0
                                    

"Dan sebab itulah ibu dan qiela berahsia dengan kamu mengenai perkara ini." ibu bersuara dengan penuh keyakinan. aku yang berada ditepi kekal diam sambil menatap wajah ibu kesayanganku ini. Tak berkelip langsung mata aku.

Tiba-tiba rasa mahu ketawa terbuak-buak hadir dalam diri aku. Aku ni bukannya jenis boleh tahan gelak. Apa lagi tersembur juga lah ketawa aku. Kuatnya aku ketawa sampai air mata pun ada. Sakit pipi woii.

'Jap, ibu... dengan qiela... nak bagitahu yang sofi... sofi ada... kuasa? Macam Harry Potter? Sazummm sana, sazummmm sini? Hahahahahaha' dengan payahnya aku mengeluarkan pertanyaan itu. Ketawa aku masih berbaki.

Tapi, ketawa aku segera mati bila ibu dah qiela masih memandang aku dengan pandangan serius.

'Ehh, korang takyah lah buat prank maut macam ni. Birthday Sofi dah seminggu habis. Dah terlambat kalau nak buat prank pun' aku masih tersenyum mengenangkan keterangan ibu dan qiela mengenai aku memiliki kuasa istimewa.

'Wan Sofea!' terkejut aku bila Qiela yang berada di tepi ibu menjerit nama aku secara tiba-tiba.

'Apa?' aku membalas panggilan qiela.

'Boleh tak kau serius sikit. Benda ni bukan main-main tau. Tak kesian ke dengan ibu ni. Ibu penat-penat bagi tahu kau, terangkan dekat kau fasal problem ni, senang-senang je kau duk gelak macam orang gila kat situ. Matured sikit boleh tak? Macam budak-budak. Tak reti hormat orang tua langsung' terganga aku dekat tepi tu. Hello, kau sapa nak marah aku macam tu. Pantang datuk moyang aku betul.

'What the? Aku budak-budak? Tak reti hormat orang tua? Pikir pakai otak lah der. Kau pergi jumpa mana-mana manusia normal kat dalam dunia ni dan cakap dekat mereka perkara sama yang kau cakap dekat aku tadi. yang mereka ada kuasa dan wilayah yang perlu diuruskan. Dah kalau mereka tak bertindak dengan cepat, wilayah akan hancur dan mereka akan dipersalahkan. Ada yang nak percaya? Siapa? Kau cakap dekat aku siapa? Qiela! Aku baru 16 tahun, nak suruh aku jaga wilayah yang aku sendiri tak tahu siapa rakyatnya. Apa deme tak reti jaga diri sendiri ke? Aku tak mahu dan jangan cakap fasal benda ni depan aku lagi. And one more thing, tak payah lah kau berkepit je dengan mak aku lepas ni, kau dah ade mak dengan ayah pun masih nak ambil mak aku yang satu ni. Belah." habis je aku luahkan perasaan aku, aku terus keluar dari bilik pelik tu dan menuju ke bilik aku.

Banyak benda yang aku kena pikir, kena lupakan. Dan satu satu nya cara untuk lakukan dua benda tu ialah dengan tidur. rehatkan saraf saraf otak aku yang dah berselirat ni, puncanya kenyataan yang ibu dan qiela bagi. Langsung tak boleh diterima dengan logik akal betul! Aku ada kuasa? Karut.

Qiela POV

Aduh, over pula apa yang keluar dari mulut ni. Ishh, aku ni bukannya tolong selesaikan masalah, tapi menambahkan lagi ada lah. Sepatutnya, kene terangkan dekat Sofi perlahan-lahan bukan terus serang je. Bangang punya qiela.

"Sorry, Qiela tak sangka pula akan terkeluar ayat tu." perlahan-lahan aku mengangkat muka merenung kearah mata ibu.

Ibu mengeluh sebelum menjawab. "Tak apa lah Qiela esok kita cuba lagi. Kamu balik lah dulu." selepas itu, ibu terus berlalu pergi. Nampak sangat yang ibu kecewa dengan tindakan aku itu. Arghhhh! kalau lah aku Time Controller dah lama aku putar balik masa. Nasib, nasib.

Seminggu Kemudian....

Sofea POV

"Ibu, Sofi nak kunci bilik tu." aku bersuara.

Ibu yang kelihatan terkejut, segera mengangguk kecil sambil tersenyum. "Nah" ibu mengeluarkan sebuah kunci kecil dari poketnya. "Nak ibu ikut?" ibu bertanya. Wajahnya berharap aku memberikan jawapan positif.

"Sofi, nak pergi sendiri boleh?"

"Ohh, ok, pergilah" ibu berkata sebelum meneruskan kerjanya yang tertangguh. Nada suaranya kedengaran hampa.

***

'Jadi aku ada kuasa? Persoalannya sekarang apa? Kend'lia? Wilayah aku. Tapi ianya terletak selatan. Macam mana aku boleh ada di utara? Woishhh, peninglah' aku berkata-kata sendiri.

Banyak persoalan yang berada di minda. Banyak kata tanya dan juga kata kerja. (jap, siapa yang nyanyi lagu cinta muka buku waktu baris ni, angkat kaki. ahaha)

Rungsingnya aku. Aku mengerling ke arah jam didinding. Wow, dah 4 jam aku duduk kat sini? Buku yang bertimbun di hadapan ku kira. Tanpa aku sedar, dah 6 buah buku telah aku khatamkan. Buku-buku dalam bilik ni memang mengedictedkan betul.

Banyak cerita mengenai alam lain yang tak boleh disahkan kewujudannya melalui logik akal.

Aku tak boleh selesaikan soalan dalam kepala otak aku ni sendiri. Aku perlukan seseorang. Seseorang yang dah pernah lalui kehidupan alam lain. Tapi siapa? Ermm, jap jap. Kalau betul aku ada kuasa, sudah pasti orang tua aku pun ada. Ibu pun special juga ke? Qiela? Dia pun tahu fasal benda ni. Dia pun special?

Tiba-tiba lamunan aku terhenti dengan suara orang memanggil aku. "Sofi, dah lah tu. Mari turun makan. Lama sangat kamu dalam bilik tu, tak elok." ibu bersuara.

Aku bingkas bangkit dari kerusi empuk itu dan menuju kearah pintu. Setelah dikunci, kuncinya kusimpan didalam poket seluar. Kaki aku laju mengatur langkah ke arah tangga yang membawa aku ke tingkat bawah. Dimana ibu ku berada.

***

"Apa kuasa Sofi? Ibu." laju sahaja mulutku mengajukan soalan.

"Bukan hari ni Sof." ibu langsung tidak berpaling ke arah aku.

"Tapi Sofi nak tahu hari ni, sekarang" tegas aku menyatakan kehendak aku.

Pandangan ibu kali ni beralih ke arah aku. "Kamu ni sebiji macam ayah kamu, sofi. Degil. "

"Bapak borek, anak rintik" sempat lagi aku buat lawak.

"Ibu akan bagi tahu lepas kamu minta maaf dengan Qiela. Berbaik dengan dia. Macam mana pun dia buat kamu, dia tetap kawan baik kamu dari kecil. Lagipun, dia sangat penting untuk kamu. Lebih-lebih lagi, waktu macam ni."

Kelibat ibu hilang dari pandangan lepas dia bagi ceramah free dekat aku.

"Qiela penting untuk aku? Punca?"

aku berkata sendiri. Huh, apapun aku kena jumpa Qiela esok. Aku nak tahu kuasa aku. Keistimewaan aku.

P/s : Please Vote. Amat bermakna. Update seterusnya bila novel ni dapat 5 votes. Thank you readers kesayangans.

-Sharina

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now