Wan Sofea POV
"Tumpukan perhatian kamu, Sofia. Lupakan hal dunia sekejap. Fokus ada apa yang kamu nak buat." kedengaran suara ibu dicuping telinga.
Aku cuba membuka sebelah mata aku. Kelihatan Qiela sedang duduk bertentangan aku. Matanya juga tertutup. Tiba-tiba kepala aku diketuk pelahan.
"Kamu ni nak belajar ke tak? Ibu kata tutup mata, tutup lah mata. Aiyhh budak ni degil betul lahh!" marah ibu. Gelak tawa Qiela kedengaran. Ishh, minah ni, kang ada juga sesi WWE kat ruang tamu rumah aku ni.
"Jap, ibu. Sebelum ni, Sof ade dengar suara... Itupun salah satu keistimewaan mind reader ke?" Aku bersuara, meminta kepastian.
"Ya, kamu boleh dengar apa yang mereka kata dalam hati. And now what im trying to teach you is, cara nak masuk dalam pemikiran seseorang. Dengan cara itu, kamu boleh tahu masa silam dia. Tahu apa yang dia nak, dan apa yang tidak." Ibu membalas.
"So, kita boleh tahulah dia pakai spender colour apa? Erm, interesting" laju sahaja mulutku berbicara.
Bukkk!
Sekali lagi gelak tawa Qiela memenuhi ruang. Aku membuka mata, ehh lawak sangat ke sampai tergolek atas lantai? Tangan kiri aku segera memegang kepala aku yang menjadi mangsa ketukan ibu.
"Kamu ni Sof, suka beno melalut!" Ibu cuba mengekalkan wajah seriusnya. Tapi aku masih boleh melihat senyuman kecil dihujung bibirnya itu. Huh, beruntung ibu ada anak pak lawak cam aku ni.
***
"Apa yang kamu tahu?" Tanya ibu sebaik sahaja aku membuka mata. Ishh, ibu ni lek la dulu. Tak tau ke anak kesayangan dia ni tengah pening-pening lalat ni? Baru aku tahu 'menerjah masuk' pemikiran orang ni ada side-effect tersendiri. Nampaknya, aku kene telan panadol lagilah lepas ni.
"Qiela minat budak laki Form 5, nama dia..." Belum sempat aku nak habis satu tangan yang berbau lifeboy warna oren hinggap kat mulut and hidung aku. Tangan Qiela.
"Ermmm, dah cukup kot. Cepat juga Sofi belajar ya bu" Qiela bersuara. Jelas kedengaran rasa risau dalam nada suaranya. Aku yang masih blur ni cuba sedaya upaya memproses maklumat yang boleh menyatakan punca Qiela serisau itu. And then, it hits me!
"What the fish, Qiela! Kau minat mamat pondan tu? Dalam banyak-banyak laki kat sekolah tu, why him? WHY?" Bagai mendapat tenaga baru, terus meloncat bangun dari kerusi dan memengang erat bahu Qiela. Aku goncang sekuat hati. Biar minah ni sedar dari mimpi 'gila' dia sendiri.
Qiela minat Arif? Budak terlebih lembut, rambut ala-ala korea tuu? Ya Allah, apa kena dengan minah ni? Sawan dia datang balik ke?
Aku pandang muka Qiela lagi. Wajahnya memberi isyarat seperti 'Kk, kita sambung bende ni waktu ibu tak ada'. Isyaratnya itu membuatkan aku sedar bahawa ibu masih ada lagi disisi kami berdua. Entah dah betapa kali aku lupa kehadiran ibu. Ish anak jenis apalah aku ni.
"Ibu buat-buat tak dengar. Tak kuasa ibu nak tahu masalah 'remaja' kauorang berdua. Oh lagi satu, you did a great job today. Pembelajaran sambung esok." Ewahh ibu, tak kuasa konon. Tapi bagus juga, tak payah lah aku nak buat dosa nipu ibu petang-petang ni. Hehe.
"Erm, before that... Kenapa ibu tak nak try buat demo tadi eh? Teringin juga nak tengak ibu guna kuasa" kata-kata aku memberhentikan langkah ibu yang hendak ke dapur.
Dia berpaling seketika sebelum bersuara. "Ibu dah takda kuasa Sof" dengan itu, ibu terus membuka langkah ke dapur. Entah mengapa aku tidak teringin pula mahu bertanya mengenani 'tiada kuasa' yang ibu katakan.
Ermm, macam mana ibu boleh hilang kuasanya ehh? "Jangan tanya aku. Aku tak tahu." Tiba-tiba Qiela berkata, seolah-olah dapat membaca filiran aku.
"Serious ben. Baik hang ngaku, hang pun Mundane ke? Boleh baca fikiran lak ni"

YOU ARE READING
Mundane : The Beginning (Malay)
FantastikSemuanya berubah bila sampai harijadi aku ke-16. Aku? Ada Kuasa? Ada wilayah yang perlu aku kawal? Ibu, Qielah, Sof tak tahu apa nak buat. Sumpah! Blank! *** "Saya mind reader dan wind controller" - Wan Sofea "Jangan main-main. Setiap seorang dari...