Sebelas.

408 18 2
                                    

SOFEA's POV

(Bahaya! Bahaya! Kenapalah spesies ni wujud pula?)

"Kenapa Prof nak bawak kami jumpa Pengetua? Dan Saya tak bahaya lah" aku bersuara semasa kami bertiga mengatur langkah ke bilik pengetua.

"Ayahanda. Kat sini tak panggil pengetua. Kita panggil ayahanda. Saya bawa kamu Sebab kamu Mundane dan satu lagi tolong jangan baca pemikiran saya" Prof Azlan bersuara tegas. Ehh prof ni, tadi mood baik je, tahu aku Mundane terus berubah angin. PMS tetibe ke?

(Harap ayahanda boleh buang budak ni dari AK's Hut. Bahayalah kalau Raja Amoe'ba tahu)

Wahhh melampau gak prof ni. Mulut tu mau aje aku cili. Ehh bukan mulut, otak. Sebab dia tak keluarkan ayat tu ikut mulut.

Pintu bilik pengetua atau ayahanda dibuka oleh Prof Azlan.

"Assalammualaikum Ayahanda," Prof Azlan memulakan 'perbualan' pada pagi yang indah itu.

"Waalaikummussalam ya ada apa Azlan?" Lelaki berjanggut putih itu bersuara. Ikut keputihan dan ketebalan janggut dia, mungkin berumur dalam lingkungan 80-an.

"Saya ada nak perkenalkan Ayahanda dengan seorang penuntut baru ni... Nama dia Sofia dan dia... Mundane"

Riak wajah ayahanda yang aku jangkakan akan bertukar ke riak terkejut---sama macam apa yang jadi dekat semua budak kat kelas aku masa aku bagitau mereka yang aku mundane---tak bertukar pun. Dia kekal tenang. Sekarang aku lak yang terkejut macam mana dia tak terkejut dengan kemunculan Mundane secara tiba-tiba ni. Err aku dah konfius.

"Kamu anak Maria dan Helmi ya?"

Macam mana pula dia tahu? Memuskilkan betul lah!

"Ya" jawab ku perlahan tetapi amat jelas.

"Azlan, kami boleh pergi. Biar saya yang uruskan hal ini" ayahanda bersuara. Sebelum pergi, sempat lagi Prof Azlan jeling aku. Aiyshhh prof ni, aku cungkil gak mata tu kang.

"Kamu pun boleh pergi" arahan baru yang dikeluarkan oleh ayahanda berjaya menamatkan sesi mengutuk prof sendiri dalam minda aku.

"Tak, Qiela kena stay. Kalau Pakc... Maksud saya ayahanda nak marah saya, kena marah dia sekali sebab dia penjaga saya. Apa jadi dekat saya dia kena tanggung juga. Kalau tak..."

Aku segera berhenti bercakap bila mengimbas kembali apa yang aku cakap tadi kedengaran sangat bodoh sekali. Macam budak kecik tak bagi kawan dia pergi, takut nak kene marah sorang sorang.

Ketawa ayahanda mengisi ruang bilik kecil itu.

"Baiklah, dia boleh stay." Ayat baru yang terpancul dari bibirnya berjaya menenangkan aku. Elok lah Qiela ada kat tepi, taklah rasa gugup sangat hati ni.

"Ibu kamu apa khabar sekarang?" Ayahanda bersuara.

"Ibu baik je. Eh sekejap, ayahanda kenal ibu? By the way ayahanda tak terkejut ke saya ada dekat sini? Maksud saya, Mundane ada dekat wilayah ni?" Aku bertanya bagi menghilangkan segala persoalan yang ada diminda aku sekarang.

"Saya kenal semua ibubapa penuntut dekat sini. Ermm, saya dah tahu ada Mundane yang akan lahir sejak dulu lagi tapi saya tak boleh hebohkan. fasal kelebihan kamu tu, dekat sini tidak apa kalau kamu sebarkan, sebabnya disini semua penuntut Wilayah Kend'lia, jadi taklah bahaya. Cuma, jangan salah guna kuasa ya!" Ayahanda bersuara risau.

"Ayahanda tak percaya Saya?" Eh berani pula aku nak melawan orang tua ni.

"Bukan tak percaya, cuma nak nadihat awal-awal"

"Ok!" Jawabku sepatah.

***

"Apa pandang-pandang?" Tegur ku ke arah sekumpulan budak perempuan. Teguran mengejutku itu membuatkan mereka mematikan renungan mereka terhadap aku. Ish, aku nak makan pun susah. Sejak dari aku masuk cafe, ambik makanan, sampai lah dah nak habis mee goreng aku, tetap je aku ni ditenung.

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now