Dua Belas.

391 23 5
                                    

Raycal's POV

'Selamat Datang ke AK's Hut' papan tanda yang sudah berlumut itu aku tatap. Satu keluhan berat terpancul dari bibirku. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk menjejakkan kaki disini. Wilayah Kend'lia.

Walaupun nama tempat pengajian anak kacukan sama, namun permandangan nya jauh berbeza. Kalau disini, ianya terletak di kawasan pedalaman, dikelilingi kawasan hutan yang nyaman, jauh pula bezanya dengan AK's Hut yang dibina di Amoe'ba. Bunyi deruman kenderaan di jalan raya berdekatan dapat didegari dengan sangat jelas. Pening juga kepala aku nak menghadap bunyi yang sungguh 'merdu' tu.

Lamunanku terhenti setelah bahuku dilanggar secara kasar oleh seseorang. Pandanganku dilemparkan ke arah tuan empunya badan.

"Eh maaf, maaf." Seorang gadis paras dada ku berkata. Oleh kerana ketinggiannya yang tidak berapa nak cukup tu, aku terpaksa menunduk untuk membalas tenungannya.

Mungkin kerana 'pelanggaran' kecil yang berlaku diantara kami sebentar tadi rambut gadis tu berselerak di bahagian depan. Matanya terlindung disebalik rambutnya.

"Laju-laju ni nak pergi mana? Sampai tak pandang orang depan?" Entah mengapa tangan aku laju sahaja merayap ke arah rambutnya yang melindung mata gadis tersebut.

Belum sempat untuk ku selit rambut gadis itu ke belakang telinganya, tanganku dipulas kebelakang badanku. Aku kehilangan imbangan badanku akibat tindakan 'ganas' secara tiba-tiba itu. Ya, dan seperti yang berlaku dalam drama-drama melayu sekarang, aku dah gadis itu terjelupuk kehadapan dan rebah menyembah bumi tuhan. Cuma kalau di drama, jatuhnya agak ayu, berpandangan antara satu sama lain. Tidak pula seperti kami.

Jangan kata ayu, sopan pun tak da. Dan bila aku kata jatuh 'menyembah bumi' ku maksudkan ya. Habis baju kemeja biru muda aku, dah dihiasi tompokan coklat. Tanah.

Setelah beberapa saat kami berkedudukan yang agak pelik tu, aku berdehem. "Ehem, boleh bangun tak?"

"Sorry, sorry. Tak sengaja, tak sengaja" kelam-kabut gadis tersebut bangun memperbetulkan baju t nya. Aku tunggu beberapa saat supaya gadis itu memandang aku, tetapi tak juga aku dipandannya. Woii, aku punya lah hensem hari ni, cuma ada tompok kat baju jelah, tak mau dipandangnya?

"Erm saya sebenarnnya nak pergi perjabat Ayahanda. Awak tahu tak dekat mana?"

"Takk... Eh eh maksud saya tahuu. Jom saya tunjukkan" gadis itu bersuara gagap. Malu lah tu. Ye lah, maunnya tak malu bila ada adegan jatuh dengan lelaki hensem cam aku ni. Ok aku sepatutnya stop angkat bakul sendiri ni.

"Maaf" kami berkata secara serentak. "Ladies first!" Aku bersuara membenarkan dia meneruskan kata-katanya. "Maaf saya tak sepatutnya 'kerjakan' awak tadi.." "Eh, tak tak saya yang kena minta maaf, saya tak patut pegang rambut..."

"Kita dah sampai" gadis itu bersuara, seakan-akan tidak mahu aku mengingatkannya perihal kejadiaan tadi. Comel. Eh aku dah kenapa? Fokus! Fokus.

"Terima kasih... Erm btw i didnt catch your name, young lady" aku bersuara di muka pintu bilik ayahanda. Gadis yang sudah mula beredar itu, segera berpaling.

"Qiela" jawabnya sepatah sebelum menyambung langkahnya.

***

Wan Sofea's POV

"Macam lah aku tak tahu yang kau cilok bunga ni dekat rumah Prof Muda"
Halim memulakan perbualan di pagi yang hening itu.

"Eh manada... Ayat tu baik sikit ehh," aku cuba mempertahankan diri.

"Elehh, aku pernah buat lah tapi aku kena tabik kau lah sebab tak kena tangkap, aku nyarus kot hari tu, nasib baik dia nampak belakang badan aku je. Kalau tak mampus" bersungguh-sungguh Halim bercerita.

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now