Enam Belas.

32 1 0
                                    


SOFEA's POV

WOAH, senangnya dia buat. Heh, aku pun boleh.

'So, nak cuba?' Raycal mengangkat sebelah keningnya.

'Eleh, senang je tu' konfiden je aku ni.

'Ok then, your turn' Raycal berkata sambil mula mengatur langkah menjauhi aku. Takut aku terjatuh kan batu lagi lah tu. cehh.

Aku mula menumpukan perhatian ku kearah seketul batu sederhana besar. Ok Sof fokus, apa yang kau perlu buat hanya fokus... angkat... angkat...

'Goodjob!' Teriak Raycal dari seberang sungai tersebut. Cis jauh gila dia lari dari aku. Hek eleh, aku dah pro lah, tengok ni dah leh angkat dah batu-batu ni semua. Apa dia ingat...

'Hey, watch out!' selepas tu aku rasakan tubuh aku ditolak kasar , melayang untuk beberapa saat dan akhirnya jatuh atas permukaan lembut. Pelik.

'Aduhhhh...' aku dengar ada yang tengah mengerang kesakitan sebab mata aku masih tertutup. Aku segera membuka kelopak mataku, dan...

'Apa ke berat sangat kau ni Sofea!' Berkerut dahi aku melihat Izzad yang berada di bawah ku, atau aku yang berada diatasnya? Ahh mana-mana lah, tapi yang penting posisi kami sekarang amat lah memalukan!

Raycal berlari-lari anak menyeberangi sungai yang hanya sedalam buku lali tersebut, sebelum berhenti betul-betul di hadapan ku. Mukanya merah padam menahan gelak mungkin?

'Oh come on! Tolong lah aku!' Aku menghulurkan tangan, kemudian disambut oleh Raycal. Aku mula menepuk-nepuk bajuku bagi menghilangkan debu tanah. 'Oi, aku macam mana?'

'Bangun lah sendiri' Raycal mengejek. 'Kau ni kan Sof, mula-mula elok je, last-last sama juga! Kau tak cukup concentration ni. ' Raycal sudah mula membuat muka bosannya.

Susah betul nak ajar minah ni

Eleh aku hilang fokus pun sebab duk sibuk kutuk kau. Kau tau apa? kalau taknak ajar dah lah.

'Sorry lah, aku kan newbie, memang kau pikir aku boleh terus dapat camtu je' aku mula memetik jari. Aku terpaksa menurunkan ego aku mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir ni. Aku lagi rela menghadap muka Raycal yang tengah marah daripada Prof Muda tu nanti!

'Dah lah, kita sambung esok ok?' Raycal senyum sebelum meninggal aku. Ataupun lebih tepat aku dengan Izzad.

Apa aku nak buat ni? Belah macam tu je lah, buat-buat tak tau. Ok sound good to me, lets go...

'Oi, kau nak pergi mana?' aduhhh kenapa dia tegur pula ni?

'Aku... aku... ada kelas, haa aku ada kelas!' aku membalas sambil terus melangkah kehadapan, tak sanggup bertentang mata dengannya.

'Tak tahu pulak aku yang hari sabtu ada kelas?' Izzad bersuara, dia mula melangkah mengikuti jejakku.

'Kelas tambahan, minggu depan kan exam!' Aku masih mencuba nasib.

Hai budak ni, nak membohong, tapi tak reti!

Ala, dia tahu pulak yang aku kelentong dia. Aku segera berhenti secara tiba-tiba.

'Woah, agak-agak lah kalau nak brek pun berader. Kau nak eksiden tadi jadi lagi ke. Aku tak kesah...'

Dasar laki. Ayat Izzad membuatkan pipiku berona kemerah-merahan.

'Wahhh, guess who is blushing!' Izzad terus-terusan menyakat aku. Aduh, parah ni!

'Kau tak study?' aku cuba menukar topik.

'Kau nak suruh aku study apa? Cara-cara memilih daging yang sesuai untuk dijamah?' peh gurau kasar nampaknya abang Warewolf kita ni.

Aku mempamerkan riak wajah tidak terhibur dengan lawak hambar Izzad .

'Ok, ok. Kami mana ada exam pun next week, certain anak kacukan je.' Dia membalas, Izzad kini telah berjalan seiring dengan ku dan baru aku perasan yang dia hanya mengenakan seluar pendek paras lutut dan t-shirt berlengan pendek. Ok berketak jugalah bicep dia. Fuh, jaga iman Wan Sofea. Hehehe...

'Untung lah!' aku melanggar bahunya secara sengaja.

'Sof... ' Izzad yang sedari tadi tunduk mula bersuara lembut memanggil namaku. Aku menelan air liur, over sangat ke aku langgar tadi. Aduh!

'Whut?' aku cuba bernada bersahaja, Walhal dalam hati lagu rock semua dah keluar. Getar beb.

'Im Sorry about what has happend last week at the library. Kau tau kan aku risaukan kau je, tengok tadi, angkat batu pun kau fail, nasib baik aku ada tadi tau, ni kan pulak kau nak pergi pulau tu. Ikut research aku, kat pulau tu macam-macam ada weh!' mata coklatnya menikam mataku.

Sekali lagi aku menelan air liur.

'Aku... aku... dah takda ayah. Aku tau payahnya rasa takda orang tua ni. Aku tak mahu Raycal alami benda yang sama. And bagi aku, ini merupakan satu-satunya cara untuk satukan dua wilayah yang dah lama berpisah, I know this sound a lil bit crazy, but i have to do this. Aku tak ada pilihan lain. And aku tahu apa yang aku buat ni, aku sanggup terima akibatnya, im a Mundane you know.' Aku mempercepatkan langkah ku, meninggal kan Izzad.

'And one more thing, thank you for being a friend who was concerned about me. But i know how to take care about myself k.' dengan itu aku mula melangkah menuju ke arah..., op cos cafe AK's Hut! Ops.

IZZAD's POV

'And one more thing, thank you for being a friend who was concerned about me. But i know how to take care about myself k.'

Pedihnya kena friendzoned!

***

SOFEA's POV

Alhamdulillah kenyang. Mi kari makcik ni tak pernah mengecewakan betullah!

'Sof, ko ok? luka mana mana tak? Sorry aku datang lambat, aku tengah mandi tadi!' Qiela tiba-tiba bersuara sambil mengambil tempat duduk diahadapan ku. Muka dia nampaklah risaunya.

'.....okeyy?....' aku membalas dengan nada keliru. Ok macam mana tu? Apasal lak nak luka? Oh ni mesti pasal aku terjatuh time praktis dengan Raycal tadi. Tapi nasib baik lah Izzad ada. Hmm, but macam mana Qiela tahu?

'Macam mana kau tah...'

'Huh, risau aku tau dak? Lain kali kalau nak praktis pergi dengan aku ok? Jangan sorang-sorang.' Qiela segera memotong pertanyaan ku.

Hmm something fishy. Tapi takpa, aku takda mood nak gaduh sebab perut still kenyang hehe.

***

Jangan lupa vote k. terima kasih (;


Twitter; @ sharina_natasha

Instagram; @ sharinasheikh




You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 22, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now