Enam.

297 19 0
                                    

Wan Sofea POV

Kaki aku ni sekarang tengah menuju kearah kantin sekolah. Sesampainya aku di kantin, mata aku terus berkhidmat mencari susuk tubuh seseorang. Seseorang yang telah menyebabkan duit poket aku bulan ni lebuh. Akibat daripada permintaan tak masuk akal dia tu. Si Qiela anak Pakcik Zabiedi.

"Woi Qiela, ikut aku sekejap" Aku menarik lengan baju sekolah Qiela. Qiela yang baru lepas membayar duit karipap yang dibelinya terus membuat muka blur. ishh minah ni.

"Apahalnya kau ni Sofi, aku baru nak rehat ni. Kacau betul lah. Nak ikut pergi mana?" Tangan Qiela dengan lajunya mengambil sepotong kecil kuih karipap yang dibelinya sebelum memasukkannya ke dalam mulut.

Aku menarik Qiela ke bawah sebuah pondok. Pondok ni dah biasa jadi 'port' kami berdua kalau nak sembang or makan waktu rehat. Sebab kedudukan pondok ni yang agak tersorok, membuatkan tak ramai pelajar yang menyedari wujudnya kawasan ni. Hanya budak senior yang tahu. Itu pun tak ramai yang berani datang. Ada yang cakap mereka nampak 'benda' dekat area ni. Mengarut betul! Kesimpulannya, tempat ni amat sesuai kalau dijadikan tempat nak menyendiri dari orang lain.

"Tolong aku, aku tak berapa nak faham apa yang buku ni maksudkan mengenai sebuah cincin." aku membawa keluar sebuah buku. Buku yang bertajuk 'Mundane', yang ibu bagi hari tu. Yang lain aku dah habiskan dengan jayanya, cuma yang tu yang susah sikit nak habiskan. Banyak sangat misterinya

"Arghhh, yang kau pergi bawa buku ni kesekolah apa fasal? Kau tahu tak bahaya." Qiela kat sebelah segera mengambil buku tu lalu dimasukkan kembali kedalam beg sandang aku.

"Apasal pula bahaya? Tolong lah aku, aku nak tahu fasal cincin mutiara tu. Pleasee"

"Kenapa kau tak tanya ibu je? Aku pun bukannya arif sangat benda-benda ni. " Wajah Qiela masih kelihatan risau. Nampaknya, tindakan aku yang membawa buku tu kesekolah boleh membawa kepada masalah besar ni. Kalau tak, tak akannya muka Qiela teruk sangat risau nya sampai macam tu sekali.

"Ibu konfem tak nak bagi tahu punya. Tapi kan, apa yang bahaya sangat fasal bawa buku ni kat sekolah?" aku tetap nak tahu fasal 'bahaya' yang Qiela maksudkan.

"Aku tak boleh bagitau dekat sini, datang rumah aku petang ni." Qiela mengambil sepotong lagi kuih karipapnya sebelum bergerak meninggalkan aku menuju kearah kantin sekali lagi.

"Kau nak pergi mana? " Aku bertanya sebelum mengikuti langkahnya.

"Beli air lah. Tadi ada sorang minah ni tarik aku, tak sempat oden nak beli air. Kalau anak Zabidie ni tercekik karipap sapa nak tanggung?" matanya menjeling aku.

"Ahh whatever. Can you just tell me something that going to help me with those questions in my mind? Arghhh"

"Like what?" Qiela memperlahankan langkahnya

"Your power maybe?" aku membuat muka penuh mengharap. Tolong lah, bagi je lah tahu apa kuasa kau cik adik oi.

"Urghh, fine. But, jangan bagi tahu ibu fasal benda ni." Qieka memberi muka 'amaran' nya kepadaku.

"Ok, ok. So what." Aku terus merangkul tangan Qiela.

"Im a protector." Jawab Qiela dengan mudah. Otak aku ligat berfikir. Apa sebenarnya protector tu. Tapi macam orang kata, kalau nak blur tu tetap akan blur.

"Tak faham" kini kami sudah berada di dalam barisan untuk membeli air. Entah apa lah yang makcik kantin taruk sampai airnya boleh jadi sepopular ni. Barisan mengalahkan barisan kat pavilon masa Black Friday.

"You know macam pahlawan and ect. But disebabkan zaman ni mana ada perang macam zaman bapa kepada bapa kepada bapa aku, kami ditugaskan untuk menjaga 'identiti' anak kacukan di serata dunia. And jaga mereka dari bahaya. Aku punya case special sikit, aku kena jaga kau, jaga Mundane. Faham?" Qiela menjongkitkan keningnya.

"Kau nak cakap, yang kau kena jaga aku? Haha, nice try. Come on beb, ni sekolah, paling teruk pun aku jatuh tangga, manada ada bah.."

Tiba tiba tangan Qiela pantas menepis tangan aku, dan berjaya mengelakkan sesuatu dari terjatuh. Membutang mata aku melihat 'sesuatu' tu. Berkilat. Pisau?

"Ya Allah, sorry, sorry. Macam mana boleh terlepas pun, makcik tak tahu. Sorry ya dik." Mak cik Hajar segera memohon maaf dan mencapai pisau yang berada di tangan Qiela. Cepat-cepat dia pergi masuk ke dalam kawasan masak kantin. Ehh, macam tu je? Kalau tangan aku betul-betul berdarah tadi macam mana? ish.

"Maybe that will explain why I need to be here, to protect you" Qiela berkata sambil mengibas-ngibas bahunya.

"Seriously, i dont know what to say" aku menundukkan kepala. Lepas satu, satu lagi benda yang aku tak faham melekat dalam kepala ni. Adoi.

***

"Show me!" aku menjerit dengan nada teruja.

"Alright, alright. But, duduk jauh sikit ya dik." Qiela memberi arahan tangan agar aku bergerak menjauhi kawasan panahannya.

"Kalau kau boleh buat that arrow hits that red section. I'll amazed. Haha" aku menjerit sekali lagi. Oleh kerana jarak antara aku dengan Qiela agak jauh, membuatkan kami terpaksa menjerit setiap kali nak berkomunikasi.

Halaman belakang rumah Qiela ni boleh tahan lah besarnya. Kalau nak bina kolam renang dewasa. Mau muat 3 buah. Besar tak besar. Kaya boleh la.

"One... Two... Three. Shot!" aku menjerit.

Anak panah Qiela bergerak laju dan terus terpacak atas papan memanah dalam kawasan merah. Kawasan tengah papan tersebut.

"Wahh, daebakk!" Aku berkata sambil membuka langkah menuju ke arah Qiela.

"See? Aku tak tipu kau bila aku kata aku pandai memanah. Ada macam Katniss Everdeen tak? Nak aku tunjuk my skill on knife or pedang pula?" Qiela mengangkat keningnya berulang kali. Arghh, aku benci bila di buat benda tu.

"Nahh, I believe in you sister. Now teach me how to use that thing" aku menunjuk kearah alatan memanah yang sedang Qiela pegang.

"Nop, your powers tak perlukan skill memanah. So tak payah!" Qiela bergerak menuju ke dalam rumah.

"Bik, Qiela nak air oren. Buat dua gelas tau, hantar dekat bilik Qiela eh." Qiela menjerit memanggil Bibik Siti.

"But, kuasa kau seronok, kuasa aku tak ada guna. Sampai sekarang, i still do not know how to use it!" aku memprotes.

"Tak seronok sebab kau tak pernah tahu how to use it. Bila dah tahu, you will be addicted." Qiela memandang aku tepat kearah anak mata aku.

"Then teach me now. How to used it."

"Perlukan orang yang betul. Like me, papa yang ajar sebab dia pernah jadi protector. And for you, orang yang paling sesuai adalah ibu. So, pergilah menimba ilmu from her, not me babe!" Qiela sudah berada di atas katil.

"Ok, so for now tell me 'bout this book. Bab 'bahaya' and cincin mutiara tu." Buku Mundane aku keluarkan dari beg sandang aku.

"Kau still usung buku tu merata-rata? Damn it! Degil betullah." Qiela mengetuk kepala aku.

"Auch, sakitlah! And yeah, aku akan berhenti bawa buku ni when you tell me about that danger kau and ibu asyik pesan dekat aku and about that ring." Kali ni aku pula yang menjongketkan kening aku.

"Ahh, Kfine. That danger yang kami asyik pesan dekat kau tu ada berkaitan dengan..."

VOTE!
COMMENT!

NEXT CHAPTER WILL BE UNLOCKES AFTER THIS BOOK RECEIVES 20 VOTES. THANK YOU READERS!

-Sharina

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now