Sembilan.

412 22 6
                                    

SOFEA's POV

"Tapi Sofi tak nak tinggalkan ibu sorang-sorang dekat sini. Kalau ibu sakit macam mana? Siapa nak jaga? Siapa nak bagi ibu makan ubat" aku masih lagi mengeluarkan soalan-soalan yang boleh memberhentikan ibu daripada membuat keputusan 'membenarkan' aku ke AK's Hut. Bukan aku tak mahu pergi, tapi kalau apa-apa jadi dekat ibu, kan susah? Dah lah ibu satu-satunya orang tua yang aku ada. Tak sanggup rasanya nak menerima kehilangan ibubapa lagi.

"Mama dengan Papa kamu tu kan ada. Nanti kalau ibu sakit pandai-pandailah ibu pergi jumpa mereka. Bukannya jauh pun rumah si Qiela tu. Lagipun, kamu pergi 6 bulan je kan? Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan. Tak lama pun, kamu takpayah risau lah."

"Kalau Sofi rindu ibu?" Ayat manja aku pun keluar. Masih mencuba nasib aku ni.

"Eleh kamu ni Sofi, dah besar panjang pun nak main rindu-rindu pula. Takyohlahh" Ehh mak aku ni, dah terdesak sangat ke nak 'halau' aku dari rumah ni. Sampai statment rindu-merindui pun tak dipandangnya. Nampaknya, sesi 6 bulan merantau di tempat orang terpaksa dijalankan jugalah.

***

"Yup, aku on. Mak aku bagi. Atau frasa yang lebih tepat, paksa." Petang tu aku dan Qiela menghabiskan masa dengan berenang dalam kolam renang milik Qiela. Sekali lagi aku umumkan, yang si Qiela ni kaya, jadi ada kolam renang tu perkara biasa.

Kat rumah aku manada kolam besar-besar ni. Kolam ikan adalah. Pernah sekali aku kempunan nak mandi kolam, aku terjun je dalam kolam ikan. Habis kene bebel dengan ibu. Masa tu aku baru 6 tahun. Otak mereng sikit. Nasib baik ikan koi dalam tu tak mati kene pijak. hahaaha.

Baguslah, minggu depan kita pergi daftar ya?

"Alright!" Jawab aku sepatah.

"Bagus juga ehh, ada kawan Mind Reader tak yah susah-susah habiskan air liur nak bercakap." Qiela tersenyum.

"Tulah, sian aku, ada kawan Protector konon. Takda guna beb!" Aku mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk mengutuk kawan baik sendiri.

"Weyhhhh orang dah puji, puji lah balik. Kuangsam tul!" Qiela memercikkan air ke muka aku. Aku segera lari, menjauhi Qiela. Dia mengejar aku sambil tangannya ligat mengocak air kolam renangnya itu. Aku cuba membalas serangan, namun air yang memasukki mataku menyukarkan penglihatanku.

"Aduh, sakit lah bodoh" kata-kata aku memberhentikan aktiviti memercik air Qiela.

"Sorry, sorry! Cer buka mata, meh aku tiup" Qiela mendekatkan dirinya denganku. Tangannya memegang muka ku. Dan ketika itu, sekali lagi aku mengambil kesempatan untuk mengenakan Qiela. Aku memercikkan air kolam kearah muka Qiela.

"BANGANG KAU SOFI, TIPU AKU!!!" Jeritan Qiela memenuhi laman belakang Encik Zabiedi. Aku ketawa mengekek melihat riaksi Qiela. Siapa sangka petang yang amat damai, boleh bertukar seceria ini?

Tanpa kami sedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan tingkah laku kami sedari tadi lagi.

***

ANONYMOUS' POV

"Apa abah ingat Raycal masih perlukan bantuan untuk kendalikan kuasa? Abah Raycal bukan budak-budak lagi. Umur Raycal dah 17 tahun! Raycal dah mahir nak adjust kuasa Raycal sendiri lah!"

"Kamu baru setahun jaguh , Raycal! Abah nak kamu lebih pandai agihkan kelebihan kamu itu! Abah dah tua, dah tak mampu untuk jadi mentor kamu lagi. Dekat sana ada guru-guru pelatih, boleh ajar kamu. Abah nak kamu jadi pemerintah yang benar-benar berkuasa. Ingat, lepas abah, Wilayah Amoe'ba jatuh ke tangan kamu, nak!" Abah bersuara, walaupun ketika sakit, nada ketegasan tetap kedengaran dalam suaranya.

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now