Satu.

632 25 3
                                    

Malas betul lah nak pergi sekolah. Buat-buat sakit perut je lah. "Sofi, bangun dah lambat ni. Pergi skolah" lembut ibu aku panggil. "Ibu Sofi sakit perut, nak skip skolah hari ni boleh?"

"Jangan nak mengada, ibu tahu kamu kelentong ibu je, semalam sakit mata, hari ni sakit perut, esok sakit buah pinggang pula?" ehhh kasar pula lawak mak aku ni. "Kata-kata ibu tu doa, ingat!" aku bangun sambil ambil tuala di belakang pintu. "Dah tahu doa, janganlah cari fasal pagi-pagi ni"

Mak aku ni, awat tetiba pandai melawan ni. Belajar dari sapa eh? Aku? Ya kot. Haha. "Ye ye maafkan kami, tentededen. Maafkan kami, tentededen. Maafkan ka..mi . Maafkan ka..mi" Aku lalu depan ibu sambil bernyanyi kecil.

***

"Bye, muahhh" aku berjalan kaki ke arah pintu sekolah aku yang tak berapa nak indah. Sempat lagi aku bagi flying kiss kat mak aku. Apa? Tu mak aku, suka hati aku lah. Aku ngan mak memang rapat. Kat rumah ada kami berdua je. Ayah dah tak ada, sejak aku kecil lagi. Ibu kata ayah meninggal dalam kemalangan. Hermm, nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia.

"Woi!" Aku tak yah toleh pun dah tahu siapa empunya suara ni. "Hang ni kenapa qielah, aku ada nama tau. Nak berwoi-woi pula. Gigit kang" dengan segaja aku tunjukkan barisan gigi aku yang putih. Haha.

"Ye lah. Wan Sofiea Wan Adnan. Saya datang menegur ni" Qiela atau nama panjangnya Qielah anak Zabiedi pun mengeluarkan suaranya yang tak berapa nak merdu tu. "Ya, tegurlah" aku membalas tanpa melihat wajahnya.

"Guess who's birthday minggu depan" Qiela tarik lengan baju aku untuk menarik perhatian aku yang tertumpu pada laluan koridor di hadapan kami. "Siapa?" aku yang masih blur pun tanya balik pada qiela. "Bangang betulah. Birthday sendiri pun tak ingat" dia berkata-kata sendiri, tapi nak buat cam mana aku ada telinga lintah, dengar je apa dia cakap.

"oh, birthday aku ehh? ye ke? Birthday aku dalam ic 14.8. Hari ni hari Khamis, 6 haribulan. Maknanya Sabtu minggu depan. Ya Allah, macam mana boleh lupa aku ni?" "Sebab hang tu minah pelupa" dengan selamba badak je minah tepi ni kutuk aku. Nasib baik dia kakak angkat (yang tak berapa nak terangkat) merangkap best buddy aku, kalau tak dah lama aku WWE kat depan kelas ni juga.

Umur kami sama je. Kelas pun sama 4 Erika. Cuma dia tua 7 bulan dari aku. Dia lahir 8.1 so, dia kakak lah. Kan? haha. Aku dengan dia dah ber-bff dari diapers lagi. Ibu aku dengan parents dia kawan baik. Atas dasar apa aku tak tau. Tapi bagus juga, ada lah juga aku kawan yang sanggup layan kerenah aku yang macam ganster kampung ni.

"Kita celebrate nak. Buat jamuan ke?" "Taknak" jawab aku sepatah. "Alooo, pewlissss" Qiela kat tepi aku tetiba tukar suara ala-ala baby. Belah, langsung aku tak termakan lah. "Hang rasa, apa yang tgh buat ni akan jadi ke?" kepala aku terus paling 360, takut-takut ade orang nampak minah gila kat depan aku ni tetiba je duduk melutut depan aku.

"Please" Qiela yang masih melutut bersuara lagi. Ehh, minah ni tak tau ke yang aku tak suka gaul ngan orang yang aku tak rapat? lagi nak buat birthday party? Ishhh. "Ok, dengan satu syarat." Qiela terus bangun sambil merangkul lengan aku. Mata dia bercahaya tetiba. Minah ni sah sawan. Birthday aku, dia yang excited lebih.

"Yang boleh hadir kau, aku, ibu, mama, ngan papa je. Bertempat kat tempat beradu aku. Haha" terus terganga Qiela kat sebelah. Oh and btw, by mama and papa aku maksudkan parents Qiela. Sebab hubungan kami yang sangat rapat. Ibu dia dah macam ibu aku dan begitu juga untuk dia .

"......ok" Aku tak salah dengar ke? Qiela mengalah dengan aku? First time kot. Aku patut dapat awards ni. AMA? EMA? Takda? k Takpa. "Pandai anak mama" sempat lagi aku sakat Qiela kat tepi, betul-betul sebelum cikgu masuk nak start mengajar.

***

"Come Back Home, Can you come back home.." "Yeahh" Qiela yang tengah telentang atas katil aku secara menyambung nyanyian aku. Potong line betul lah minah ni. Baru nak test vocal. Manalah tahu boleh masuk Akademi Fantasia lawan Mila Wazzup wazzup.

"Qiela, kau rasa aku patut pergi ke tak kelas tarian esok. Aku ada banyak kerja kat umah. Tapi kalau tak pergi Cikgu Zaza konferm mengamuknya" kepala aku diletakkan di atas perut Qiela. Bukannya tak ada bantal atas katil tu, saja nak bermanja dengan BFF sendiri. Tangan Qiela secara automatiknya bermain dengan rambut aku.

"Pergi lah." Qiela menjawab.

(Takyah pergi, duduk rumah gosip dengan aku lagi baik.)

Aku segara bangun dan menatap mata Qiela. "Hang ni suruh aku pergi ke suruh aku duduk rumah join hang gosip?" aku cuba mendapat kepastian. Qiela yang sedari tadi berbaring diatas katil terus terduduk sama. "Pergi lah, mana ada aku suruh hang duk gossip dengan aku kat umah." Qiela berkata teragak-agak. "Cakap lah betul-betul" "Betul-betul" Qiela bersuara. "Qiela!" perut qiela aku hentuk dengan kuat. "Adoiii" mengekek aku atas katil, dengar qiela meraung kesakitan. Tulah main lagi dengan aku time aku tengah serius. "Ok aku pergi."

***

"Betul ibu, Qiela tahu lah. Masa tu Qiela cakap dalam hati je. Macam mana dia boleh tahu?" Qiela merenung tepat kearah anak mata Puan Maria, merangkap ibu angkatnya tu.

"Bukan ibu tak mahu percaya. Tapi, dia belum cukup 16 tahun lagi. Dia tak mungkin dah dapat.... kamu tahu lah apa benda yang ibu maksudkan." Mata Puan Maria meliar di sekitar halaman rumahnya, risau-risau ada yang memasang telinga terutamanya Sofea.

"Boleh jadi tak kalau di 'matang' awal? Mana lah tahu. Dia kan special sikit." Qiela memperlahankan suaranya. "Tak kot. Dah lah, kita tak seharusnya bincang benda ni. Belum masanya lagi. Tunggu lagi seminggu je. Lepas tu, kuranglah sikit tanggungjawab kamu" Puan Maria berkata saraya mengusap lembut bahu kawan anak kesayangannnya itu. Qiela sekadar mengangguk tanda faham.

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now