Sepuluh.

339 20 6
                                    

SOFEA's POV

Hai, yup ni aku lagi. Puteri Sofea. Belah, sejak bila jadi puteri pun aku tak tau. Tapi betullahkan? Bapa aku raja, secara teknikalnya aku puteri. Ok sekarang aku dah start mengarut.

Sebenarnya, aku pikir benda bukan-bukan ni untuk menghilangkan rasa janggal yang berlaku atas sebab renungan satu kelas terhadap aku. Yup satu kelas! Atau lebih detail renungan 45 orang anak kacukan yang baru daftar dekat AK's Hut ni. Ok-ok moh lah kita ramai-ramai buat flashback, memandangkan kome tak paham apa yang cuba aku sampaikan ini.

"Alright, pertama sekali saya nak ucapkan selamat datang bagi anda semua. Tak sangka tahun ni agak ramai yang datang mendaftar, selalunya tak lebih tiga puluh anak kacukan yang nak datang sini, maklumlah tempat ni dalam hutan, banyak yang takut kena gigit nyamuk gamaknya.." Seorang laki yang aku rasa dalam umur 40-an bersuara. I guess he is our 'class teacher' or something. Memandangkan dialah manusia pertama yang datang ke kelas kami?

Who the heaven is he? Aku berkata sendiri. Nampaknya, kehadiran dia bukan sahaja menimbulkan tanda-tanya dalam kepala hotak aku, malah beberapa pelajar lain.

(Dia guru kelas or something ehh?)

(Guru kelas tua macam ni? Alaa jangan lahh..)

Dan beberapa lagi ayat yang timbul dalam fikiran pelajar yang ada dekat sekeliling aku, tapi tak perlu rasanya aku nak bagi tahu semua. Ada juga rasa nak bangun tanya, tapi disebabkan aku masih 'baru' dalam alam ni, aku rasa baik aku diamkan diri saja.

"Encik, cikgu kami?" Seorang gadis berambut perang bangun lalu bertanyakan soalan tu. Bagus, tak perlu aku nak bagi isyarat mata dekat Qiela suruh tanya soalan yang sama.

"Yah, im your new class teacher. But here, (dia membuat isyarat tangan yang memberi maksud apa-yang-dia-cakap-dia-refer-tempat-ini ) awak semua tak panggil saya cikgu, you have to call me Prof, im Proffesor Azlanudin, or for short Prof Azlan." Lelaki yang kononnya mahu dikenali sebagai Prof Azlan tu bersuara menyambung peneranggannya yang terhenti.

"Hurm, masing-masing tak kenal satu sama lain kan? So, why not we start our class with ice-breaking? Start for you youngman. State your name and your ability." Prof Azlan memberi arahan kepada seorang lelaki yang mempunya mata berwarna coklat cair. Menarik. Hensem. Kacak. Ganta...

Ehh jap jap, dia apa? Tak MUNGKIN! WTF? Err aku tarik balik apa yang aku puji dia tadi. Semua aku tarik, SEMUA!

"What the heaven? Kau Werewolf? " tanpa aku sedari ayat yang sepatutnya dikeluarkan diminda sahaja, terlucut keluar dari mulut. Ishh, mulut ni, punca kau tau tak aku jadi tatapan semua?

And that is why semua mata melekat dekat aku sekarang. Kalau aku cakap tak malu, membohonglah tu. Aku sememangnya tengah malu sekarang. Kalau boleh nak aje aku keluar dari kelas tu nyorok dekat dorm. Kalau boleh lah... Aku pandang Qiela yang ada dekat sebelah, nak minta bantuan. Qiela yang sememangnya tahu kebolehan aku segera memberi isyarat hati.

(Sorry beb. This time i really cant help you! HAHAHAHAHAHHA)

Kuangjaq punya Qiela bukan nak tolong, lagi gelak adalah.

"Well, there is someone new here. I mean REALLY new here. New in this 'world' " Prof Azlan bersuara. And yeah, dia telah pun berjaya menempa nama dalam buku-senarai-orang-yang kurang-disenangi-aku. Great job, prof!

"Why not we skip other person, and go ahead with you. Kenalkan diri anak muda. You can sit now Izzad" Prof tu memberi isyarat supaya Izzad a.k.a Werewolf tu duduk. Sumpah, lepas ni aku akan pastikan jarak aku dengan Werewolf tu 3 meter. Dia datang dekat sikit, aku cabut!

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now