Empat.

344 29 0
                                    

Puan Maria POV

"Apa kuasa Sofi? Ibu." pekerjaanku terhenti sebaik sahaja anak kesayanganku mengeluarkan suara.

"Bukan hari ni Sof." namun begitu, ku sambung kembali pekerjaanku setelah menganalisis permintaannya.

"Tapi Sofi nak tahu hari ni, sekarang"

Pandangan kini berubah. Mataku berjumpa dengan matanya. "Kamu ni sebiji macam ayah kamu, sofi. Degil. " aku bersuara seraya tergelak kecil. Teringat arwah suamiku dulu. Ketegasannya dalam memerintah wilayahnya amat memenuhi kateria seorang pemimpin. Tapi kadang-kadang tahap kedegilannya, sungguh menguji jiwa si isteri.

"Bapak borek, anak rintik" Sofi yang masih berdiri macam tiang elektrik di tepi ku bersuara. Kali ni tawa ku semakin membesar. Namun aku kembalikan wajah serius untuk memjawab permintaannya.

"Ibu akan bagi tahu lepas kamu minta maaf dengan Qiela. Berbaik dengan dia. Macam mana pun dia buat kamu, dia tetap kawan baik kamu dari kecil. Lagipun, dia sangat penting untuk kamu. Lebih-lebih lagi, waktu macam ni."

Aku terus membawa langkah ke dapur bagi menyambung pekerjaanku. Membiarkan anak tunggal ku itu bersendirian. Memikirkan langkah yang perlu diambil selepas ini.

Aku amat berharap agar dia cepat-cepat berbaik dengan Qiela, anak kepada rakan baikku merangkap ketua panglima perang suatu ketika dahulu.

Aku mahu membongkar rahsia yang sudah lama tertanam di dalam hati ini. Yang sudah lama ku pedam dari pemgetahuan anak kandungku sendiri. Demi memenuhi permintaan si suami serta menjaga keselamatan Sofea.

Qiela amat penting buatnya kini. Jadi hubungan antara mereka berdua perlulah sentiasa rapat. Ianya tidak susah untuk melakukannya kerana mereka telah berkahwan sejak kecil lagi. Aku masih teringat riak wajah Arman yang bersungguh-sungguh ingin merapatkn mereka berdua. Si Sof dengan si Qiela.

16 tahun sebelum itu...

"Kalau mereka berdua rapat baru lah senanglah sikit kerja kamu nak jaga budak ni. Anak aku ada, boleh protect dia bila dia dah besar" Arman bersuara.

"Aku ok je. Tapi aku tak mahu libatkan anak kau dalam soal ni. Bahaya. Kau tak risau ke? 'Mereka' jadi kan dia sebagai sasaran juga?" raut wajah aku berubah memikirkan masalah ini.

"Anak kau tanggungjawab aku. Bermakna, dia juga tanggungjawab anak aku. Tak apa, aku percaya dengan anak aku. Dia boleh jaga diri. Dia tahu caranya. Kebolehan itu dah sememangnya mengalir dalam darah kami. Darah seorang pahlawan!" Arwan bersuara dengan penuh yakin.

"Terima Kasih, Arman", setitis air mata jatuh ke bumi. Ya Allah, bantulah hamba mu ini.

Kini...

Aku mengesat air mataku. Kenangan itu membuatkan mata ku berair. Sungguh ku bersyukur mempunya kawan sebegini di dunia. Kawan yang sanggup mengorbankan nyawa anaknya sendiri. Tidak rugi Yusri, suami ku menjadikan dia sebagai kepala panglima perang dulu.

Tanpa dia dan isterinya aku pasti lemah. Pasti berputus asa ketika di separuh jalan. Rahsia yang 16 tahun berjaya ku simpan tentu sudah lama terbongkar. Ku bersyukur Ya Allah, Ku bersyukur!

***

Sofea POV

Breath in, breath out, in, out, in, out, in... Sampai bila nak in, out ni? Semput dibuatnya.

Aku kini berada dihadapan pintu rumah yang sudah kuanggap rumah kedua ku. Masih berkira-kira mahu masuk atau tidak. Tiba-tiba mata aku terlekat di sebuat loceng rumah. Sejak bila benda ni ada kat sini.

Punat loveng itu segera ditekan. Janggal pula rasanya, sebab selalunya aku tak tekan loceng, terus masuk. Kan aku kata aku disuruh anggap rumah ni, rumah kedua, memang aku masuk terus je lah tanpa bersalam. Kalau nak tidur lagilah takda masalah. Baju Qiela muat je aku pakai. Badan dia dengan badan aku sama je. Keding macam lidi.

Bercakap fasal Qiela, aku teringat kembali punca kaki aku melangkah kemari. 'Nak minta maaf dengan Qiela' Ayat tu besar-besar tertulis dalam bayangan kepala aku.

Pintu di depan tiba-tiba terbuka menampakkan tubuh badan seseorang yang... tak nampak macam... orang?

"Mak aiii" aku bersuara.

"Kenapa datang?" Qiela bertanya. Muka blur dia datang lagi.

"Dah pukul dua belas pun kau tak mandi lagi?" kaki ku kini sudah melangkah kedalam menuju ke arah bilik Qiela. Sesampainya aku di dapan bilik itu, aku terus merebahkan diri di atas tilam empuk milik Qiela. Mataku ku tutup. Kalau dapat tidur time-time ni bagus juga.

Tak lama selepas itu, kedengaran bunyi pintu tertutup. Kawasan tilam di sebelah ku tengelam. Pasti Qiela dah mengikut langkahku. Turut sama merebahkan diri diatas katil.

"Qiela?" Aku memanggilnya dengan mata yang masih terpejam. Tiada sahutan. "Qielaaaaa??" Aku mencuba lagi. Namun kali ini, harkat 'laaa' tu semakin bertambah. Masih belum ada sahutan.

"Qiela!" aku sudah terjerit kecil. Mata yang terpejam tadi, terus tebuka luas. Niat nak tidur, terus mati.

Ishh budak ni boleh pulak sambung tidur. "Kau bangun pergi mandi sekarang. Teman aku pergi Shopping Mall lepas ni. Cepat." laju sahaja aku memberi arahan.

Tak ada tindakan positif. Malah bantal yang ditepi segera Qiela ambil untuk menutup mukanya. Kuang asam punya minah. "Jangan lacau la, aku nak tidur." Qiela membalas perlahan.

"Kau nak bangun sekarang atau nak suruh aku sendiakan bahan nak tolong hang buat Ice Bucket Challenge kat atas katil ni? Aku kira sampai tiga je" amaran dah aku keluarkan. Tapi minah ni masih boleh tergolek lagi atas katil.

Satu...

Dua...

Ti... "Aku dah berdiri ni nak kedapur ambil baldi"

"Okay, Fine! Aku bangun. Aku Bangun! Puas" Qiela menjeling aku. Tangannya laju mencapai tuala biru muda sebelum bergerak kearah bilik mandi. "I Hate You" Qiela bersuara sebelum menutup pintu.

"Yahh, Love You too" aku dah tergelak kecil.

Fikiran ku kembali tertumpu kearah punca aku kemari. Mahukah Qiela maafkan aku? Dia kena berbaik dengan aku! Aku nak tahu kuasa aku. Kuasa dia? Kena. Wajib!

Yeahh! New Chapter in the house yaww. Tolong vote and comment. Means alot for me. Tq! For the next chapter, 10 Votes for this book. Thankayooo again, readers. Love yaah!

-Sharina

Mundane : The Beginning (Malay)Where stories live. Discover now