Bab 15

17 0 0
                                    

17 SEPTEMBER 2020

"Sayang, nanti malam kita jumpa ya? I ada special present untuk you. Nanti I ambik you dekat studio."

Message Asril kepada Diana.

Diana tidak sempat membuka telefon bimbitnya kerana amat sibuk dengan sesi photoshoot terbaru bagi projek majalah bersama BUSANA TZ.  Projek ini sangat special kerana tengku Zairul iaitu pengasas kepada BUSANA TZ sendiri melamar Diana untuk menjadi muka hadapan sekaligus model utama yang memaparkannya dalam setiap majalah mingguan.

Walau bagaimanapun, semasa Diana ditawarkan untuk bekerjasama dengannya. Diana sedikit risau kerana Tengku Zairul amat terkenal dengan skandal seks-nya dengan ramai model sebelum ini. Selain itu, Asril menentang hebat keputusan Diana kerana Asril amat risaukan tentang keadaan kekasihnya sekaligus merasakan cemburu dengan "hubungan kerja" antara Diana dan Tengku Zairul. Rupa paras Tengku Zairul yang berotot kekar itu pasti membuatkan kebanyakan wanita tidak tahan untuk menidurinya.

Namun demikian, Diana tetap dengan keputusannya untuk bekerjasama dengan BUSANA TZ yang menawarkan bayaran yang agak lumayan.

"Duit ni nanti boleh aku buat majlis besar-besaran dengan Asril. Aku taknak susahkan dia dengan pandangan dan harapan media pada saat itu nanti."

Diana baru sahaja berterus terang kepada Asril tentang pekerjaannya seminggu yang lalu. Asril tidak sedikit pun tersinggung atau marah walaupun ditipu selama ini kerana Asril sangat menyayanginya .

________________ ...... _________________

"Diana, malam ni kita dinner sekali ya? I ada benda nak bincang pasal projek kita. Lagipun, I macam nak tambah payment you. Yelah, you dah naikkan nama BUSANA TZ sampai kat peringkat international kan. Takkan I nak bayar you ciput je." Sapa Tengku Zairul yang menghadiri sesi photoshoot Diana di studio.

"Boleh Tengku, tapi saya ajak PA join sekali ya. Untuk mudahkan urusan kita." Balas Diana.

"Eh, tak perlu bawa PA. Kita berdua je dinner malam ni, benda ni agak confidential." Jawab Tengku Zairul.

"Oh, kalau macamtu. Okay, saya bersiap dulu ya Tengku. busy betul harini. Saya pun tak sempat makan and tengok phone. Hehehe." Balas Diana secara bersahaja.

____________________________________
ASRIL

Malam sudah pun menjengah, asril sedang sibuk bersiap sambil mendengar lagu jiwang karat dari telefon pintarnya. Asril begitu teruja untuk berjumpa dengan kekasihnya itu kerana mereka sudah lama tidak berjumpa. Diana sering sibuk dengan kerjanya sehinggakan mereka jarang untuk berbalas mesej dan bergayut di telefon.

Sedang Asril melihat jam di telefon pintarnya, dia tersedar bahawa Diana tidak membalas mesej nya. Asril mesej Diana semula melalui Whatsapp namun hanya satu tick sahaja yang dia terima, Asril cepat cepat mendail telefon pintarnya tetapi panggilannya tidak dapat disambungkan.

"Aaa, mungkin handphone dia mati. Aku kena cepat pergi ambik dia ni. Mesti dia dah tunggu aku kat bawah. Lambat nanti, muncung pula bibir mungilnya." bebel Asril seorang diri.

Setibanya Asril di Studio, ramai rakan Diana sudah keluar dan turun ke bawah untuk pulang ke rumah masing-masing. Namun, bayangan Diana tidak kunjung tiba. Bosan menunggu, Asril mengambil satu beg kertas yang mengandungi seutas rantai emas dan sebentuk cincin untuk dihadiahkan kepada Diana sekaligus melamarnya pada malam itu. Asril tatap dalam dalam dan mula terbayang kehidupannya bersama Diana selepas berkahwin.

15 minit kemudian.

Bayangan Diana dan seorang lelaki yang amat dikenalinya turun dari Studio dan menaiki sebuah kereta HONDA CIVIC yang diparkir di tepi jalan itu. Diana kelihatan sangat gembira sambil bergelak ketawa bersama lelaki itu yang merupakan Tengku Zairul. Hati Asril sedikit kecewa dan bingung. Darah jantan menggelegak seperti ingin meletus.

Asril terus mengekori mereka sehingga sampai ke sebuah Restaurant ternama di sebelah Jalan Loke Yew, Bukit Bintang. Asril melihat tingkah laku Tengku Zairul yang membuka pintu penumpang hadapan untuk Diana. Lalu, dipimpin tangan Diana sambil berjalan ke Restaurant. Lagaknya seperti pasangan kekasih.

Asril berasa amat sedih dan terkilan. Apa yang diimpikan hancur berkecai, impiannya musnah. Pandangannya mulai kabur dek amarah yang semakin memuncak dalam dirinya. Tangannya kebas, mulutnya tergamam dan peluh terus keluar walaupun penghawa dingin kereta sedang dibuka.

Asril cepat cepat menekan pedal keretanya sehabis mungkin diiringi perasan yang tidak terungkap.

"Kalau aku mati malam ni, kau pun patut mati. Sampai hati kau Diana, kau perempuan sial. Menyesal aku kenal dengan kau. Kau perempuan sundal." getus Asril dalam hati.

Walaupun meter keretanya sudah mencecah 140 KM/J diiringi bunyi enjin yang menderu deru. Namun, tiba tiba Asril terdengar suara bisikan, suara bisikan itu agak halus tetapi kedengaran amat jelas.

"Asril, dah lama aku diam. Dah tiba masa, aku keluar gantikan tempat kau. Aku adalah kau dan kau adalah aku."

Gelap.

Suasana gelap.

BANGKAIWhere stories live. Discover now