Bab 4

677 19 3
                                    

Suara Asril yang menyergah tadi telah menghentikan lamunan Zak. Zak sedikit tersentak,..

"Eh, sorry Ril. Apa kau cakap tadi? Aku tak fokus."

"Takda apa, aku cuma nak ajak kau tidur rumah aku malam ni, aku risau dengan keadaan kau. Macam tak okay je."

Zak hanya tersenyum kelat dan mengangguk perlahan. Dalam perjalanan mereka ke rumah Asril, Zakwan hanya diam seribu bahasa tanpa sebutir kata hanya alunan suara Mariah Carey daripada channel hitz FM yang kedengaran dalam kereta itu. Asril beranggapan yang Zak tidak sihat dan tidak larat untuk berbual.
_______ ... _________ ... _________

Setibanya di car pouch rumah Asril, Zak terlihat lagi lembaga perempuan berselubung putih di hadapan pintu rumah Asril seperti sedang menyambut kedatangannya.

"Ril, buah hati kau ada kat rumah ke? Segan lah aku." Tanya Zak.

"Takde la, kau gila ke simpan perempuan dalam rumah bujang. Bila bila masa je aku kena tangkap basah nanti." Getus Asril.

"Haha, apa salahnya? Dapat kahwin free, jimat cost kau nanti memandangkan ekonomi negara tengah jatuh mendadak sebab jibby. Jap, tapi kenapa depan pintu kau tu ..... " Sambung Zak.

"Aku ada duit la bengong, aku tak perlukan perkhidmatan kahwin free. Eh, kenapa? Takda siapa pun lah. Aku lupa tutup pintu ke?" Tanya Asril.

"Takda apa lah Ril, Jom!" Zak menjawab.

Zakwan dipapah oleh Asril hingga ke ruang tamu lalu Asril segera mengambilkan air putih untuk Zak. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam, Asril meminta diri untuk ke biliknya mahu menyegarkan diri. Zakwan hanya mengangguk dan merehatkan badan perlahan di atas sofa yang empuk. Setelah hampir 15 minit selepas Asril meninggalkannya, Zak mula menguap dan ingin melelapkan mata, tiba-tiba dia terdengar suara perempuan menangis sambil meminta tolong sehingga memenuhi lohong telinganya.

"Tolong saya, awak. Tolong, tolong saya!".

Perasaan Zak kini dihujani ketakutan, ingin saja dia berlari ke bilik Asril tetapi tidak mempunyai kudrat untuk melakukan sedemikian. Bunyi tadi semakin kuat dan menggerunkan, jantung Zak berdegup kencang seperti mahu pecah. Zak tiada inisiatif lain selain hanya mendiamkan diri dan pura pura tidur sehingga Asril keluar dari bilik dan menyapanya.

"Zak, bangun zak. Jom tidur kat atas. Phone kau vibrate. Awek kau call tu."

"Siapa? Mira ke Nisa? Kau tolong angkatkan jap, cakap aku nak rehat."

"Dasar buaya darat, sempat lagi tanya awek yang mana, Okok."

Seusai Asril menjawab panggilan itu, dia terus memapah Zak menaiki tangga dan menuju ke biliknya di tingkat atas kerana tidak sampai hati untuk membiarkan sahabatnya itu tidur berseorangan di ruang tamu. Setibanya di tingkat atas, bau harum mewangi terus menerpa hidung Zak.

"Ish, bau apa ni? Kuat betul perfume Asril letak kat tingkat atas. Bau wangi semacam pulak tu." Zak bermonolog dalam hati.

Zak hanya mengabaikan bauan itu kerana dia beranggapan gangguan yang dialami olehnya sejak tadi adalah mungkin disebabkan dirinya yang tidak sihat.

"Orang kata kalau kena demam panas ni macam macam boleh dengar, rasa dan tengok." Dalam hati.

Ada dua bilik di tingkat atas saling bersebelahan.

"Ril, biarlah aku tidur di bilik sebelah tu, aku tak nak JAIS datang serbu kita pastu cop kita pasangan gay. Hahaha" Kata Zak berseloroh.

Sepantas kilat Asril menjawab..

"Eh, tak boleh la. Bilik tu dah jadi stor. Tengok, aku dah mangga pintu tu. Tidur je lah bilik aku, tak payah nak kekwat sangat."

Asril terus memapah Zak masuk ke bilik yang terbuka sedikit dan disinari cahaya lampu pendarflour itu lalu membaringkan Zak di atas katil sekaligus me'landing'kan badannya. Dibiarkan saja pintu tidak bertutup dan aircond yang terpasang. Zak terus saja tidur tanpa sebarang gangguan.

Manakala, Asril hanya tidur tidur ayam kerana penyakit yang dialaminya sejak beberapa hari lalu telah mengganggu tidurnya.
_______ ... ________ ... __________

Telefon bimbit Zak berbunyi pada pukul 2.30 pagi sekaligus menyebabkan tidurnya terganggu. Zak merasa tekaknya kering dan haus, dia cuba membuka mata perlahan lahan dan melihat botol air di atas meja kecil di sebelah kanannya, kecewa kerana botol itu kosong. Zak menoleh ke kanan untuk meminta bantuan Asril mengambilkan air minuman untuknya tetapi tiada sesiapa pun disebelahnya. Zak cuba bangun dengan perlahan lahan ingin menuju ke dapur. Seusai keluar dari bilik itu, Zak terhidu bau busuk yang teramat sangat daripada bilik yang bermangga tadi, namun kali ini pintu tersebut terbuka sedikit.

"Ish, bau busuk apa ni. Tadi bau wangi ala ala minyak wangi Aaron Aziz, sekarang bau busuk macam bau bangkai mayat yang selalu aku hadap tu. Arghhh!"

Zak cuba menahan bau yang amat busuk meloyakan tekaknya, hampir termuntah Zak. Tiba-tiba telinga nya menangkap suara dengusan dari bilik itu.

"Ahhh, hushhhh, Ahhh hushhhh."

BANGKAIWhere stories live. Discover now