Bab 2

753 29 0
                                    

Tika matahari menyingsing, Asril terjaga dek bunyi Ringtone telefon pintarnya, Asril bergerak perlahan malas untuk mengangkatnya, nama 'Boss' tertera di skrin telefon pintarnya.

Tanpa berlengah, Asril terus mengangkat telefon bimbitnya "ya, baik boss! Saya akan bergerak ke sana sekarang."

Asril terus bangkit dan menuju ke bilik air untuk mandi dan terus keluar dari bilik setelah bersiap dengan baju padini dan jeans levi's. Langkahnya terhenti seketika memandang pintu di sebelah biliknya dan terus berangkat ke lokasi yang diberitahu oleh supervisornya melalui aplikasi Whatsapp.
________________

Seusai mempakir kereta, wartawan lain sudah mula berkerumun di hadapan bilik mayat Hospital Tanjung Keramat. Tanpa melengahkan masa, Asril terus mendapatkan Inspektor Zakrul yang merupakan kenalannya. Asril sempat bertanya keadaan sebenar yang berlaku di sini tetapi maklumat yang diperolehi amat sedikit dan Asril tidak sempat mengetahui nama dan perihal lain.

Asril duduk di kerusi yang tertulis 'HAK KERAJAAN' dan bermonolog sendiri, "adakah sayangku sudah bangun dari tidur, tidak puasa rasanya bersenggama malam tadi,".

Lamunannya terhenti apabila terdengar suara Zakwan memanggil-manggil namanya.

"Apa kau buat kat sini geng?" tanya Zakwan setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Asril.

"Kerja aku kan memang tak lari dari kes macamni. Haaa? Kau ada info ke pasal apa jadi kat sini? Aku tak sempat interview Inspektor yang in-charge tadi" balas wartawan Jenayah itu.

"Kau ingat lagi apa yang aku cerita semalam? Diana, Ratu Cantik yang mati dibunuh kelmarin? Mayat Diana dilaporkan hilang dari bilik mayat hospital ni, ada petugas buat laporan polis lepas dia sedar pintu bilik mayat kena kopak and dia pergi check mayat yang ada kat dalam peti sejuk tu satu persatu, pastu dia sedar satu mayat hilang." Penjelasan Zakwan dengan muka yang serious tetapi selamba.

Dahi Asril berkeringat, tiba-tiba dia berasa pening kepala yang teramat sangat tetapi Asril cuba mengabaikannya. "Aku rasa mayat tu diculik orang gila , yalah, muka lawa badan sedap siapa taknak kan?" Sambung Zakwan berseloroh. Perbualan ini tamat setelah rakan sekerja Zakwan memanggilnya untuk bergegas pulang.

Asril mengetap bibir sambil bermonolog sendiri "ya, badan sedap macam Diana aku". Terimbau kembali saat Asril bersama dengan Diana dia atas ranjang, diusap rambut Diana, dikucup leher Diana dan lamunannya terhenti setelah kehadiran Inspektor Zakrul untuk memberi penjelasan kepada wartawan. Asril bangkit dan menghulurkan telefon pintarnya untuk merakam penjelasan daripada Inspektor.

Selepas selesai sesi penjelasan, Asril pulang ke pejabat untuk menyampaikan maklumat tentang situasi yang berlaku di bilik mayat. Petang menjengah, Asril yang tidak sabar untuk menemui kekasih hatinya bergegas menuju ke kereta proton Saga nya. Situasi ini sempat disaksikan Zakwan, "Huh, kemana dia nak pergi, terburu buru semacam je."
________________

Setibanya Asril di perkarangan rumah Diana, dia berasa aneh apabila melihat satu lingkaran kuning hitam yang mengelilingi rumah Diana bertulis 'Awas, Garisan Polis!'.

"Kenapa dengan rumah ni? Ada yang tak kena ke? Hmm."

Diserunya nama Diana berulang kali, tapi tidak bersahut. Situasi ni menimbulkan satu prasangka hebat dalam diri Asril, "Ini bukan rumah Diana, aku silap rumah," Ayat ini yang terpacul keluar dari mulut Asril. Tanpa berlama lama di sana, Asril terus pergi dan pulang ke rumahnya.
_________________

Seusai makan malam, Asril duduk di ruang tamu sambil menonton buletin utama, kejadian siang tadi disiarkan dalam berita Tv3. Asril meneliti dan cuba berfikir apa sebenarnya yang berlaku dan siapakah dalang yang menyebabkan perkara ini berlaku, adakah orang yang sama membunuh mangsa atau orang gila seperti yang diperkatakan oleh Zakwan.

Setelah hampir satu jam menonton, Asril menutup televisyen dan masuk ke bilik tidur, tetapi langkahnya terhenti apabila terbau wangian harum dari bilik sebelahnya, namun begitu bilik itu berkunci. Asril mengabaikan dan cuba melelapkan mata nya di atas ranjang. Apabila mata-nya hampir terlelap, tiba-tiba Asril berasa pening kepala yang teramat sangat, terdengar olehnya suara Diana.

"Abang Asril, sini lah sayang." suara itu kedengaran jelas di lohong telinganya menusuk ke dada. Semasa dia cuba bangun dari katil, Asril rebah dan tidak sedarkan diri.

BANGKAIWhere stories live. Discover now