Bab 12

365 11 3
                                    

XXXXX

"Padan dengan muka kau Asril, baru puas hati aku! Hahahahahahahaha." Gelak tawa seorang wanita berambut panjang memenuhi ruangan bilik kecil itu.

Diana segera melompat ke atas badan Asril yang penuh dengan darah haiwan yang disiramnya beberapa jam yang lalu. Bau hanyir darah yang agak memualkan itu tidak mempengaruhi Diana sedikit pun. Asril yang pengsan setelah disuntik dengan sejenis ubat tetap juga tidak sedarkan diri. Kaki dan tangan Asril diikat di atas katil di sebelah kanan dan kiri menyebabkannya tidak boleh bergerak.

Seusai itu, Diana mengeluarkan pisau lipat dari koceknya dan segera menghunuskan pisau itu terus ke badan asril. Namun tingkah Diana terhenti sebelum pisau lipat yang tajam itu menembusi tubuh badan Asril.

"Aku nak kau terseksa sebelum kau mati, aku nak buat kau malu macam kau malukan adik aku, adik aku terseksa sebab kau sial!" Pekik Diana Athirah.

Baju t-shirt Asril yang dipenuhi darah itu dikoyakkan menggunakan pisau lipat tadi. Seusai itu, Diana menanggalkan baju Asril dari tubuhnya menampakkan badan Asril yang sedikit kekar dan berotot. Diana segera keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik air untuk membasuh tangannya dari percikan darah darah hanyir. Sebelum itu dia sempat mengeluarkan telefon bimbitnya dan menangkap beberapa gambar Asril yang dipenuhi dengan darah itu.

"Aku nak upload dekat instagram, biar kau malu. Nak letak caption apa eh? Hahahahahahahahaha." Diana berkata sendirian.

Tekaknya haus selepas mengerjakan Asril sejak tengahari tadi. Segera dicapai sebotol minuman sejuk dari peti ais dan diteguknya begitu saja.

_________________________________________

INSPEKTOR SYAFIQ

Seusai bersarapan, Ins Syafiq cepat cepat menyarungkan kasut. Lalu bergegas pergi meninggalkan rumahnya. Tidak lama selepas keluar dari lorong rumah, otaknya ligat berfikir tentang peristiwa yang berlaku kepada Diana. Mahu atau tidak, dia perlu menyiasat wartawan yang bernama Asril itu. Perasaan syak wasangka yang terbit dari lubuk hatinya menambahkan lagi firasat buruk yang berlaku terhadap bekas kekasihnya itu. Tidak lama kemudian, Ins Syafiq memasuki sebuah kawasan perumahan standard yang didiami oleh orang orang biasa. Bukan susah untuk Ins Syafiq mendapatkan alamat rumah Asril.

_________________________________________

ZAKWAN

"Sayang, I yakin ada benda tak kena jadi dekat Asril."

"You ni always negative thinking, you relaks jelah. I yakin dia takda pape, bak sini phone you. I'll try to call him again."

"Hmmm. Nah!"

Zakwan mendengus, dia amat risau tentang sahabatnya berikutan keadaan Asril yang tidak begitu meyakinkan itu. Zakwan menekan pedal minyak dengan sepenuh hati, dia ingin segera sampai ke rumah Asril untuk memeriksa keadaannya.

_________________________________________

INSPEKTOR SYAFIQ

Ins Syafiq tiba di depan rumah Asril, pagar rumahnya terbuka luas. Segera beliau mengetuk pintu rumah dan memanggil Asril, namun tiada jawapan yang diterima. Sebagai seorang pegawai polis, beliau segera memasuki rumah Asril yang tidak berkunci itu. Ins Syafiq memeriksa tingkat bawah rumah Asril dan memanggil nama Asril, namun hasilnya tetap sama. Tiada jawapan yang diterima daripada Ins Syafiq. Beliau naik ke tingkat atas dan memeriksa bilik yang berdekatan dengan tangga. Kosong. Daripada mula Ins Syafiq menaiki tangga, beliau sudah mula menghidu bau busuk yang tidak menyenangkan itu. Namun, beliau amat terkejut apabila memeriksa bilik kedua yang bersebelahan dengan bilik Asril. Jijik dan amat meloyakan, kondom bertaburan dan katil yang kotor dengan kesan tompok tompok merah dan kuning. Sambil menekup hidungnya, Ins Syafiq segera keluar dari bilik itu. Beliau cepat cepat mendail anggota forensik untuk datang ke rumah Asril.

_________________________________________

ZAKWAN

"You nampak tak kereta and trak polis dekat depan rumah Asril tu?" Tanya Zakwan.

"Eh, ha ah la. What the f*ck that they doing there? Entah entah Asril dah ..." Jawab Sarah.

"Better you shut the f*ck up Sarah, nothing gonna happen to Asril. Just shut up!" Bentak Zakwan.

Segera Zakwan keluar dari kereta dan meluru masuk dalam pagar rumah Asril. Namun dia terkejut apabila melihat sekujur tubuh yang telah dibungkus dengan plastik hitam diusung masuk ke dalam trak polis. Zakwan berjumpa dengan Ins Syafiq yang sedang berbincang dengan ahli forensik.

"Inspektor, mayat siapa tu? Mayat Asril ke?" Dengan nada yang sedikit terkejut.

"Maaf, kamu siapa ya?" Jawab Ins Syafiq dengan tenang.

"Saya.. saya kawan Asril. Inspektor tolong jawab pertanyaan saya, mayat siapa tadi tu? Asril?" Balas Zakwan sedikit terdesak.

"Bukan, itu mayat diana yang hilang sejak beberapa bulan yang lalu. Mayatnya dijumpai di dalam timbusan tanah di kolam ikan yang terbiar itu. Saya tidak menjumpai Asril, boleh encik ikut saya ke balai? Untuk siasatan lanjut dan berkaitan Asril, rakan awak." Minta Ins Syafiq

"Boleh tuan." Balas Zakwan.

__________________XXX__________________

Berita penemuan mayat Diana atau nama penuhnya Diana Syahirah atau lebih dikenali dengan model cantik telah tersebar luas. Malahan, berita itu menjadi muka depan setiap akhbar dan viral di laman sosial. Tidak kurang juga berita berita palsu yang disebarkan oleh pakar pakar yang tidak bertauliah di laman facebook dan blog.

"DIANA SYAHIRAH KINI DITEMUI"

"BANGKAI DIANA DITEMUI DALAM KEADAAN TIDAK SENONOH"

"MODEL CANTIK MENJADI MANGSA KERAKUSAN MANUSIA"

"BALASAN TUHAN KEPADA SI MODEL"

Bermacam macam tajuk digunakan oleh media untuk menarik perhatian netizen. Namun, kes ini masih tidak selesai kerana suspek utama masih tidak dijumpai walaupun sudah seminggu berita kehilangannya disebarkan di surat khabar dan televisyen. Asril merupakan suspek utama pembunuhan, penculikan dan perlakuan tidak waras ke atas mayat Diana.

_________________________________________

XXXXX

"Asril, polis tengah cari kau tu. Kau nak pergi tak? Ke kau nak teman aku kat sini?" Tanya Diana sambil menonton berita tentang pemburuan polis terhadap Asril di televisyen.

"Aku tak salah, aku tak bunuh Diana. Aku tak bunuh dia!!!" Jawab Asril dengan nada yang agak keras.

"Kau tak bunuh dia ya, kau ingat aku tak tahu kau bunuh dia! kau rogol dia! Tak cukup dengan tu kau culik mayat dia! Manusia jenis apa kau ni Asril!" Balas Diana Athirah dengan nada yang agak marah.

Diana bingkas bangun dan menyepak sekuatnya kepala Asril yang agak lemah di atas katil itu. Segera dia mengambil sebotol kecik asid dan dicurahkan ke atas tubuh Asril. Asril menjerit kesakitan. Dia tidak mampu menahan penyeksaan yang dilakukan oleh Diana Athirah kepadanya.

"Arggggggggghhhhhhh!!! Aku tak salah. Tolong, aku tak salah." Rayu Asril.

"Pergi mampus dengan kau! Aku tahu apa yang aku nampak Asril! Kau yang buat! Aku tahu kau yang buat!" Bentak Diana.

Asril pengsan kerana tidak mampu menahan kesakitan itu. Diana segera keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur, dicapainya pizza di atas meja itu dan menjamahnya.

"Nana, kau nak? Aku tahu kau lapar. Aku pun lapar. Kau sabar eh, nanti kita seksa lagi si Asril yang tak guna tu. Tak cukup lagi kan. Hahahahahaha!" Kata Diana Athirah sambil menghadap kerusi kosong di hadapannya.

BANGKAIWhere stories live. Discover now