Bab 9

440 18 0
                                    

ASRIL

Pukul 7 pagi, Asril bangun dari tidur seperti biasa dia akan mencuci muka dan menggosok gigi. Rutin hariannya yang satu ini menunjukkan kehidupan Asril yang berdisiplin. Hari ini hari sabtu, off day Asril. penyakitnya yang sering pening pening kebelakangan ni tidak juga hilang walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik. Dia juga berasa cepat letih apabila bangun dari tidur.

Perlahan Asril menuruni tangga untuk ke tingkat bawah, dia membuka siaran televisyen dan segera ke dapur untuk bersarapan. Diambilnya sebuku roti beserta jem strawberi dan air susu segar dari peti sejuknya. Asril menikmati sarapannya yang simple sambil menonton siaran TV3 yang membosankan. Asril membelek telefon bimbitnya dan mendail number Zakwan. Tak lama kemudian, panggilannya dijawab.

"Hello bro, awat call aku pepagi buta ni?"

"Hello Zak, aku nak ajak kau keluar lepak minum minum. Aku ada benda nak cerita kat kau lah."

"Oh. Yeke? Okay. Boleh je bro. Aku pun off day harini. Tapi, macam serious je bunyi kau ni. Kau sihat ke tidak?"

"Aku sihat tapi sejak kebelakangan ni aku rasa pelik sikit dengan perangai aku, fizikal aku. Nanti aku cerita. Jumpa kat Starbucks SCM dalam pukul 12."

"Pelik? Okay okay. See u there bro."

Panggilan terus dimatikan. Asril melayan siaran pagi di tv3 yang agak membosankan itu dengan hati terbuka. Sesekali otaknya ligat berfikir apakah punca yang menyebabkan perkara pelik berlaku dalam hidupnya sekarang.

"Kenapa dengan aku ni, macam macam benda pelik jadi kat aku sejak kebelakangan ni. Mimpi malam tadi pun pelik. Aku harap aku tak gila." Asril bermonolog sendirian.
________________________________________

ZAKWAN

Seusai menamatkan panggilan dengan Asril, Zakwan segera bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi untuk menyegarkan badannya. Semasa sedang mandi, minda Zak juga tidak keruan. Beribu persoalan terpacul keluar dari fikirannya.

"Dia kata dia rasa pelik? Aku lagi pelik dengan perangai dia. Tambah lagi dengan rumah puaka dia tu. Macam ada yang tak kena. Apa lah jadi dekat kawan aku tu. Jangan gila sudah." Zak berkata sendirian.

Seusai menyegarkan badan, Zak turun segera ke dapur untuk bersarapan. Menu sarapan hari ini adalah nasi goreng kampung. Gaya hidup Asril dan Zakwan agak berbeza kerana Zak merupakan anak orang kaya yang disajikan rumah beserta orang gaji dan kereta oleh ibu bapanya. Jadi, segala nya mudah untuk Zak. Setelah bersarapan, Zak akan duduk di ruang tamu dan membelek telefonnya untuk memeriksa notification. Satu mesej dari number yang tidak dikenali menarik perhatiannya. Mesej itu diterima olehnya pada pukul 3.30 pagi. Zak membuka segera mesej itu dengan perasaan yang dipenuhi tanda tanya.

"ZAKWAN!!! KAU KAWAN DENGAN PEMBUNUH!!!"

Zak sedikit terkejut dengan mesej itu, pelik dan berbaur ancaman. Otaknya berfungsi dengan baik ketika itu, laju saja menghasilkan andaian andaian yang menyebabkan hatinya tidak tenang. Zak tergerak untuk membalas mesej tersebut. Namun setelah 15 minit menunggu, tiada balasan yang diterima. Zak mengambil inisiatif untuk mendail number tersebut. Namun, dia berasa hampa kerana mesejnya disambut oleh voicemail. Zak masih tidak tenang dengan mesej yang diterimanya tadi. Mujur sikap positif yang ada dalam dirinya mampu mengawal perasaan negatif itu. Zak hanya ingin melupakan isi kandungan mesej itu, tetapi sebagai langkah berjaga jaga. Dia tidak akan delete mesej tersebut.
_________________________________________

ASRIL

Jam menunjukkan pukul 11 pagi, Asril bergegas ke tingkat atas dan menyelesaikan urusannya di bilik mandi. Setelah itu, cepat cepat dia keluar dari rumah dan masuk dalam kereta. Langkahnya terhenti apabila melihat ruangan di hadapan rumahnya yang dulunya merupakan kolam ikan terbiar tetapi telah ditimbus dengan tanah.

BANGKAIWhere stories live. Discover now