Bab 11

505 19 9
                                    

INSPEKTOR SYAFIQ

Mimpi yang dialaminya tiga hari lepas memberi petunjuk kepada Ins. Syafiq. Ins. Syafiq tekad akan menyelesaikan kes ini dalam beberapa minggu.

Selepas bersarapan di rumah, Ins. Syafiq bergegas pergi menaiki kereta Honda Civic hitamnya ke suatu lokasi. Selepas memarkir kereta agak jauh dari rumah tersebut, segera dia keluar dan memanjat pagar rumah itu. Ins. Syafiq masuk perlahan lahan ke dalam rumah dan menuju ke tingkat atas ke dalam sebuah bilik yang tentunya milik seseorang yang dikasihinya dulu. Ins. Syafiq melihat suasana dalam mimpinya sama seperti yang sedang dilihatnya sekarang. Kedudukan tilam yang tidak berubah seinci pun serta keadaan bilik yang 99% persis dalam mimpi. Ins. Syafiq segera mengangkat tilam untuk memeriksa di bawah katil. Seperti yang dijangka, dia melihat sesuatu yang disorokkan oleh Diana di bawah katilnya. Satu buku nota kecik berkulit tebal seakan akan buku diari elok tersimpan di situ. Seusai Ins. Syafiq mendapatkan buku nota itu, dia ingin segera keluar dari bilik. Tetapi, langkahnya terhenti sejurus melihat sebuah album foto di bawah meja solek di hadapan katil Diana, cepat cepat Ins. Syafiq mengambil dan membawanya bersama. Satu ucapan spontan terkeluar dari mulutnya ketika ingin melangkah keluar dari bilik diingiri perasaan sedih dan terkilan.

"Diana, maafkan abang sebab tak mampu selamatkan Diana. Maafkan abang." Kata Ins. Syafiq perlahan.

_________________________________________

ZAKWAN

Zakwan perlahan lahan keluar dari kereta ditemani oleh Sarah, sebuah rumah agam besar milik sepupunya itu tersergam indah di satu kawasan perbukitan.

"Sayang, jom!"

"Okay."

Seusai Zakwan mengetuk pintu rumah beberapa kali, tidak lama kemudian pintu rumah itu dibuka oleh seorang makcik berumur 50-an yang berbaju kurung putih bercorakkan bunga bunga kecil.

"Wah, mas Wawan. Sudah lama tidak main ke mari? Masuk masuk."

"Hi mbok, busy kerja. Erik ada tak? Saya nak jumpa dia."

"Ada di atas, nanti mbok panggilkan ya. Duduk dulu di sana."

"Baik mbok!"

Orang gaji Erik amat mengenali Zakwan kerana Zakwan pernah tinggal bersama Erik pada suatu ketika dahulu. Mbok sangat setia bekerja dengan Erik walaupun Erik seorang yang panas baran dan sering membawa perempuan masuk ke rumahnya dalam keadaan memabukkan.

Zakwan mengajak Sarah untuk duduk di atas sofa empuk di hadapan televisyen yang besar itu.

"Wawan, besar jugak eh rumah cousin you ni. Class sangat!"

"Ish you ni dear, mbok je panggil saya dengan nama tu. Well, family Erik jutawan. Sejak kecil dia dapat semua ni. Tambah lagi, dia ada kerja yang stabil."

"Hmm, patutlah. I nak usyar dia lah. Kot kot dapat jadi anak jutawan kan. Boleh sayang?"

"Haa cuba lah, nanti lepas kena tebuk jangan cari I ya."

Perbualan mereka terhenti apabila disapa oleh Erik. Erik yang memakai baju t-shirt berkolar polo dan seluar jeans hitam tetap segak dengan kulitnya yang putih mulus. Mata Sarah tidak berkedip fokus memandang Erik dalam dalam.

"Hi Wan, lama tak datang sini." Erik menegur.

"Sorry lah Erik, busy sikit kerja. Aku datang pun ada hal penting. Nasib kau ada." Zakwan membalas.

"Aku ambik cuti seminggu ni, relaks kan kepala otak dari melayan orang gila. Eh, perempuan ni siapa? Awek kau eh." Tanya Erik.

"Yup bro, dia awek aku. Haha." Balas Zakwan sambil ketawa kecil.

BANGKAIWhere stories live. Discover now