Bab 8

442 17 5
                                    

Sudah hampir sebulan berlalu selepas kejadian kehilangan jasad Diana. Inspektor Syafiq buntu, dia masih tidak menemui apa apa jalan penyelesaian tentang kes ini. Walaupun beberapa orang suspek telah direman di penjara, namun penyiasatan tetap menemui jalan mati. Suspek yang direman adalah orang yang mempunyai hubung kait dengan Diana dan yang telah berhubung dengan Diana sebelum kejadian pembunuhan itu. Seramai enam orang lelaki dan seorang wanita pernah dijadikan suspek utama yang melakukan pembunuhan dan penculikan ke atas mayat Diana. Namun, tiada bukti yang kukuh dan motif pembunuhan yang jelas. Ins. Syafiq pernah mereman seorang model wanita yang menunjukkan motif yang jelas setelah wanita itu memuat naik gambar di Instagram dengan kapsyen.

"Alhamdulillah, kau pergi jua. Kini tiada yang perlu bersaing dengan aku. #ModelForever #AkuJuara"

Laman instagram wanita ini yang bernama Alisya Narita dicemuh oleh masyarakat dan beberapa pengguna laman sosial seperti Amran Fans, Oh Bulan dan Santai&Sampah pernah men-screenshot dan mem-viralkannya. Tindakan itu telah menyebabkan ribuan rakyat Malaysia tidak senang duduk. Pihak polis menerima banyak laporan tentang pengguna laman sosial instagram itu.

Ins. Syafiq menduga bahawa kes kejam itu akan tamat dengan kemunculan Alissa Narita itu. Namun hampa, wanita itu direman beberapa hari, namun pihak polis tidak menjumpai apa apa bukti yang berkait dengan pembunuhan dan kehilangan jasad Diana kerana Alissa Narita mendakwa dirinya tidak berada di Malaysia atas urusan kerja.

_________________ XX ___________________

"Aku still tak puas hati, sepatutnya kes ni dah lama selesai. Siapa yang ada motif untuk bunuh dia? Siapa?" bisik Ins. Syafiq.

Lamunannnya terhenti setelah di tegur oleh isterinya, Maisara.

"Abang, hari ni kan cuti. Buatpa duk fikir pasal kerja. Ni ayang tau abg fikir pasal apa, Mesti pasal bekas tunang abang tu kan. Arwah Diana." Tegur Maisara sambil memuncungkan bibir.

"Hmm, yang. Abang kena fikir jugak benda ni. Dah lebih sebulan tak settle jugak, apa orang kat luar kata nanti. Abang yang handle kes ni, hmm. Abang terfikir siapa yang buat perkara ni kat Diana. Tapi yang, ni bukan sebab abang masih sayang kat dia tau. Ni sebab tugas abang yang lead kes ni." Jawab Ins. Syafiq dengan jelas.

Ins. Syafiq merupakan bekas tunangan Diana, namun hubungan mereka tidak bertahan lama kerana ibu bapa Syafiq tidak gemar akan pekerjaan Diana setelah mengetahuinya. Selepas sebulan pertunangan mereka putus, Ins. Syafiq dijodohkan dengan Maisara seorang cikgu sekolah menengah di kampung ibu bapanya. Secara literalnya, ins. Syafiq masih tidak rela dengan keputusan ibu bapanya yang memutuskan pertunangannya bersama Diana. Baginya, Diana seorang gadis yang baik dan tidak pernah menduakannya. Lama kelamaan, Ins. Syafiq akur dan reda atas segala yang berlaku. Tetapi ada sesuatu yang perlu diselesaikan olehnya.

"Aku mesti dapat cari siapa yang bunuh Diana. Aku pasti."

Kata kata ini sering bermain di fikiran Ins. Syafiq. Hal ini kerana dia pernah berjanji akan menjaga dan tidak akan membenarkan sesiapa mencederakan Diana seumur hidupnya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Diana sudah mati. Dan satu perkara sahaja yang boleh dilakukan oleh Ins. Syafiq iaitu mencari pembunuh Diana sampai ke lubang cacing.

__________________XX _________________

Ins. Syafiq bertegas untuk menyebarkan sepenuhnya tentang kronologi pembunuhan dan kehilangan jasad Diana di media massa dan akhbar. Saksi saksi kejadian juga ditegaskan untuk membuat laporan polis di balai polis berdekatan mereka.

Selepas beberapa jam berita itu disebarkan, pihak polis banyak menerima panggilan tentang keterangan beberapa saksi, tidak kurang juga panggilan palsu dari pihak tidak bertanggungjawab. Keterangan saksi itu direkod untuk memudahkan penyiasatan.

_________________ XX __________________

Ins. Syafiq bergegas ke parkir kereta untuk pulang ke rumah. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Seusai Ins. Syafiq masuk dalam kereta, dia terbau wangian yang tidak asing baginya pada satu masa dahulu. Wangian rose yang digunakan oleh Diana semasa mereka bersama dahulu. Ins. Syafiq terkedu dan termenung, teringat akan kisah silamnya bersama Diana.

Setahun yang lalu . . .
"Sayang, lambatnya you ni. I dah lama tunggu you dekat bawah ni. Tak takut ke I diculik orang." Omel Syafiq.

"Alo hubby, sorry sesangat. I bersiap tadi lama sebab nak cantik cantik sikit malam ni kan first date kita. By the way, takda siapa yang berani nak culik kekasih hati I ni. Tengok pistol dekat bawah peha you tu. Silap silap kena tembak orang tu. Haha." jawab Diana dengan nada bergurau.

"Hm takpa lah. I okay je, you nampak cantik malam ni. Lebih cantik daripada cover majalah model tu. Hihi. Lagi satu, perfume apa you pakai eh? Wangi sangat. Jatuh cinta kat you. Hihihi." Syafiq balas dengan nada ketawa.

"Rose. Wangi eh? Nanti I pakai perfume ni sampai bila bila. Untuk you." Sambung Diana.

Ins. Syafiq tersentak dari ingatan masa lalu, wangian tadi semakin kuat menusuk dalam hidung. Lekas lekas dia membuka tingkap untuk menghilangkan bauan itu. Walaupun perasaanya sedikit gusar dan terkejut, dia tetap bertindak tenang. Ins. Syafiq memandu keretanya keluar dari kawasan parkir kereta. Jam menunjukkan pukul 7.15 petang, Ins. Syafiq memandu dengan agak perlahan kerana leka dengan ingatan masa lalu itu. Fikirannya bertukar sedih dan hampa. Sedang asyik termenung, tiba-tiba keretanya dihon oleh kereta belakang. Dengan pantas Ins. Syafiq memandang ke cermin pandang belakang. Dia terkejut kerana melihat seorang wanita berambut pendek dengan wajah yang amat dikenalinya itu sedang duduk di tempat duduk belakang keretanya. Wanita itu adalah Diana. Diana yang sedang menangis mengeluarkan air mata darah.

"Astaghfirullah al Adzim." Ins. Syafiq mengucap panjang.

Ins. Syafiq memandang semula ke hadapan dan memarkir kereta di lorong kecemasan. Dia menoleh ke tempat duduk belakang, kosong. Diana tadi tidak berada di situ. Satu suara tiba tiba menyeru namanya dengan nada sedih.

"Abang, tolong saya. Tolong." Ins. Syafiq yakin suara ini milik Diana.

Ins. Syafiq menekup mukanya dan beristighfar. Peluh di dahinya diseka dan dilap. Setelah jiwanya tenang, dia memandu kereta semula dan terus pulang ke rumah.

Seusai sampai di rumah, Maisara menegur wajah suaminya yang tampak letih dan ketakutan. Maisara tidak sempat bertanyakan apa apa kerana Syafiq segera masuk dalam bilik dengan kadar segera.

"Kenapa dengan suami aku ni? Hmpph!" Bebel Maisara.

_________________ XX __________________

Ins. Syafiq masuk ke bilik air untuk membersihkan diri dan selepas itu dia menunaikan solat maghrib. Seusai itu, dia merebahkan tubuhnya di atas sofa di tingkat atas. Ins. Syafiq memikirkan tentang peristiwa yang berlaku tadi. Walaupun agak seram dan di luar batas realiti, dia yakin bahawa Diana sedang meminta pertolongan darinya. Sambil melayan kantuknya, Ins. Syafiq terus melelapkan mata.

Dia hanya tersedar dari tidur setelah dikejutkan oleh Maisara untuk makan malam. Namun begitu, peluh yang membasahi bajunya tadi jelas menunjukkan Ins. Syafiq tersedar dari mimpi ngeri.

"Abang? Kenapa ni? Basah baju dek peluh. Abg mimpi apa ni? Bangunlah. Tukar baju dan turun makan." Tegur Maisara.

"Ya sayang. Abang mimpi aneh pasal Diana. Jap lagi abang turun ya." Jawab Syafiq dengan raut wajah muka yang gelisah.

"Sudah tu abang, pergi tukar baju. Mai nak hidangkan makanan dulu." Sambung Maisara.

Ins. Syafiq terus bangun dan masuk ke bilik untuk menggantikan bajunya yang basah dek peluh itu.

"Ya Allah, adakah ini petunjuk tentang pembunuhan Diana. Berilah petunjuk kepada ku. Aku akan selesaikan kes ini dengan segera. InsyaAllah." Inspektor Syafiq bermonolog sendiri.

BANGKAIWhere stories live. Discover now