Bab 14

107 2 0
                                    

Diana tahu Asril sedang memerhatikannya sejak dari tadi lagi, dia hanya menunggu waktu untuk Asril bertindak.

"Siap kau Diana! Aku bunuh kau sundal!" Jerit Asril.

"Ada hati nak serang hendap aku si lembik ni." Diana berbisik sendiri.

Langkah Asril terhenti setelah melihat Diana bangun memegang sepucuk pistol yang dihalakan kepadanya.

"Lembap la kau ni Asril, nak bunuh aku macam kau bunuh adik aku? Jangan mimpi bodoh!" Bentak Diana.

Tembakan dilepaskan oleh Diana terus terkena tepat di sasaran, Asril mengerang kesakitan. Terpelusuk jatuh menahan kesakitan sambil memegang tempat yang terkena peluru itu. Darah terus mengalir sederas derasnya dari kaki yang ditembusi peluru itu.

"Arghhhhh, kurang ajar kau betina sundal." Jerit Asril.

"Kau lembap la sayang, sangat lembap. Hahahahahaha..!!!" Balas Diana.

Diana segera mendekati Asril yang sedang menahan kesakitan itu, langkah demi langkah semakin rapat jarak Diana dan Asril. Diana tidak sedar yang Asril masih memegang sebilah pisau yang ditinggalkan Diana berdekatan dengannya.

Cubaan Asril untuk menikam Diana gagal, Diana lebih pantas dari apa yang difikirkan oleh Asril. Pisau itu tercampak jauh selepas ditendang oleh Diana.

"Kau ni bodoh la Asril, aku tak lembik macam kau." Bentak Diana dengan nada yang agak tinggi.

Cepat-cepat Diana menyepak kepala Asril sehinggakan Asril terpelanting jauh ke hujung bilik. Pistol yang berada di tangannya segera diacukan tepat ke arah kepala Asril. Namun, tidak sempat Diana membidik pistolnya, satu bisikan terdengar dengan jelas di telinga kirinya.

"Tira, jangan Tira. Masanya belum tiba lagi, kita kan nak tengok dia terseksa macam mana dia seksa aku dulu. Dia tak cukup terseksa lagi."

Diana menurunkan pistolnya perlahan-lahan seraya berkata,

"Asril, dont worry baby. I will not kill you, masanya belum sampai lagi."

------------------------

15 tahun dulu.

"Nana, kenapa nana biar je budak tu ambik bekas pensil nana? Tengok. Apa kita nak jawab dekat ibu nanti."

"Maaflah tira, Nana takutlah. Dia suka kacau Nana, dia kan anak cikgu disiplin kat sekolah. Kalau kita melawan, nanti kita jugak yang salah."

Nana dan Tira jalan bermimpin tangan seusai pulang dari sekolah sambil bernyanyi dengan penuh riang.

Sampai saja di rumah, terlihat abah sedang duduk bersandar di kerusi malas sambil menghirup asap dari rokok jenama winston nya itu.

Raut wajah Nana dan Tira terus berubah, seakan melihat seekor harimau yang sedang lena tidur.

"Assalamualaikum ummi, Nana ngan Tira da balik ni."

"Ummi kau takda, dia pergi bayar hutang. Korang masuk cepat. Masak untuk aku." Jawab Abah.

Nana dan Tira cepat cepat masuk ke dalam rumah terus ke dalam bilik. Tira ingat pesan ibu malam kelmarin.

"Kalau abah ada datang, cepat masuk bilik. Kunci pintu ya. Kalau ibu balik, baru tira ngan nana keluar ya." Pesan ibu.

BANGKAIWhere stories live. Discover now