Bab 10

470 17 0
                                    

"Diana? Itu diana kan?"

Asril menoleh ke belakang, wanita yang menyerupai Diana itu sudah hilang dari pandangan.

"Perasaan aku je kot." Asril bermonolog sendirian.

Asril meneruskan langkahnya menuju ke parkir kereta. Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Seusai masuk dalam kereta, dia ternampak sekeping sampul surat diselitkan di cermin hadapan keretanya. Sampul surat yang berwarna coklat itu jelas tertulis nama ASRIL yang berwarna merah. Asril menyimpan sampul surat itu kemas kemas di sisinya. Dia merasakan masa itu tidak sesuai untuk menyelongkar apa yang ada di dalam sampul surat tersebut. Asril bergegas pulang ke rumah.

_________________________________________
XXXXX

"Kau masih tak kenal aku siapa, kau bunuh dia. Kau memang cari nahas dengan aku Asril." Seorang wanita bercakap sendirian sambil menuju ke toilet.

Seusai wanita itu melepaskan hajat, dia membelek dan memperkemas make up diwajahnya seperti yang dilakukan oleh wanita zaman millenia ini. Selepas itu, dia mengeluarkan sekeping gambar dari handbagnya.

"Muka kita sama, tapi nasib kita tak sama. Aku pasti akan balas segala apa yang jadi dekat kau, Nana. Aku pasti akan balas!" Getus wanita itu dengan nada marah.

Dia segera keluar dari toilet dan menuju ke restaurant berdekatan. Perutnya yang berkeroncong sejak tadi minta diisi. Wanita itu memilih Restaurant Johnnys, cepat cepat dia bergerak merentasi lautan manusia yang berkerumun di hadapan kedai makan berdekatan Johnnys.

Seusai membuat pesanan, dia menanggalkan kaca mata hitamnya yang berjenama RayBan dan meletakkan di atas meja. Keadaan restaurant yang tidak sesak ketika itu amat selesa baginya, dia bebas seketika dari penyamaran. Cepat cepat dia keluarkan telefon bimbitnya dari handbag dan menekan nekan skrin telefonnya dengan pantas. Selepas 7 minit menunggu, seorang waiter membawa makanan yang dipesan tadi dan meletakkan di atas meja dihadapannya. Aroma tomyam ala thai sudah mula menusuk hidungnya, bihun tomyam menjadi pilihannya kerana makanan itu merupakan favorite-nya sejak dari dulu lagi.
________________________________________

ZAKWAN

"Sayang, lama tunggu? Sorry lah. I jumpa kawan tadi." Tegur Zakwan.

"You ni kan, lama betul. Movie kita pukul 4 nanti. Nasib I dah beli ticket awal awal, nak tunggu you punya lah lama." Balas Sarah sambil memuncungkan mulutnya.

"Sorry k princess, hihi. Jangan lah marah, nah pegangkan phone I ni. I nak pi beli makanan jap." Zakwan memujuk.

Zakwan cepat cepat beratur untuk membeli makanan, sementara Sarah menunggu di hadapan kaunter tiket. Sedang Sarah ralit melihat kerenah manusia di sekitarnya, telefon bimbit Zakwan berbunyi menandakan notification masuk. Sikap Zakwan yang tidak mementingkan privasi memudahkan sesiapa sahaja menceroboh masuk melihat isi kandungan telefonnya. Ini memudahkan Sarah untuk memeriksa notification handphone Zakwan. Cepat cepat Sarah membaca mesej yang diterima tadi. Mesej itu diterima dari nombor yang tidak dikenali.

"ZAKWAN!!! KALAU KAU TAK PERCAYA APA YANG AKU CAKAP TADI, KEBENARANNYA KAU AKAN JUMPA DI RUMAH ASRIL. TINGKAT 2. BILIK BERMANGGA!!!"

Sedang asyik Sarah membaca mesej itu, Zakwan yang sedang memegang dua cawan coke dan sekotak besar popcorn menyergahnya. Sarah sedikit terkejut.

"Sayang! Check phone I lah tu kan. Ish ish ish." Sergah Zakwan.

"Err, Zak. I tengok mesej ni, entah lah. Unknown number. Mesej dia pelik lah. Cuba you tengok." Jelas Sarah.

BANGKAIWhere stories live. Discover now