Bab 3

584 22 0
                                    

Asril terjaga dari tidur kerana bunyi alarm dari telefon bimbitnya, semasa Asril hendak bangun, baju dan kain pelekat yang dipakainya malam tadi tersadai di atas lantai. Asril tersedar dirinya hanya memakai boxer tanpa baju mahupun kain pelekat. Asril berasa aneh dan berfikir sejenak.

"Kenapa aku pakai boxer je? badan aku letih macam baru lepas... Hmm."
__________________

Kereta Asril diletak di parkir kereta yang disediakan, semasa dia berjalan ke restaurant untuk makan tengah hari, Asril terserempak dengan Zakwan dan mengajaknya makan di kedai makan Johnny's. Seperti biasa, mereka akan membincangkan tentang kes-kes jenayah yang dianggap biasa dalam dunia akhir zaman ini. Seusai makan tengah hari, Zakwan bertanyakan soalan yang sudah lama bermain di fikirannya kepada Asril,tentang hubungan Asril dan kekasih hatinya Diana yang dikatakan dulu mahu mengikat tali pertunangan. Asril cuma mengatakan pertunangannya ditangguhkan kerana Diana mempunyai sedikit masalah dengan keluarganya.
___________________

Asril pulang ke rumah setelah habis waktu pejabat, dia berasa letih yang teramat sangat. Namun begitu, Asril gagahkan diri untuk ke rumah Zakwan setelah mendapat panggilan daripada rakan karibnya itu. Zakwan berasa tidak sihat dan meminta Asril untuk membawanya ke klinik 24 jam.

Setelah pulang dari klinik, Asril berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu menginap di rumahnya kerana dia merisaukan keadaan Zak.

"Zak, kau tidur rumah aku je la malam ni, risau ada jadi apa apa kat kau."

Zakwan tidak segera menjawab dan mengalihkan pandangannya kepada sorang perempuan yang kelihatan samar samar di bawah sinaran lampu di tempat letak kereta. 'Perempuan' itu berpakaian agak lusuh, berdiri tegak dan memandang tepat kearahnya dengan muka yang agak membusuk macam bangkai sambil menjelirkan lidah.

" Zak, kau dengar tak apa aku cakap ni? Zak!! "

BANGKAIWhere stories live. Discover now