DARK AND MR. KNIGHT
"Mi esposa es un angel"
Ellyssia begitu susah bernafas selepas berkata demikian. Nafas dia tersekat-sekat sahaja. Dia tidak dapat mengerakkan kakinya. Tangannya mencoba mengambil pisau yang berada di pocket namun susah kerana tangannya yang tak henti mengigil sahaja.Sebenarnya sejak dari pagi lagi Ellyssia tidak rasa enak badan. Kepalanya semakin berat sahaja. Dia yakin yang dirinya demam saat ini.
"Arghh!" Jeritku perlahan. Suaraku tak begitu kuat seperti tadi.
Badan aku terasa melayang ke udara. Aku mengigit bibirku apabila mengagak yang diriku sudah berjaya ditangkap.
"Ak.. Aku takkan batalkan perkahwinan aku, Farid." Ucapku perlahan. Suara ku tengelam timbul sahaja mengungkapkannya.
Ellyssia yang tadinya menutup kelopak matanya mula menyapa wajah yang mencempungnya.
Aku terdiam.
Mata aku hanya kuyup sahaja melihat wajah Dalvin biarpun tidak berapa jelas. Fikiranku tersilap apabila bukan anak buah Farid yang mencempungku. Jejaka itu hanya menunjukkan wajah dinginnya namun boleh aku rasa yang tangan jejaka itu mengigil sedikit.
Aku tersenyum nipis sebelum pengelihatanku mula kabur dan tidak sadarkan diri.
Dalvin masih lagi terkejut. Dia tidak menyangka gadis itu adalah Ellyssia.
Mata dia mula mengalih ke arah lelaki yang tadinya menjerit nama Ellyssia.
"Kau buat apa kat dia?"
Dingin sahaja suara yang dilontarkan oleh jejaka itu.
Fraser dan Favian terdiam. Dalvin benar-benar marah.
Henry hanya melihat sahaja yang berlaku saat ini. Begitu menarik sekali terutamanya gadis yang bernama Ellyssia. Tunang Dalvin.
Farid terdiam sebentar.
"Kau siapa?" Farid tidak menjawap soalan Dalvin.
"Aku tunang dia!! Kau sentuh Ellyssia. Aku bunuh kau." suara Dalvin naik satu noktah.
Farid terkejut begitu juga anak buahnya.
"Piwettt!"
Mereka semua menoleh ke arah Henry.
"Sweetnya tapi jangan lupa aku yang di sin-"
Ting!
Ungkapan Henry terhenti.
Siapa pulak yang mesed ni masa aku tengah bersenang-senang desis Henry.
Tangan dia laju saja mengeluarkan telefon bimbitnya. Mata dia memandang sekilas mesed yang baru masuk. Mata kelabu gelap itu terbeliak melihat nama yang tertera di situ.
Mummy Tiger rwar
Dah jam 9 lebih dah ni, bila nak pulang? Go home now !!
Pulang !! Jangan sampai mummy kejar Henry sampai dapat. Habis mummy lumatkan Henry nanti.
Henry spontan mengaru rambutnya yang berwarna Ginger brown. Mummy dah marahlah pulak desis Henry. Anak manja mummy gituw.
Mata dia kembali memandang ke depan. Mereka semua masih lagi menatap dirinya. Henry hanya mampu tersenyum.
Dia berdehem sedikit kuat.
"Kalau gitu aku gi cau dulu. Nanti kita main lagi ye. Goodnight." Ucap Henry dengan senyuman yang tak henti melakar dibibirnya. Dirinya terasa sedikit malu apabila dia yang duluan ajak gaduh namun dia juga yang mengundurkan diri.
YOU ARE READING
The Dangerous Assassin |OG
ActionBOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter" Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni. "Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalv...