DARK AND MR KNIGHT
"Mi esposa es un angel"
Suasana agak kekok. Mataku menatap sahaja gadis dihadapanku ini. Aku tak tahu nak buat riak apa. Tangan kami yang berjabat dileraikan. Catriona masih lagi dengan senyumnya sebelum mengalihkan matanya. Merenung Dalvin.Melihat sahaja itu, aku turut memandang Dalvin. Pada saat ini, realiti bagaikan menghempap diriku apabila jejaka itu turut membalas renungan gadis itu. Tajam.
Aku menatap dengan hati yang merasa kehadiran sesuatu yang sukarku ungkapkan. Perit? Pilu? Hiba?
Mataku tertutup buat seketika apabila dada mula merasa sesak. Sebelum aku memandang ke bawah, menatap lantai. Bibirku hanya tersenyum nipis. Masihkah dia mencintai gadis itu?
Untuk beberapa saat, aku kembali melirik kearahnya. Tanpa kuduga, mata kami bertautan. Aku sedikit terkedu. Ternyata Dalvin menatapku tanpa disadari olehku. Aku tersenyum manis untuknya. Menunjukkan yang aku baik-baik sahaja.
"Awak?", seruku apabila dia masih menatapku.
Dalvin hanya diam.
"Maaf kalau menganggu. Kalau begitu, saya pergi dulu.", ujar Catriona. Kami berdua toleh ke arahnya.
Aku menganggukkan kepala manakala Dalvin masih lagi mendiamkan diri. Namun, dapatku rasakan lengan kekar itu berubah tegang. Hal itu membuatkan pelukanku di lengannya makin erat. Aku benar-benar tidak mengetahui perasaan yang dialami Dalvin sekarang, namun jika dia bersedih atau terluka. Aku akan tetap disini, bersamanya. Memberikan dia kekuatan biarpun dia tak menyedari sekalipun.
I don’t want to see him hurt or sad. Otherwise, my heart will hurt too, desisku. Merenung wajah Dalvin dalam.
Catriona diam seketika sebelum berlalu mendekati bapa saudaranya yang berbual dengan Xavier pula. Kelihatan wajah hacker itu berkerut sedikit melihat Catriona namun cepat-cepat dia menunjukkan riak tenang.
Dalvin menarikku perlahan untuk menyapa beberapa tetamu.
Ting!
Bunyi disertakan getaran yang terhasil dari telefon bimbitku menyentakkan diriku.
Telefon bimbit dicapai olehku yang berada di dalam beg jenama ALDO. Dahiku mengerut melihat mesej dari Eldyra. Gadis itu sudah pun pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu. Buka sahaja...
I ada kat sini.Maksud kau?
I kat hotel. Tempat you berada sekarang. I boleh nampak lagi yang you tengah berdiri peluk tangan suami you tu.
Bertambah berkerut dahiku. Mataku melirik ke arah Dalvin yang kelihatan sibuk bercakap dengan beberapa klien. Spontan, aku melirik ke arah kanan, melihat Catriona. Apabila diri ini menyedari akan tatapan gadis itu, sekali-sekala terarah kepada Dalvin. Namun, aku hanya berfikir positif sahaja."Awaak." Panggilku perlahan. Namun Dalvin tidak mendengarinya di tambah lagi music serta bualan mereka yang tak henti itu.
Aku menusuk-nusuk lengan kekarnya membuatkan jejaka itu menoleh.
Kakiku terjengket-jengket ingin membisikkan sesuatu. Dalvin yang perasan akan itu terus menundukkan kepalanya agar memudahkan isterinya itu.
YOU ARE READING
The Dangerous Assassin |OG
ActionBOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter" Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni. "Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalv...