BOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter"
Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni.
"Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalv...
Dengan dress hitam yang tersarung cantik di badanku membuat diriku tidak selesa. Nasib masih tertutup kalau tak memang diriku tak ingin memakainya. Ini pun kerana Catriona memberitahu bahawa kebanyakan yang hadir adalah orang jutawan dari seluruh dunia. Jadi, perlu memakai baju yang elegant katanya.
Tapi masalahnya sekarang, jika tetamunya cuma dua orang. Perlulah lelaki dan perempuan menjadi pasangan. Aku mengetap gigi, siapa yang buat peraturan begitu memang menyusahkan. Orang tak waras saja.
Dan Catriona, dia menyuruhku untuk duduk dalam kereta.
Tak tahu apa yang dilakukan gadis itu sampai lama menukar baju. Aku mengelengkan kepala, topeng hitam pun dipakai olehku. Tiba-tiba pintu dibuka, nampaknya Catriona sudah bersiap-sedia.
" Lambat Ahhhhh !!"
Terjerit diriku apabila seorang lelaki duduk ditempat pemandu. Dia yang terkejut akan jeritanku terus menutup cepat-cepat mulutku agar tidak menarik perhatian orang yang berada diluar.
" You dah kenapa jerit ? Terkejut i tahu tak !"
Membesar mataku saat ini.
" Catriona ross ?" Soalku apabila tangan itu turun dari menutup mulutku.
Catriona menganggukkan kepalanya lalu mengenyitkan matanya.
" Handsome kan i ."
Mataku memerhatikan Catriona dari atas ke bawah. Segak dengan kot hitam yang lengkap. Aku memegang badannya, pelik bila badan gadis yang slim itu tiba-tiba macam nampak lelaki.
" I pakai pelapis kat dalam, biar macam lelaki sikit. Ni pun rambut palsu ." Beritahunya sambil menunjukkan rambut pendek yang diikat ke belakang.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tidak dinafikan bahawa sesiapa sahaja yang melihatnya pasti tidak sedar yang ni adalah perempuan. Wajahnya juga diberikan sentuhan mekap supaya nampak macho.
Power sangat minah ni.
" Boleh tahan ." Pujiku sedikit, kalau banyak -banyak. Mesti tak habis-habis gadis ini bercakap.
" I suka cosplay, macam Hakken ." Catriona tersenyum lebar.
" Apa-apa sajalah, jom keluar ." Kataku, malas nak dengar omelan Catriona.
Kami berdua pun keluar dari perut kereta. Aku yang baru sahaja ingin melangkah terus tergendala apabila Catriona menarik tanganku. Aku merengus geram.