DARK AND MR KNIGHT
" Mi esposa es un angel "" Hey it's me, Darkness ."
Ungkapan itu berjaya membuat mereka terkejut. Assassin's yang dikenali dengan kehebatannya dalam membunuh dengan pantas tetapi sudah pun dianggap mati dalam dunia gelap. Namun sekarang ini, gadis itu berdiri dihadapan mereka semua. Ini bagaikan sesuatu kejutan yang besar.
Lalu, Darkness menuruni tangga pentas dengan tatapan dinginnya pada Dyson.
" Your fucking shit, where is he ?" Soalku, dingin. Dyson tersenyum sebelum tempat ini kembali diserbu dengan anak buahnya.
Aku pantas mendekati Dyson, baru sahaja bilah katana mengenai Dyson terus ditepis dengan mudah. Membesar mataku tatkala Dyson berjaya menangkap tanganku. Diriku benar-benar tak sangka bahawa lelaki ini lebih laju daripadaku. Dia bukan Dyson yang pernahku jumpa sebelumnya.
Dengan sekuat tenaga, Dyson mencuba menghempaskan diriku.
Aku mencuba menahan diri ini agar tidak jatuh namun tetap sahaja kekuatan Dyson mampu mendorongku agak jauh. Sehingga badan kecil milikku terhentak sedikit ke bucu pentas. Mata ini dipejam sesaat sebelum melirik seketika pergelangan tanganku yang lebam akibat cekaman kuat itu. Nampaknya agak sulit melawan dengan Dyson jika dia lebih tangkas.
" Little girl, aku tak boleh serahkan Mr. L kau. Dia perlu terima balasannya ." Usai berkata demikian, Dyson pun bergerak pergi dari sini kerana dia ada urusan yang harus dia lakukan. Eidlan yang memerhati lama gadis itu pun mengikuti jejak Dyson.
Bang !
" Damn !" Carut Henry tatkala tembakannya tidak mengenai Dyson namun anak buah lelaki itu. Dalvin mengacukan pistolnya. Target dikesan terus dia melepaskan tembakan. Dan dia berjaya menyentuh Dyson biarpun hanya pada paha lelaki itu.
Tapi Dyson tersenyum sinis, melanjutkan langkahannya seperti tidak terjadi apa-apa. Bagaikan peluru itu tidak memberikan impak padanya.
Kakiku bergerak, berniat untuk mengejar Dyson namun lelaki itu sudah pun keluar melalui pintu belakang dan sekarang pintu itu dikunci dari luar. Aku berkali-kali menendang pintu tersebut tapi kelihatannya hanya sia-sia jika pintu ini diperbuat daripada besi.
Bunyi tembakan kembali membisingkan tempat ini.
Lantas, aku terpaksa mengubur niat untuk mengejar Dyson dan menolong mereka. Apabila diriku pusing, mata ini terarah kepada Raykel apabila jejaka itu terjelepuk ke lantai angkara diserang tiga orang sekaligus. Raykel merengus, geram apabila musuh ditembak masih lagi berdiri menyerang dirinya. Ingin target kepala mereka pun agak sukar jika bergerak sahaja tak henti.
Lalu, Raykel yang mencuba memberikan tumbukan terjeda tatkala ketiga musuh sudah pun tumbang bersama kepala yang sudah terpenggal. Matanya memerhati gadis yang digelar Darkness itu sudah pun pergi ingin membantu yang lain pula. Raykel blur ketika ini namun kembali menyedari dirinya untuk bertindak membantu.
Ellyssia melihat sekeliling, mencari keberadaan Dalvin. Dan tatkala diriku menangkap sosok suamiku sedang sibuk menumpaskan satu persatu anak buah Dyson dengan mudah sekali. Dia tidak sudah mengunakan senjata apabila peluru sudah pun habis dipakai. Aku terlopong sedikit, terkejut melihat Dalvin menumbuk dengan kuat sekali. Pecah teruk wajah musuh itu sebelum tumbang. Seperti suamiku menganggap remeh saja dengan anak buah Dyson.
YOU ARE READING
The Dangerous Assassin |OG
ActionBOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter" Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni. "Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalv...