DARK AND MR KNIGHT
" Mi esposa es un angel "
Dalvin yang sudah pun sedar dua hari selepas kejadian tempohari menatap saja doktor itu dengan pandangan tajamnya. Kata-kata yang dengari olehnya tadi membuat hatinya benar-benar sakit. Ellyssia bagi arahan ? Dia mengetap giginya kuat. Saat ini, fikirannya amat buntu." Suruh dia keluar, sebelum aku bunuh dia ." arah Dalvin dingin. Kepalanya masih lagi terasa sakit namun dia buat tak endah saja.
Doktor itu yang dari tadi mengeletar akibat ketakutan terus bergegas keluar dari wad ni.
Dalvin melirik ke arah Aeric. Wajah Aeric begitu penat dan kurang tidur kerna menjaga Emma saja di tambah lagi kerjanya. Ayra dan Aldric pula dijaga oleh Datin Ardlia.
" Aku minta maaf ."
Aeric yang menatap pintu itu mengalih kepada Dalvin. Favian, Xavier dan Raykel hanya diam memerhati.
" Pasal apa yang doktor tu kata ke ? " soal Aeric membuatkan Dalvin menganggukkan kepalanya. Aeric tersenyum nipis.
" Bukan salah kau pun, ni semua salah aku sebab tak pandai jaga Emma ."
Dalvin yang ingin bersuara semula terhenti tatkala pintu dikuak perlahan.
" Mikael, kawan Mikael datang melawat ." ucap Datin Ardlia lembut.
Dalvin hanya memandang saja mamanya yang keluar balik dari wad ini. Rasa bersalah menerjah ke hatinya apabila menipu mamanya hari lalu. Berkata bahawa Ellyssia di culik padahal gadis itu adalah anak buah Dyson.Agak sulit untuknya menerima kenyataan itu.
Dan sewaktu Dalvin bangun pun, dia hanya ingat kejadian di mana dia menarik isterinya untuk mengikutinya dan selepas itu, satu pukulan mengenai kepalanya. Hanya itu saja yang diingatinya.
Mata biru kristal itu tertancap pada pintu yang terbuka luas itu.
Henry memandang dengan sinisnya.
Dia mengatur langkah lalu meletakkan bunga di atas meja berdekatan dengan Dalvin. Felix yang terasa pandangan dengki seseorang itu terus menoleh. Terangkat kening Felix melihat Favian yang tidak suka akan kehadiran dia di sini.
Suasana hanya diam saja sebelum....
" Alamak, aku tersalah beli bungalah Felix ! " ucap Henry memecahkan keheningan di dalam wad ini.
Semua pandangan terkalih padanya.
" Eh, asal salah pulak !? " soal Felix pelik.
" Aku fikir ketua Knight dah nak mampus. Sia-sia je aku beli bunga mawar putih tanda orang dah meninggal ." dia tersenyum manis pada Dalvin yang menatap dia dingin seperti kebiasaannya.
" Kau ni memang biadap. Ni mesti bapak kau takde ajar ." marah Favian tiba-tiba.
Aeric dan Xavier pula menikam tajam Henry manakala Raykel cuma menunjukan riak hairan lebih tepatnya kepada Favian. Bukan dia sama je ke ?, Desis Raykel.
Senyuman dibibir Henry mati tatkala mendengar kata-kata Favian.
" Jangan Henry, mummy ada kat luar tu ." tegur Felix memberikan amaran. Namun Henry buat tak tahu saja. Tangannya sudah masuk ke dalam kocek seluar. Matanya langsung tak terkalih memandang Favian, tajam.
![](https://img.wattpad.com/cover/208004279-288-k658293.jpg)
YOU ARE READING
The Dangerous Assassin |OG
ActionBOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter" Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni. "Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalv...