Capítulo 20

4.3K 408 235
                                    

DARK AND MR KNIGHT
"Mi esposa es un angel"


          Ellyssia hanya mendiamkan diri sahaja. Matanya melihat Dalvin dan Danish itu siling ganti. Tangan langsung disilang ke dada. Wajah tak puas hati ditunjukkan.

Sebab?

"Last musuh kat depan, arah 62° dari posisi aku. " Beritahu Danish mendatar.

"Okey." Balas Dalvin sepatah.

Diaorang dua tengah main game. Beraninya korang tak pedulikan Elly. Tarik telinga satgi !!

Mulutku ternganga melihat Dalvin dan Danish membuat high five apabila Dalvin berjaya membunuh musuh itu. 

"Ehem !!"

Mereka berdua menoleh ke belakang apabila diriku berdiri antara dua kerusi gaming itu. Iya, sekarang kami bertiga berada di bilik khas untuk bermain game.

Penthouse ni turut mempunyai bilik gaming.

"Apa?" Tanya mereka serentak.

Aku tersenyum sahaja.

"Best sangat ke main tu sampai saya dilupakan?"

Mereka berdua menganggukkan kepala sahaja sebelum kembali melihat ke depan. Amboi !! Memang nak kena tau.

Baju lengan panjangku disisipkan ke atas. Paras siku.

Tiba-tiba je rasa panas biarpun ada aircond. Di tambah lagi dua aircond kat depan aku ni tetap tak boleh buat diriku merasa dingin.

Aku dibelakang sudah ketawa dalam kegeraman sebelum berubah serius.

Rambut mereka berdua dibelai olehku. Kepala ditundukan di tengah-tengah mereka berdua.

" Saya dah siap masak untuk makan malam. Kalau tak turun satgi, saya tak teragak-agak tutup komputer tu." Lembut sahaja aku menuturkan ungkapan tersebut. Lebih tepatnya ugutan halus dariku.

Mereka berdua berhenti bermain.

"Danish lapar." Ucap Danish tiba-tiba.

"Same." Jawab Dalvin sebelum mereka berdua mematikan komputer dan berdiri. Headset gaming yang terletak kemas di perdengaran telinga mereka langsung di letakkan atas meja.

Aku memegang kedua tanganku sebelum menyenget sedikit kepala.

"Good boy." Ucapku dengan senyuman yang terlakar dibibir.

"Jom makan !!" Aku mengangkat tanganku ke atas seperti telah berjaya menakluki gunung everest serta gunung Fuji.

Kakiku melangkah keluar dari bilik. Mereka berdua hanya mengikuti ku sahaja.

Sampai sahaja ke bawah, mereka langsung duduk.

Aku menyedok nasi ke dalam pinggan dan memberikan kepada mereka. Malam ni, aku menyajikan udang butter dan Ayam salmon serta sayur kailan ikan masin.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now