Capítulo 30

4.3K 389 100
                                    

DARK AND MR KNIGHT
"Mi esposa es un angel"


          Fail hitam di letak atas meja Dalvin membuatkan jejaka itu mendongakkan wajahnya. Mata biru kristal itu hanya menatap saja wajah Favian sebelum melirik ke arah pintu pejabat.

" Why don't you knock first before entering ? " soal Dalvin, mendatar.

Favian hanya tersengih-sengih sebelum bersuara.

" I'm done, can I go out for a while ? " tanya Favian pula.

Dalvin diam sejenak. Tangannya mencapai fail tersebut dan membukanya. Selesai saja melihat hasil kerja jejaka itu, Dalvin menganggukkan kepalanya.

" All right, but make sure you knock on the door first, favian Kelson. " tegur Dalvin.

" YES !! " ucap Favian dengan mada gembira.

Dia terus keluar dari bilik pejabat Dalvin tanpa menjawab teguran jejaka itu. Dalvin terdiam saja melihat perangai sepupunya itu. Dia kembali membuat kerjanya namun niatnya tergendala buat kali ke dua apabila pintu di ketuk dari luar.

Dalvin terdiam seketika.

" Masuk."

Pintu di buka, wajah secretary iaitu Ariel menjadi pandangan mata biru kristal itu.

" Sir Dalvin, ada orang nak jumpa. " ucap Ariel.

" Siapa ?" Dalvin mengalihkan pandangannya menatap failnya kembali. Tak ada perasaan ingin tahu siapa yang datang ingin berjumpa dengannya. Dalam fikiran jejaka itu hanya kerja saja.

" Cik Naura."

Mendengar sahaja nama itu mampu membuatkan jejaka dingin itu menatap semula ke arah pintu.

" Suruh dia masuk." laju saja Dalvin menjawab.

" Lain kali, kalau Ellyssia datang tak payah bagitahu aku. Suruh je dia masuk ." arahnya, mendatar.

" Baik sir."

Tidak lama kemudian,

Kedengaran pintu di ketuk sebelum dikuak dari luar. Dalvin hanya memerhati saja dari tadi. Menunggu isterinya masuk. Tangannya tidak mengusik kerjanya. Dalvin menatap Ellyssia dan Danish seperti berebut nak masuk ke dalam bilik pejabatnya.

" Abang ! "

" Abang Mikael !"

Dua-dua menyeru namanya dengan nada agak kuat.

" Kenapa, hm ? " tanya Dalvin, mendatar.

Raut wajahnya hanya mendatar. Namun berbeza dengan hatinya, yang tercuit mendengar panggilan Ellyssia dan Danish itu. Serentak.

" Kak Elly kata tad.. Hmp.. Hmmp " Ellyssia langsung menutup bibir budak itu. Sikit lagi, Danish nak bagitahu yang Ellyssia tadi ajak dia pulang namun tak jadi apabila ingin berjumpa dengan Dalvin.

Dalvin hanya menatap Ellyssia dan Danish silih ganti.

" What ? " tanya Dalvin.

" Tak ada apa-apa ." ucap Ellyssia dengan senyuman mekar dibibirnya.

Danish yang melihat pasangan suami isteri itu bergerak ke pintu sebelum tangan kecilnya memulas pintu. Pandangan Ellyssia dan Dalvin terarah tepat kepada Danish.

The Dangerous Assassin |OGWhere stories live. Discover now